Isnin, 22 Disember 2014

'Dipakai' bapa sendiri


السلام عليكم ورحمة الله


"Bukan saya sahaja yg menjadi korban ayah, malah dua org adik juga pernah cuba diperkosa namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak" luahan Umairah [bukan nama sebenar] memberitahu perkara sebenar kepada guru kelas.


Sebenarnya cikgu, bapa saya telah 'memakai' saya sejak saya berumut lapan tahun sehingga sekarang. "Emak tidak tahu dan saya tidak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yg lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.


"Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.


"Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua org anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada org sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorg," kata Umairah lagi.


Raziah [bukan nama sebenar] bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yg berperangai seperti haiwan. Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua org anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yg melakukan pengguguran tersebut.


"Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat org isteri, anak-anak juga hendak dijadikan nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah seperti kerbau dicucuk hidung," ujar Umairah.


Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum ini. Dia terlihat bapa Umairah yg datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu. Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai begitu sekali kerana agak kurang manis.


Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis walaupun mulanya Umairah tidak bersetuju. Kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan. Semasa Polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti org bodoh langsung tidak membantah cuma "Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya," kata ayah Umairah. Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.




'Dipakai' bapa sendiri - sumber dari akhbar Utusan'.
Zaza terbelek2 keratan akhbar sebelum ternampak tajuk yg agak panas dimasa kini.
Seorg bapa tidak layak bergelar ayah apabila sanggup bertindak diluar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan anak. Astaghfirullah..


Sedih dan kecewa sangat bila manusia bertopengkan haiwan ni, bertindak mengikut nafsu! sedangkan haiwan pun ada sifat penyayangnya.. ye tak? Tak cukup isteri sorg.. tambah pulak sampai empat lepas tu sambar anak sendiri huhu..


Semoga bapa2 diluar sana menjadi ayah yg beriman, dikasihi dan dihormati serta menjadi seorg ayah yg bertangungjawab sebagai ketua keluarga yg akan membentuk anak2 semua menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat. In Shaa Allah.



nOte : Dalam kesedaran ini, siapakah yg harus dipersalahkan?




8 ulasan:

  1. kan.bila baca mcm cerita novel tp itulah hakikatnya.takut risau semua adaiman yg tipis ,akhirnya mudah digoda syaitan
    Allah Hu Akhbar
    minta dijauhkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ciksu.. semua mcm tu.. nk tutup takut punya pasal. Allahuakhbar!

      Padam
  2. Akhir zaman.. manusia bila tak kenal pada Maha Pencipta.. maka dosa pun berlaku tanpa rasa salah.. moga kita semua dijauhkan dri semua perkara seperti ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju!..In Shaa Allah, semoga kita dijauhkan sifat2 sebegini.

      Padam
  3. Allahuakbar..semoga dijauhkan ini semua dari keturunan kita..

    BalasPadam
  4. Astagfirullahalazim...
    Semoga dijauhkanlah sifat macamni di kalangan kita semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin.. sama2 kita mintak dijauhkan dri si pelaku mcm ni..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.