Isnin, 1 Disember 2014

Cosway : shoping meruntun jiwa kami lalala..



السلام عليكم ورحمة الله

Kalau dikata pejam celik pejam celik masa sudah berlalu. Haa bulan November baru je meninggalkan kita semalam dan hari ini dah masuk 1 Disember 2014. Alhamdulillah, harap semuanya okey!. 


Jumaat 28hb November, bila di ingatkan balik terasa geli hati pulak. Mana taknye, tengahari zaza dengan fatimah pergi lah ke jualan gudang cosway sb jarak opis terlalu dekat. So konon tak nak lepaskan peluang yg berharga. Memula cadangnya nak ushar2 dalam masa sejam je.. sejam lagi tapau makan sambil lepak2 kat opis.


Sampai sana cari parking agak jauh sikit dari gudang tu sb confirm2 dekat sana dah penuh parking.. tau2 je lah kan, kata jualan gudang!. Mak aiii.. masuk je dalam penuh sesak manusia entah datang dari mana hihi. Memang takde masa kami nak belek satu persatu. Apa yg nampak di mata dan boleh dicapai kami terus sambar!. Shoping itu ini dan rasa penat sangat sb peluh dah meleleh macam air terjun kat muka, terus beratur. Satu lagi masalah pulak adoii Q panjang dah macam keretapi nak pegi Ipoh kehkeh.


Jam masa tu dah kul 2 petang.. tinggal lagi setengah jam nak masuk opis. Nampaknya makan minum kami terpaksa diabaikan buat sementara waktu. Siap dalam kepala otak duk berfikir macam mana aku nak bagi alasan nanti bila terlewat masuk. Kan dah cari pasal muahahaha. Okey lah, beratur tetap diteruskan jugak sb nak mengaku kalah terasa sayang pulak dengan barang2 yg dah terambil.. bukannya mahal pun! nak dapat pun bukannya senang kan. So teruskan juga niat kami.. beratur sampai lebam.


Teitba dalam duk beratur zaza ternampak la sorg aunty cina ni.. terus meluru duk tanye pekerja kat situ. Oooo rupanya aunty tadi simpan barang yg dibeli kat situ. Katanya nak ambik time balik keje. Pandai jugak idea aunty tu hikhik. Lagipun cosway tutup jam 6 petang. Tanpa melengahkan masa kudrat kami berdua. Fatimah terus pergi dekat pekerja tu bagitau benda yg sama macam aunty tu buat hehe. Nampak tak kat situ tektik kami kuikui.


dialong mereka lebih kurang macam ni;

fatimah : saya mau simpan ini barang.. nanti jam 5 saya datang ambik boleh?
pekerja : banyak ke barang u?
fatimah : sikit je barang kami.. bukannya ada barang elektrik maa! cuma tapewere je banyak.
pekerja : opis u dekat mana?
fatimah : ehh za, kat mana erk opis kita.. [perghh giler boleh pulak dia tnye aku soalan gitu] 
zaza     : alaaaa usj 8 je.. dekat sebelah tu je.. [masih dalam Q sambil duk bagitau]
pekerja : ke u mau pegi mana saja cakap keje?
fatimah : ehh, giler apa saya nak pakai baju kurung bagai datang sini..
pekerja : terus tersenyum [bila dengar luahan fatimah tadi hehe] 


Tanpa melengahkan masa.. kami terus letak barang2 kami kat situ.. Syukur sangat bila dapat pertolongan macam ni. Sampai opis ngam2 jam dah 2.30 petang. Nasib speedmart  sebelah opis je. Singgah beli air dengan roti buat alas perut hihi. Kalau kami tunggu Q jugak tadi, bermakna kul 4 baru kami dapat bayar huhuhu. Sorg2 beli dah boleh bukak kedai hahaha. Dah ler kaunter bayaran cuma ada 8 je. Kesian jugak la dekat diaorg yg ambik brg2 dalam dua tiga benda je.. tapi Q sampai pengsan!. [kan okey kalau bukak satu kaunter untuk limit barang 10/20 je]. Pandangan zaza ler. :)

khemah budak RM25 memang berbaloi.. salah satu barang yg zaza beli.. barang2 lain pakaian, mandian, kosmetik, makanan, barang2 plastik dan yg penting kami berpuas hati dengan harga yg sangat runtuh.

Setibanya jam 5 petang, apa yg telah kami janjikan.. kami akan tunaikan. Sampai sana, takde dah nak pandang itu ini lagi.. terus ambik barang2 then bayar. Happy sangat sb tak payah nak tunggu Q bagai. Sambil duk tengah bayar tetiba hujan turun dengan lebat huhuhu. 


Rasa dah macam shoping kat Pulau Langkawi muahahaha..  Alhamdulillah, pihak cosway membuat tindakan yg sangat cekap. Mereka ada sediakan van untuk menghantar barang2 dengan tuanya sekali sampai ke kereta. Layanan mereka sangat kami hargai kerana terpaksa menyerah diri dalam keadaan hujan lebat. 


So kami tunggu la turn kami untuk menaiki van tadi. Akhirnya dapat jugak kami sampai ke kereta. Dalam keadaan banjir kilat, kami redah jugak basah pun basah la kain kami. Syukur kami dapat balik dengan selamat. Pengalaman yg tak dapat kami lupakan sepanjang kami shoping kat sana. manis masam semua ada hehe. Perempuan oh perempuan.



nOte : Ahad repaid balik dengan suami.. barang pun tak banyak mana dah.

4 ulasan:

  1. tak pegi pon, murah tu tent 25hengget..
    bab jualan gudang ni malas nak bersesak jer..duk dekat untung ler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat boleh ler pegi dear.. cuba jauh mmg xde nak sesak2 jugak hehe..

      Padam
  2. bestnya.suka pulak nengok khemah tu.
    bab beratur mmg surrender kan.kiranya berhemah juga la dorng bg simpan brg kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la ciksu.. brg2 elektrik pun murah tpi xsempat nak ushar lebih pegi time keje kan huhuhu..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.