Rabu, 26 November 2014

Mereka adalah orang yg sama


السلام عليكم ورحمة الله

Gambar kat bawah ni adalah seorang budak perempuan yang comey lagi vouge gitu.. haha ni ler adik bongsu zaza, Nurul Jannah namanya.. panggilan kami dalam family 'adik' anak bongsu merangkap anak manja [jangan marah ye dik]. Oh ye, Gambar kiri kanan tu sememangnya org yg sama okey!. Jangan ada yg ingat mereka itu org yg berlainan erk. Zaza pun macam kurang percaya betul ke dia adik kesayangan zaza.
 
Nurul Jannah tahun 2011 vs tahun 2014

Maklumlah.. bila dah meningkat dewasa a.k.a perempuan melayu terakhir gitu hehe.. adik dah pandai menjaga penampilan diri. Sebelum ni selalu je tengok akak dia sorg mekap pakai itu ini dan sekarang lagi adventure kot! kalah kak ton dik hahaha. 


Bagi penjagaan kulit muka, adik zaza menggunakan set Dnars skincare salah satu produk yg semakin popular sekarang. Alhamdulillah ternyata memang berkesan bila adik zaza menggunakannya. Sebelum ni ada jugak la dia bertukar2 produk tapi yg pasti produk yg digunakan mempunyai tindak balas yg berlainan untuk setiap jenis kulit. Adik zaza menggunakan produk dnars ni dah setahun. Sangat berkesan dimata kami adik beradik. Bahkan, dua org adik dan zaza sendiri pun baru berjinak2 dengan produk dnars hehe.  


Skincare [set normal/jeragat] - Sabun Beras, Sabun Colagen, UV Day Cream dan Night Cream.


Untuk rahsia awet muda dan pencerahan badan yg menyeluruh, adik menggunakan Pear White. Ambil satu sudu dengan 120ml air, goncang menggunakan shaker atau kacau dalam gelas sehingga larut. Mudah je kan! Pear White Jamu Jelita ni diformulasikan dengan kolagen yg telah dihidrolisiskan, ceri acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu pine yg mempunyai pelbagai khasiat.

Apa yg pasti, soal kecantikan memang tidak dapat dipisahkan daripada seorg yg bergelar wanita kan!. Semua nak nampak cantik, anggun dan bergaya.

2 ulasan:

  1. Ramai jugak cerita pasal dnars ni kan...rasa mcm nak cuba...tapi sally pakai produk tony moly...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 pun okey je sally... janji sesuar dgn kulit muka kita.. zaza so far alhamdulillah ada perubahan dari segi kulit tak sekata..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.