Jumaat, 28 November 2014

Buah tembikai isi merah nyummm!



السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, dapat 3 biji buah tembikai isi merah. Harga borong yg memang murah RM10 sahaja. Berterima kasih kepada suami susah payah awak belikan buah kesukaan saya ni. Tak pun awak rasuah saya dengan buah ni sb awak nak pegi outstation kan! hahaha. Suka2 pulak zaza buat tafsiran yg salah. Kalau dia baca belog ni mau dia majuk seminggu kehkeh. Mestilah encik suami ikhlas untuk isteri tersayang kan tak gitu. Suami beli sehari sebelum berangkat ke Shanghai China. Salah satu buah pebret zaza apatah lagi kalau dibulan puasa, rasa macam tak lengkap je bila buah ni takde hehe. 



Jom, kita tengok khasiat tentang buah tembikai;

Tembikai banyak terdapat dikawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yg lain.

Disebalik rasanya yg manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yg mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat.

Ia kaya vitamin A dan C, tidak lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.

Ramai yg sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yg baik untuk kesihatan.

Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapatkan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup.

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yg bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki.

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yg penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembaikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorg sembuh dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.

Tubu memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan.

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga penuh dengan magnesium yg penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein.

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yg baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersama 30 gram protein.

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yg lain serta mampu mengelak masalah penuan pramatang.

Apabila disapu pada rambut, minyak yg berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat. [sumber metro]


nOte : tak sabar nak serbu jualan gudang cosway tenghari nanti.. :)




5 ulasan:

  1. kita serupa la... minat bebenor makan tembikai...!! tapi tang biji tu, ni first time tau khasiatnya... hahahah thanks sharing! (^_^)y

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahah ada geng la erk... zaza pun baru tau tang biji tu hehe.. wcome !

      Padam
  2. sedapnya.msa mngandunf hri tu bln puasa blh kata hari2 menu ciksu ada tembikai ni.
    buat potong mcm biasa x pon buat jus tembikai...penawar dahaga
    skrg pantg lgi.huhu.tembikai ni sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan ciksu? huhuhu skrg kena pantang betul2 la ciksu.. baru sihat tubuh badan :)

      Padam
  3. ngeee sama ler kite cik akak.. mmg hantu sangat dgn buah ni hehe..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.