Rabu, 10 November 2010

Hati sebesar cawan atau sebesar kolam


السلام عليكم ورحمة الله


Satukisah yg memberikan sati isnpirasi..
 
 
"Aduhai, kenapakah hidup aku telah dirundung malang begini?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yg sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
 
 
Fikirannya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
 
 
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yg menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niatnya ingin menemui seorg lelaki tua.
 
 
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertemu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
 
 
Masalah keluh kesah dan kerisauannya di dengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yg besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
 
 
"Anak muda, "lelaki tua itu bersuara.
 
"Ambillah cawan ni, isikan air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yg dalam kebinggungan hanya menurut perintah.
 
 
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. 
 
 
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam binggung yg masih bersisa, lelaki itu mengikut lagi kata2 lelaki tua itu.
 
 
"Apa rasanya? tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
 
"Masin".
 
Lelaki tua itu tersenyum lagi. 


"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini kedalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."


Lelaki tua itu menunjukkan arah kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


"Apa rasanya, wahai anak muda? soal lelaki tua itu.


"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
 
 
"Anakku, adalah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk2 bahu lelaki tersebut.
 
 
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap org mempunyai masalah, di timpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita." 


"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan menggangu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita".


"Annaku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku supaya aku boleh berfikir tentang perkara2 lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri".


Maka, pada petang itu, lelaki itu pulang dengan senyuman yg terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membersarkan jiwa dan berlapang dada.

SEBESAR

ATAU

ANDA YG TENTUKAN??

Alhamdulillahm ilmu dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengharungi hidup dengan seumpurna dan yg penting kita jangan berputus asa.



Selasa, 9 November 2010

Munajatku..


السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yg ku sembah, Engkau menciptakan aku dan aku terikat dengan janji-janji akan mentaati segala perintahMu. Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yg telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat2 yg Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segla dosa2 yg telah aku lakukan. Oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah aku, sesungguhnya tiada Tuhan yg dapat mengampuni segala dosa2 kecuali Engkau Allah Yang Esa.

Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgaMu, maka oleh itu Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2ku sesungguhnya Engkaulah yg dapat mengampuni segala dosa2 besar yg telah aku lakukan. Aamiin Yarobill Aalamiin. 




Isnin, 8 November 2010

Lawak [Nama-Nama Jepun]


السلام عليكم ورحمة الله


Pada yg sedang boring2 tak tau nak buat pe.. apa kata korang layan lawak nama org jepun ni. Zaza cuma copypaste je pun.. lupa dah ambik kat web mana. Kira halal la yer tuan empunya.


ehsan google

1)    yg peramah                      [keijicacimaki]
2)    yg suka berjimat               [sayori sukamura]
3)    yg bisu                             [kieta tadasora]
4)    yg suka makan nasi           [nanachi kasibanya]
5)    yg suka layan blues           [apo nadikato]
6)    yg suka belajar                 [ashiko ulangkaji]
7)    yg kerap bikin kacau          [wakasi huruhara]
8)    yg sangat kedekut             [matimati tamokasi]
9)    yg suka sangat tidur          [ichiban tidomati]
10)  yg suka mengintai             [hintai akosuka]
11)  yg tua                              [taragigi padanmuka]
12)  yg kena tinggal bini           [susahati binilari]
13)  yg suka merempit             [saja carimati]
14)  yg suka bersumpah          [saifoo baukari]
15)  yg lembap                       [ayumi siputbabi]


Selamat Hari Raya AidilAdha


السلام عليكم ورحمة الله


Setelah seminggu lebih tak update blog terasa sunyi je blog ni hehe.. Erk! macam ler blog ni glamour pun kan. Manalah la tahu, nanti org luar sana cakap zaza terlebih perasan pulak susah jugak. Whaterver!. Janji dengan menulis coretan disini agar boleh disimpan rapi.. tiba2 zaza hilang ingatan ke? tak pun tak mampu nak ingat detik2 manis hehe.. ok dah merapu banyak dah ni.


Baru je seminggu raya Deepavali.. pejam celik nak raya AidilAdha pulak. Masa berputar sekejap je tak terasa. Bercakap bab raya kan, baju raya zaza tak nak membazir so pakai je apa yg ada hihi. Tak kisahlah org ckp baju recycle raya Puasa baru2 ni janji kita selesa kan!. Paling penting sekali kita dapat meraikan perayaan dengan family tersayang.





 

Khamis, 4 November 2010

Surat untuk Mak..


السلام عليكم ورحمة الله


Tersentuh jiwa bila membaca surat ni.. Jadi zaza ingin kongsi dengan korang sebab surat ni berjaya menyentuh banyak hati selain mampu mengingatkan jasa ibu kita. Ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus berusaha dalam lapangan masing2 dengan izin Allah swt. In Shaa Allah. Juga sesuai dihadiahkan kepada anak2 supaya mereka sentiasa lembut hatinya kesan daripada membaca surat ni.


SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL.

Mak,
terlalu bosan rasa duduk membilang hari..
dah hampir sepuluh bulan mak pergi..
rasanya baru semalam mak peluk kita kan! sejuk syahdu masih terasa..

Mak tahu tak,
itulah pertama kali mak peluk anak mak yg nakal ni sejak kita dewasa..
dan itu juga terakhir kalinya..
Emmm.. rupanya, mak dah tahu mak nak pergi jauh..
nak tinggalkan anak2 mak.. nak tinggalkan dunia fana ni..
mak macam dah sedia.. seminggu sebelum tu..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata, sampai ke pagi mak anyam tikar tu..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan, mak tak pernah buat begitu..
pastu mak pasang radio kecil disebelah mak..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..
kekadang siaran indonesia..
mak terus tekun menganyam..
rupanya, tikar yg telah mak siapkan itu digunakan untuk mengiring mak ke kuburan. 
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih..
pastu mak jemur karpet2..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
paling menarik sekali, mak bagitau kat mana semua duit 
dan barang2 kemas mak ada kat dalam almari, dalam beg..
ada dalam asb dan juga tabung haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi..
ada kat dalam gulungan tikar..
masa tu mak perasan tak?
kita gelak sakan bila mak bagi tau duit dalam gulungan tikar..
kita kata mak ni memang pesen lama la.. mak cuma gelak.. 
ermmm bahagianya saat tu..


Mak,
Hari sabtu, 18/8/99 jam 3 perang mak tiba2 sakit perut..
bila malam tu, kita sampai dari KL..
mak dah dalam kesakitan..
akak dan abang kat kg semua dah pujuk..
mak tetap tak mau pergi hospital..
dan cuma tinggal giliran kita je yg belum pujuk mak..
mak kata, mak tak mau duduk hospital..
tapi kita berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor..
ada ubat untuk mak makan..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut je la..
mak tetap tak setuju..
mak memang degil..
tak salah, anak2 mak yg ni pun mengikut perangai mak tu..
tapi akhirnya, bila melihat keadaan mak makin teruk..
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun rasa sakit..
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..


Mak,
ampunilah kami semua..
kami nak mak sihat..
kami tak mau mak sakit2 lagi..
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
ampun kan kami ye mak..


Mak,
malam tu, abang bawa mak ke hospital..
dan itulah pertama dan terkahir kali mak naik kereta kita..
masih terbayang betapa ceria dan gembiranya ma..
kita kata nak beli kereta..
mak asyik tanya aje.. cukup ke duit?
kita jawab, kalau tak cukup kan mak banyak duit..
mak gelak jer..
lepas ti bila kereta kita sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
dan kita masih ingat lagi..
bila kita eksiden terlanggar Ah Chong naik motor..
punya lah kita takut..
kita warning kakak.. jangan sesekali bagi tau dekat mak..
bila balik kampung je..
kita cepat2 simpan kereta dalam garaj..
tapi mak perasan juga bumper depan kemek..
mak tanya kenapa? selamba jer kita jawab terlanggar pokok bunga..


Mak,
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau..
maafkan kita, kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar..
mak, kita menipu mak kan.. ampun kan kita..


Mak,
jam 4.30 pagi 19/8/06 bila tiba je kat hospital..
nurse tengah balut mak dengan kain putih..
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital..
mesti mak nampak abang cium dahi mak..
mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
mesti mak nampak semua tu kan.. kan.. kan..


Mak tahu tak,
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi, kita memandu dalam keadaan separuh sedar..
adik kat sebelah diam melayan perasaan..
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ni..
jalan di depan terasa makin kelam..
airmata dah tak mampu di tahan..
masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan kita rela..
namun, alhamdulillah.. akhirnya kita sampai juga..
di sebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong, sekosong hati ni..
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
terasa syahdu dan sayu.. dingin.


Mak,
kita masih ingat lagi..
kita baca al-quran kat tepi mak.. temankan mak..
jam 11.00 pagi mak dimandikan..
anak2 mak yg pangku masa mak mandi..
mak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh mak..
kita gosok kaki mak perlahan2..
mak perasan tak?
makcik yg mandikan mak tu pujuk kita..
dia kata 'dikk, jangan nangis.. kalau sayang mak, jangan buat begitu.. jangan nangis ye'..
bila makcik tu kata gitu.. lagi la laju airmata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak.. 


Mak,
sampai takat ni surat kita tulis..
kita nangis ni.. ni kat dalam bilik baru jam 4.00 pagi..
takde org yg bangun lagi..
kita dengar nasyid tajuk 'anak soleh' kita sedih..
kita rindu mak!!
takpe la.. nanti bila kita selesai solat subuh..
kita baca surah yassin untuk mak..
mak tunggu ye..


Mak,
sebelum muka mak ditutup buat selamanya..
semua anak2 mak mengelilingi mak..
menatap wajah mak buat kali terkahir..
semua org kata mak seolah2 senyum je..
mak rasa tak.. masa tu kita sentuh dahi mak..
kita rasa sejuk sangat dahi mak..
kita tak mampu nak cium mak.. kita tak daya..
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
airmata kita tak boleh tahan dah..
mak mesti ingatkan yg anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak..
jam 12.00 tengahari mak diusung keluar dari rumah..
akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akan terasa panas..


Mak,
anak mak yg seorg tu demam.. mak tahu!
cuma akak seorg saja anak mak yg tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..


Mak,
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
begitu terasa kehilangan mak..
boleh kata setiap malam selepas maghrib, anak mak ni berendam airmata..
dan sampai satu tahap, masa tu malam jumaat selepas maghrib..
selepas kita baca surah yassin dengan kawan2..
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi..
semakin kita tenung terasa semakin sayu..
tangisan tak dapat dibendung..


Mak tahu,
kita cuba bertahan..
memujuk diri sendiri tapi tak jugak reda..
kita rasa nak telefon mak..
anak mak yg ni dah tak betul kan?
dan akhirnya dalam sedu sedan tu kita telefon kampung..
puas la akak memujuk kita..
akak kata 'tak baik la nangis aje.. doalah untuk mak'
dan akhirnya akak jugak nangis..


Mak tahu tak,
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehinga ke hulu hati..
rasa nyilu sangat..
menusuk2 sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..
hanya sedekah surah al-fatihah kita berikan..


Mak,
cukup la sampai sini dulu..
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu.. 
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid sama..
selalunya, kita yg bawak mak naik motor kan?
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak..
esok, kita ingat nak tulis surat kat ayah pulak..
mula2 kita tak tahu nak hantar mana surat ni..
pastu kawan kita bagitau, simpan je buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni aje.. takpe ye mak..
kita kasi org lain baca.. kita stop sini dulu..
sebab kawan kita dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak..


ehsan google



I LOVE YOU SO MUCH.
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita..
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita rasa naik kapal terbang..
boleh rasa duduk kat negara org..
sampai akhir hayat ni, jasa mak tak akan mampu kita balas. 





Selasa, 2 November 2010

Roti Telor ♥ MaTa Kerbau


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat petang! zaza ada benda nak share dengan korang.. sape suka makan roti dengan telor? tapi dah bosan bila kreativiti masak macam sama je hehe. Okey, jom kita tengok beberapa langkah yg mudah dan senang untuk korang praktikkan dirumah.




Sorry VS Maaf



السلام عليكم ورحمة الله


Bila sebut 'sorry' nampak sesuatu benda tu macam remeh je kan!. Tapi, kenapa bila sebut 'maaf'.. kita nampak sesuatu perkara seolah2 macam besar. 'tha's the magic of word'. Tapi itu apa yg zaza rasa lah, kalau org putih tu lain la haha. Anyway, setiap org ada pendapat masing2.. ada maaf yg tak terucap buat seeorg meronta2 dalam jiwa yg perlu diluahkan supaya tak menjadi beban.


ehsan google




Isnin, 1 November 2010

Inilah masanya untuk ibu..


السلام عليكم ورحمة الله


Jika kau ingin menyintai ibu.. cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu keidanhan dan kelembutan yg kudus daripada sanubarimu. Cintailah ibu sekarang, semasa ibu masih hidup.. usah tunggu sehingga ibu telah pergi. Kemudian barulah diukir di batu nisan dengan kata2 indah pada sekujur batu yg sepi. Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ini, tunjukkanlah pada ibu sekarang.. jika kau tunggu sehinga ibu mati, sudah pasti ibu tidak dapat mendengar kerana kita dibatasi kelemahan.


Oleh itu, jika kau menyintai ibu.. walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu. Lafazkanlah dan buktikanlah sekarang.. sementara ibu masih hidup. Agar ibu dapat menikmati dan menyajunginya.


So, hargailah ibu kita seperti mana dia menjaga dan mendidik kita sehingga sekarang. Sememangnya kasihibu memang sentiasa kita terima.. namun, kasih kita pada ibu? nilailah sendiri. Kalau hebat pun, takkan sehebat kasih ibu kepada kita.. betul tak?.

Terima kasih ibu, kaulah ratu hatiku..




Cinta suami kepada isteri


السلام عليكم ورحمة الله


ehsan goole

Mungkin antara kita yg pernah terbaca kisah ni..
Kisah yg banyak penganjaran ada kebenaran yg tersembunyi.. hayati lah.


Dalam satu kisah percintaan yg menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yg indah. Kemudian, mereka berhenti di sebuah bangku yg disediakan di tepi tasik. Si isteri bertanya kepada si suami.


Isteri : Mengapa abg menyukai saya? mengapa abg cintakan saya?
Suami : Abg tak boleh menerangkan sbnya, namun begitu abg memang menyayangi dan mencintai sayang.
Isteri : Abg tak boleh terang sebab? bagaimana abg boleh katakan abg tidak boleh menerangkan.. 
Suami : Betul... abg tak tahu sebabnya, tetapi abg boleh buktikan bahawa abg memang cintakan sayang.
Isteri : Tak boleh beri bukti.. tidak? saya nak abg terangkan kepada saya sb kawan2 saya yg lain semuanya suami2 mereka menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi la syair la. 


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata.. "baiklah, abg mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yg merdu, penyayang dan mengingati abg selalu". Abg jugak sukakan senyuman manus dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abg bersama sayang..


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yg disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi..



"Sayang..

Jika disebabkan suara aku mencintaimu.. sekarang bolehkan engkau bersuara? tidak.. oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu.. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak.. oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu.. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu.. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak.. oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.. aku masih mencintaimu dulu, kini selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dnia tidak boleh dipegang. Namun, begitu.. ia boleh dirasai dalam hati."