Isnin, 19 Oktober 2020

Kita Jaga Kita Covid 19

السلام عليكم ورحمة الله


Allahu.. hari ke hari kes covid 19 makin tinggi huhu.. seram pulak dengar. Iyela kan sebab virus ni bukannya boleh nampak dengan mata kasar kita. Kalau macam zombi mybe korang tak nak keluar rumah kan?. alaaa macam citer Korea tu.. Train to Busan. Pintu rumah, tingkap semua pun korang tutup rapat-rapat. Takut zombi telan korang hidup-hidup 😩. So janganlah berdegil untuk bersikap kerjasama menghapuskan rantaian covid 19. Sesetengah yg masih tak hiraukan virus ni mybe korang rasa yg diri korang kebal itu pasal tak nak jaga S.O.P (standard operating procedures). Hand sanitizer pun korang tak amalkan dan jangan lupa tangan sentiasa cuci dengan sabun okey. Please la!! virus ni boleh BERJANGKIT kot. jangan la main-main benda yg serius. Pelitup muka kalau tak kena saman RM1K korang pun tak nak pakai kan?. Takkan korang tak tengok info dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) umum carta kematian dan bilik icu semakin meningkat.. malah, kluster baharu setiap hari je ada. Sayangilah nyawa anda. 


Korang yg kena kuarantin tu duduk diam-diam dirumah jangan berdegil nak keluar kemana-mana. Jangan pentingkan diri sendiri. Ingat ! kerana kedegilan anda.. ramai yg kena. Tengok Oppie ni.. sejak PKP (perintah kawalan pergerakan) bermula dia takde nak keluar rumah. Itu pasal dia buat mata macam tu hahahahaha. Nak marah mommy la tu. Sebab mommy sayangkan anak la mommy sanggup tak bagi keluar rumah.

Jadi kita sama-sama jaga diri, keluarga dan berdoa agar negara kita cepat-cepat terhapus covid 19. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.