Selasa, 26 Ogos 2014

Riang Ria Raya Aidilfitri Kami Sekeluarga..


السلام عليكم ورحمة الله

Pejam celik pejam celik dah 30 Syawal hari ni, esok dah pun masuk 1 Zulkaedah.. hmmm sekejap je rasa sebulan kita beraya kan! hehe.. Uols masih ada jemputan 'open house' ke malam ni?.

Raya dah nak habis zaza baru nak update citer raya hihi.Sorry! mood terlebih ke laut la. Okey zaza tahun ni turn beraya di kG zaza Terengganu. Zaza kali ni bukan balik beraya ber2 tau! kami ber3 hihi. Kami bertolak pada hari Sabtu 26 Julai jam 12.30 tengahari. Nak tau kami sampai jam berapa? ofkos uols tau kan! time raya je mesti jem sana sini ngeee.. perjalanan kami mengambil masa selama 13 jam :(

Apapun kami bersyukur dapat berhenti berbuka area Kuantan. Dan kami sampai kerumah jam 1.30 pagi beberapa jam je lagi nak bersahur hukhukhuk.. 

Jom! tengok beberapa gambar yg kami dapat snap. 


Tengok! suami tengah kusyuk bakar ikan n sotong. Rajin betul suami kita hihi.. Kalau nak tahu, semua ni kami beli fresh tempat org jual ikan yg betul2 dekat tepian pantai.. memang best! sampai excited suami tak menang tangan memilih hehe.Lauk2 ni kami buat last menu berbuka kami sekeluarga. Alhamdulillah kami dapat juga berbuka sama2 dengan keluarga tersayang :)


Esok raya! esok raya! 1 Syawal 1435H
Syukur pada Mu Ya Allah, kami dapat beraya bersama2 keluarga tercinta.


Kameraman import dari KL [anak angkat kami a.k.a boy]. Raya tahun ni tersangat meriah coz keluarga makin bertambah.. dari suami, adik ipar dan terbaru si kecik comey Nur Zara Arissa dah masuk 7 bulan. Tengok! mak pun heppy je.. Alhamdulillah.


Ni dia.... kami berempat yg sentiasa awet muda muahahaha.. [perasan jap]
Tema baju raya kami pun semua sama ofkos la idea zaza hihi.. sebab sebelum2 ni pon memang kami adik beradik sama cuma mak ayah je lain kaler. Kali ni bila dah ada keluarga besar [ehh besar ke?] so kami kata sepakat nak buat sama.. bior ler org kata kami penari boria hehe. :p yg penting kami bahagia haha.


Apa lagi erk nak citer..cer kabo hehe..
Raya kat sana seminggu so kami beraya sakan rumah saudara mara sampaikan nak beraya rumah kawan2 pon tak berkesempatan.. hukhuk cuma dapat ler beraya kerumah sorg dua teman zaza. Jika diizinkan Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi. In Shaa Allah.


 Sampai sini je kot citer raya yg dapat zaza kongsi bersama walaupun tak berapa nak hangat sangat kan!
Nanti kita tunggu citer Raya Haji pulak ye!! amboii belum lagi dah excited kemain.
turn Raya Haji rumah mertua at Jeram. Tunggu!!


nOte : Alhamdulillah 30 Syawal.. berakhir sudah kita menyambut Aidilfitri. Semoga ikatan ukhwah dan kemaafan sesama kita akan berkekalan dalam redha yg Maha Esa. [lega rasanya bila dah tunai hutang raya :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Semoga pakcik-pakcik ku sihat walafiat..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza sedih dan bimbang sangat sebab pakcik2 zaza sakit. Ayoh Teh dengan penyakit Gaout [seminggu dah tak bangun], Pok Zam disahkan menghidap sakit buah pinggang [baru je keluar wad] dan Ayoh Ngah pulak menghidap batu karang [masih berada diwad HSNZ, Terengganu]. Subhanallah.. besarnya ujian Mu Ya Allah. Semoga pakcik2 zaza di anugerahkan sifat sabar dan mendapat pahala diatas dugaan dan ujian ini. Mohon jasa baik kalian semua, doakan pakcik2 kesayangan zaza semoga sembuh sediakala.


"Dengan nama ALLAH, sesungguhnya tiada satu pun yang boleh memudaratkan kami apa yang ada dibumi dan dilangit melainkan dengan izinMu.. Sesungguhnya kamu maha mengetahui.. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Engkaulah tuhan yang bisa menyembuhkan apa jua penyakit.. Maka Engkau sembuhkanlah dia seperti sediakala. Aamiin."

nOte : Sedih pulak tengok berita tadi.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul terutama buat ahli keluarga serta sanak saudara mangsa MH17. Al-Fatihah.

Rabu, 13 Ogos 2014

T.A.M.A.T


السلام عليكم ورحمة الله



Hehe.. dah lama tak tengok siaran macam ni kan!. maklumlah sekarang ni dah sampai pagi siarannye.. ada je citer2 best. Okey lah, sebenarnya kita nak bagi tau kita dah nak tido sb ESOK KEJE ok!. pusing sana.. pusing sini.. mood nak update pasal raya tak datang2 lagi muahahaha. jangan marah ye!

Nanti2 bila mood kita kembali segar seperti biasa kita citer2 erk. Tapi kita tak lupa jejak uols punya belog tau!. rindu kat citer uols masih mendalam. cuma kita sejak2 akhir ni penyakit M datang pulak adoii... ingat lepas raya dah okey bila kita belasah lemang ketupat ngeehh3. :p


Ramai betul ber KUCH KUCH HOTA HAI malam ni.. citer yg tak pernah tak nangis.. terkesan! #friendsip #love #hindustan #tv2 tapi mata den tetap nak tido muahaha..


nOte : seminggu2 kejap je kan! esok dah khamis..alhamdulillah :)


#11 Wordless Wednesday [GENG SEKOLAH 82]


السلام عليكم ورحمة الله



nOte : bekas pelajar SMKP 99. Masing2 dah ada family n anak2. Alhamdulillah, dgn izin Allah swt kami semua bertemu melalui fb setelah sekian lama menghilang. :)



Sabtu, 9 Ogos 2014

Iftar Perdana GX77


السلام عليكم ورحمة الله

Orang lain sibuk bercerita pasal raya..
ambe ni baru je nak kongsi gambar pasal Iftar baru2 ni hehe.

Iftar Perdana
25.07.2014 (Jumaat)
Gloria-Jean's Coffees, Subang Parade

Alhamdulillah, Iftar terakhir zaza dan asben berbuka kat luar dgn kawan2 GX77 [pengakap] sebelum bertolak balik ke kG halaman Terengganu pada Sabtu 26.07.2014 jam 12.30 tghri. Apapun kami berterima kasih kepada tuan penganjur abg Ijan aka Tuan John Kaizzer kerana sudi mengadakan Iftar Perdana yg sebegitu meriah walaupun kehadiran cuma beberapa org sahaja..maklumlah ada yg dah balik kG.

Okey, menu buffet kat sini [sate, kuah kacang, nasi ayam, nasi briani, mee kari, lontong, lemang, tapai apa lagi erk! lupa dah hehehe ala2 raya dah]. Bayaran sekepala RM38 dewasan dan kanak2 12 tahun kebawah di beri harga separuh.

Tema kami baju raya muahahaha... baju jubah yg kami pakai ni kira baju raya jugak tau! raya tahun lepas punya hehe.. maklumlah, baju raya baru dah ada kt kG coz memang tempah sana tiap2 tahun. :) macam berseri2 pulak kami ber2..macam pengantin baru pun ada ngeh3. terperasan lebih pulak.









Ni lah dia tuan penganjur hihi..tq jugak coz package duit raya sekali.
Next year kita jumpe lagi..In Shaa Allah



nOte : Nanti kita update pasal raya pulak ye! sabar...sabar :)



Isnin, 4 Ogos 2014

#6&7 CPUV Xperia Z2 Launch & Dove Hairfall Rescue


السلام عليكم ورحمة الله

Setelah seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri.. blog cabuk ni pun sepi tanpa sebarang update hehe. Maklumlah bila dah balik kg halaman busy berhari raya sana sini ler!... ehh macam zaza sorg je yg excited beraya kan. Apapun zaza nak ucap SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin. Kosong Kosong ye!!!! Cakap pasal raya, uols ada dapat duit raya tak? hmmm zaza dapat CPUV dari pihak Nuffnang. Saya suka!! saya suka!! :) 

Alhamdulillah walaupun tak seberapa mana, zaza heppy tau!. Bukan senang zaza nak dapat. Okey! zaza berterima kasih jugak kpd uols coz sudi ringankan jari jemari tekan tabung bellezza.



nOte :  Syukur zaza pun ada dapat duit raya n bonus dari my bos :)