Khamis, 17 Oktober 2019

Selagi Boleh Balik.. Balik Je


السلام عليكم ورحمة الله

Selagi boleh balik jumpa mak ayah, balik je. Walau berjauhan sekalipun? ofkos la korang kena balik jugak. No.. No.. alasan okey !. Tapi kalau sejengkal je lagi senang hari-hari boleh balik jenguk kan.. Syukur alhamdulillah bertuah korang yg masih ada mak dan ayah (zaza pun masih ada mak ayah). Ada peluang je kita balik. Bukan kita anak mak ke.. anak ayah ke.. sb kita rajin balik rumah. Tapi peluang untuk berjumpa mak ayah tidak kekal lama sb 'mati itu pasti'. Bayangkanlah, suatu hari peluang itu terhenti. Kita tidak ada lagi peluang kecuali 'flashback' huhu. Macam zaza sendiri, 11 tahun duduk berjauhan dgn family. Rindu tu tak payah nak cakap.. kalau dekat mahu hari-hari zaza singgah rumah mak hehehe. Makan pun mesti rumah mak.. melampau ke? hahahahaha.

Kita sebagai anak mestilah kena pikul tanggungjawab terhadap family kan. Tak kira la anak lelaki or perempuan. Dan tak semestinya kita hulur duit melalui on9 kita rasa bangga dan dah langsai tanggungjawab kita. Jangan sb kita dah kawin, ada family sendiri.. macam-macam alasan untuk tidak balik ke kg jenguk mak ayah sendiri. Jangan tunggu raya baru nak balik huhu.




nOted : Al-Fatihah, buat mak ayah sahabat yg telah tiada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.