Rabu, 1 April 2015

Birthday Party Pertama [PART 3] - Menu Utama Mee Kari


السلام عليكم ورحمة الله

Mewah je kan, menu pilihan kami yg tersedia atas meja hehe. Selaku AJK bertauliah, ditolak bahagi campur darab bagai.. kami sepakat menggunakan khidmat Catering Makcik Rokiah bertempat SS19 Shah Alam. Kami tahu pasal catering ni pun melalaui kawan Kak Arifah. So, Kak Arifah lah yg handle bab makanan ni hihi. Tqsm kak menolong kami yg lagak bertauliah. Kalau nak tahu, AJK pun dibahagikan tugas masing2.. org kata bekerjasama adalah lebih baik dari segalanya.



Selepas solat Jumaat makcik Rokiah bersama pembantu iaitu anak perempuannya yg menghantar sendiri ke pejabat kami. Antara menu yg dihidangkan iaitu MEE KARI, BIHUN GORENG, CUCUR UDANG, ROTI SARDIN GULUNG, PULUT PANGGANG, TEH PANAS dan TEH O PANAS. Korang yg tengok menu ni pun dah rasa kenyang kan ! hehe. Apatah kami yg ada kat situ. Harga untuk 35 org makan, makcik Rokiah cuma ambik RM400 sekali dengan penghantaran. Memang sangat2 berbaloi dan kami berpuas hati. Jom layan beberapa keping gambar hasil tangkapan sebelum acara bermula.


Mee Kuning
Limau Kasturi dan Telor Rebus
Tauhu Goreng
Sawi Celur
Cucur Udang
Pulut Panggang
Roti Sardin Gulung
Bihun Goreng

Pernah dengar sate kajang tak ?. Rata2 semua dah tau yg sate kajang memang femes terlajak laris hihi. Haah, sate lain tuan ye !.. kami menggunakan khidmat Din Sate Kajang Retro yg beroperasi di Foodcourt USJ 8, Subang Jaya. Harga secucuk sate hanya RM0.70 je ayam dan daging. Memang giler kentang.. walaupun kentang takde kene mengena ok !. hahaha. Isi setiap cucuk gedebak beso. Rugi sangat2 kalau sate tu hanya di pandang bukan di makan kehkeh.

Sate Ayam dan Daging

Alhamdulillah, rata2 semua org memuji makanan sedap dan mereka berpuas hati. Bukan senang nak handle bab2 makan minum ni hehe. Tapi yg menggelikan hati.. diaorg budak opis ingkatkan ada kek besday je rupanya package sekali dengan makan. Ofkos la kan, nanti kembong kek je dalam perut hihihi.




CATERING MAKCIK ROKIAH, SS 19 SHAH ALAM
H/P NO. : 013-3689128

DIN SATE KAJANG RETRO, USJ 8 SUBANG JAYA
H/P NO. : 017-3585446

Next.. 



nOte : GST sudah bermula 1 April... selamat semuanya !!



#10 Wordless Wednesday [GAYA BEBAS]


السلام عليكم ورحمة الله
 
 



Selasa, 31 Mac 2015

Birthday Party Pertama [PART 2] - AJK Siapkan Decoration Bunga Kipas


السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah.. pagi ni tak sibuk sangat hehe. Okey ! sebelum mulanya acara, kami selaku dayang2 AJK.. telah membuat beberapa decoration. Ideal asal semua dari Kak Amelina merangkap ketua AJK hihi. Kami anak2 dayang semua idea kosong muahaha.. betapa tak kreatifnya kami. Setelah berbincang, kami sepakat untuk membuat sendiri dari membeli yg dah siap. Org kata lebih berpuas hati atas usaha kita sendiri kan !. 
Kami inginkan the best birthday party untuk pertama kalinya. So, kami siapkan decoration mengikut tema yg dipersetujui. Kami hiasakan background 'BUNGA KIPAS' untuk acara potong kek dan yg penting berselfie kat situ hehe.
 
Bahan2 yg diperlukan iaitu kertas warna pink, biru, hitam, hijau, peach, gunting, stapler dan dawai bunga untuk membuat pencantuman.
 
Sangat mudah dan senang. Korang lipat macam kipas dan cantumkan kepada empat bahagian menjadi seperti bunga. Siap !. Tapi korang perlu lipat elok2 tau ! supaya sama rata.. jangan lipat kecik besar pulak, nanti terkangkang bunga korang haha. Jom kita tengok beberapa keping gambar dayang2 yg agak serius bab kerja hihihi..

      
Bila dah sepakat kerjasama kan, kerja yg banyak pun akan siap sepenuhnya dengan cepat. Alhamdulillah, kami mengambil masa selama dua hari untuk siapkan decoration.

Opss, lupa nak memperkenalkan dayang2 yg bertungkus lumus.. 
Kak Amelina, Kak Arifah, Liza, Putri, Shaz, Maya dan Mira.. eh perlu ke? ofkos la kan.. kalau takde diaorg ni, decoration takkan siap !. :p


Next..

 
nOte : Esok dah bulan April.. ada yg demam GST tak? hehe..
 

Isnin, 30 Mac 2015

Birthday Party Pertama [PART 1] - Bulan Januari, Februari Dan Mac 2015


السلام عليكم ورحمة الله


Pada petang Jumaat baru ni, ada besday party kat pejabat. Syukur alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar. Tema kami selaku dayang2 hehe adalah BLUEPINK. Nanti zaza update lagi ye.. mood pagi2 macam ni kureng sikit muahahaha... jangan marah !.

Selasa, 24 Mac 2015

Movie [Chappie] & Outing Bersama Kak Leina


السلام عليكم ورحمة الله


Sabtu minggu lepas aktiviti bersosial bersama Kak Leina dan dua org anaknya at Aeon Big dan juga Subang Parade. Alhamdulillah. Plannya dah lama nak lepak sama2 tapi memasing sibuk so keadaan tak mengizinkan. Walaupun sekejap je dapat jumpa sebab Kak Leina ada hal pulak petangnya tapi zaza dah happy sangat. Maklum ler dah lama kot kami tak keluar sama2. Dua org anaknya pun dah semakin besar.. si kakak tingkatan satu dan si adik pulak darjah empat. Dua2 anak dara hehe.. tengoklah ibunya pulak !, maintain cantik je. 


Sampai je sana, kami isi perut dulu masing2 sebab memang time lunch hour hihi. Kitaorg makan kat foodcourt je. Bila dah kenyang baru la boleh nak pusing2 satu mall tu. Di sebabkan Aeon Big dan Subang Parade bersebelahan je.. kami melencong pulak ke Subang Parade. Hari minggu macam biasa ler, memang ramai org. Snap gambar sekali dua baru kami gerak balik. Alhamdulillah, rezeki zaza.. suami Kak Leina, Abg Fadzil tolong hantarkan sampai ke rumah hihihi. In Shaa ALLAH, ada rezeki ada masa kita jumpa lagi.




Farah Azliana [kakak] & Farihah Azira [adik]


********************************************************************************


Pada hari Ahadnya pulak, zaza luangkan masa bersama suami. Pagi2 lagi kami ke Pasar Karat, Shah Alam. Kebetulan barang basah dan habis stok. Dan di sebelah petangnya kami ke Subang Parade.. memang itu tempat kami dating hihihi. Kami layan movie Chappie iaitu robot berperasaan seperti manusia. Sangat tersentuh bila adanya robot ciptaan manusia mempunyai hati dan perasaan serta bijak bertindak. Lepas habis je tengok wayang kami pusing2 sambil cuci mata hehe. Ingat memula nak terus balik ke rumah, boleh pulak pergi D.I.Y, The 19 Mall USJ hahahaha terlajak sikit dari rumah. Bukannya nak beli apa pun, ushar2 je lebih tapi boleh terselit jugak dua tiga barang ngeee!!. Penutup acara, kami lepak minum kopi, kopi la sangat kan ! padahal HOT COKLAT kuikui.


tengah tunggu pizza RM5 boleh pulak sidia snap gambar kita yg termenung jauh hihihi

happynya dia dapat minum hot chocolate


nOte : Alhamdulillah, tenghari tadi dapat makan free ayam KFC. Tqsm !. 


Khamis, 19 Mac 2015

Aktiviti : [Air Terjun Kalumpang]


السلام عليكم ورحمة الله


Asyik sibuk je kan ! sampai terlupa nak post pasal AIR TERJUN KALUMPANG. Pernah dengar  tak ?. Zaza pun pertama kali dengar dan pertama kali jugak sampai ke sana hehe. Sebelum ni Air Terjun kat Sungai Congkak dan jugak Kemensah hihihi. Kalumpang terletak di Kg. Pasir Puteh, Hulu Selangor. Kami pergi hari Ahad awal bulan tiga haritu seramai lima org je. Semua kelima2 tu anak dara.. ehh, i sorg je mak dara muahahaha. Apapun yg penting, awal2 dah mintak izin suami.. alhamdulillah. Kami naik satu kereta je senang muat sekaligus hihihi.


Ya ALLAH, cantik sangat2 keindahan alam semula jadi. Airnya pun sangat bersih dan tenang je. Kalau bawak family yg ada anak2 memang terbaik sangat. Kami pergi tempat open yg tak kena bayaran pun. Kalau nak tempat yg kena bayaran beserta chalet pun ada.. bersebelahan dengan tempat kami ni je. Dah sampai.. so kena la cari port nak lepak. Lepas tu baru boleh angkat barang2 semua bawak turun. Jangan pulak ada yg terus berendam sampaikan makan tengahari tak berasap hihihi. 


 Masing2 dibahagikan tugas hehe.. so, bermula lah keje kami. Nak makan mestilah tolong menolong kan !. Nasi siap2 diaorg dah bawak dari rumah. Cuma nak kena masak lauk pauk je hahaha.. dengar macam mewah je kan yg nak kena masak. Padahal biasa2 je.. alaaa nama pun piknik takkan nak makan nasi briani pulak :p. Menu kami yg simple tapi mantoppp.. ayam bakar, daging bakar, ikan bakar, telor dadar dan udang masak asam pedas portugis beli pek yg dah siap hihihi. Senang je kan.. minuman teh o limau sejuk perghhh ! nak2 sekarang cuaca kat Malaysia panas memang elok sangat berendam sambil minum air sejuk kehkeh.


Bila dah semua kenyang.. baru lah boleh berendam ye anak2 sekalian. Tapi sebelum tu.. jangan lupa basuh pingan dan kemas tempat duduk ye hihihi. Mata masing2 asyik menjeling je ke arah air tu hahaha.. dah tak tahan nak berendam. Dah nama pun mandi manda kan ! rugi wooo kalau duk lepak je. Kat rumah pun boleh lepak hihihi. Bab pakaian nak mandi, memang awal2 lagi zaza dah pakai hahahaha.. gelojoh tak kat situ. Tak payah nak rajin pegi tukar bagai hehehe. Bila dah siap mandi baru ler tukar pakaian baru okey !.


 Lebih kurang jam 5 petang kot, kami semua beransur nak balik dah. Mandi tak payah cakap ler berapa lama setiap sorg hahaha.. kalau boleh semua tak nak naik. Sebelum balik ker rumah, kami singgah dekat Jejantas Sungai Buloh berhenti solat Asar dulu. Selfie satu kali hihihihi.






  



nOte : Tqsm ye kawan2 sudi ajak kita join sekali.. ada rezeki lagi jangan lupa jemput hehehe.



Rabu, 11 Mac 2015

#07 Wordless Wednesday [SARAPAN PAGI]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : rasa sejuk pulak pagi2 ni ngeee !!


Selasa, 10 Mac 2015

Resepi : Ikan Celup Tepung


السلام عليكم ورحمة الله


Malam minggu lepas adik zaza send gambar ikan celup tepung melalui whtsp. Eh, terliur pulak tengok ikan keemasan yg ranggup diluar enak di dalam cewahh. Dah ler malam tu zaza tak tau nak makan apa.. maklum ler sorg masa tu kat umah. Apa lagi terus mintak resepi hihihi. Sebelum ni pandai makan je hahahaha. Ikan celup tepung ni memang terkenal di pantai timur, Terengganu. Bukan ikan je tau ! sotong, udang memang femes sangat2. Kalau beli kat luar biasalah kan, mahal ler sikit.. entah2 dapat tepung je lebih hehehe. Baik buat sendiri lagi puas hati, makan banyak mana pun tak kisah sebab? kita yangggg punya hihihi.


BAHAN-BAHAN :
  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 sb tepung beras
  • 1 biji telor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit debu
  • sedikit garam
  • sedikit kapur makan
  • Minyak utk mengoreng


PENYEDIAANNYA :

1. Ikan mestilah siap2 yg dah bersih ye..
2. Campur ke semua bahan2 di atas kecuali MINYAK.
3. Gaulkan biar sebati..lepas tu panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Betul2 panas ye !.. so boleh ler masukkan ikan di dalam kuali. 
5. Agak2 keemasan warnanya boleh ler angkat.
6. Siap untuk dihidang bersama sos cili.


Senang je kan! dah pun siap...




Isnin, 9 Mac 2015

Disebalik Gambar..


السلام عليكم ورحمة الله


Hari tu balik kg excited kemain maklong nak bergambar dengan si kecik comey ni. Tapi sayang seribu kali sayang.. gambar arissa dengan maklong tak banyak pun. Kalau ada ni haaaa!!!. Jangan tak tau, maklong kena nyorok habis kat belakang dia. Kalau tak, satu mall tu org akan dengar dia menangis.
 


Masa ni kat rumah lagi.. tengok ! baru pegang sikit nak ajak selfie dah nak lari..bukan tu je, siap nangis2 tak nak huhuhu.. kesian maklong tau. Maklong comey apa muahahahaha.


Sebab kulit maklong tak sekata dengan arissa erk? muahahahaha. sabar je la wahai anak. Sebenarnya, kami berdua ni jarang sangat dapat jupe.. itu pasal bila arissa tengok maklong macam pelik je ada org lain kat rumah nenek kan? hehehe.


Geram punya pasal.. peluk jugak hahahaha.. nangis pun nangis la. Sedih... gambar blurr ngeee. Nanti tunggu arissa besar sikit maybe boleh terima maklong kot hihihi.



nOte : yg best.. balik aritu, duk intai2 maklong dia lepas tu lari hahahaha.



FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH


السلام عليكم ورحمة الله



http://mama3farhanah.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-mama3farhanah.html?m=1


[NAK JOIN KLIK BANNER]



SENARAI HADIAH :
Shawl x 3 pemenang
Purse Comel x 2 pemenang 
Frame Gambar x 2 pemenang
Note Book + Pensel x 3 pemenang
Keychain x 3 pemenang
Fridge Magnet x 3 pemenang
Sheseido Mask (3) x 2 pemenang
Top up RM5 x 2 pemenang



Giveaway ini akan berlangsung dari 5 Mac - 25 Mac 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)