Khamis, 27 November 2014

Seronok pulak dengan hobi baru..



السلام عليكم ورحمة الله


Mesti ingat wallet kembung ada banyak duit kan! hehe. Gaji belum lagi takde nak kembung sangat ye. Tengah kira2 duit syiling lagi ada muahaha. Okey, dalam banyak2 wallet [eh giler apa banyak wallet??] yg ni ler paling zaza sayang dan awesome giler kot!!. Nak tahu pemberian dari sape baca sini.


Kalau korang nak makan angin, berbulan madu or outstation ke luar negara la kan. Tak kira lah negara mana korang akan pergi yg penting mesti kena tukar duit.. nanti tak pasal2 korang tak boleh nak shoping or makan jika guna duit ringgit malaysia kehkeh. 


Berlainan pulak dengan situasi zaza muahaha. Zaza ada beberapa keping duit luar negara tapi bukan sengaja tukar ye!.. ada org baik hati bagi so buat koleksi sendiri je lagipun not yg ada kecil je jumlahnya kalau besar dah lama zaza tukar ke ringgit malaysia buat shoping ahaaksss!!. Zaza memang tak pernah sekali jejak kaki ke luar negara lagi huhu.. eh, semenanjung pun belum habis pusing camne nak ke luar negara? kehkeh. Ada peluang, ada rezeki, In Shaa Allah akan sampai jugak suatu hari nanti.


wallet awesome ni sebenarnya zaza simpan duit ni haahh

Duit yg zaza maksudkan kebanyakan dari encik suami. Suami memang selalu outstation sana sini ditempat org. Erti kata selalu kena tinggal lah sedih kan huhu. Sebenarnya suami pergi atas urusan kerja  dan sambil2 tu boleh la makan angin sekali itupun kalau sempat uwekk. Alhamdulillah, rezeki suami. Zaza sebelum ni memang tak terlintas pun dalam benak fikiran nak kumpul duit2 luar nagara ni. Dulu2 masa bujang ada la berjinak2 kumpul setem hihi. Itu pun zaman dulu2 duk pos surat.. facebook, whatsapp semua mana muncul lagi time tu hikhik.. sekarang semua dah moden.


Koleksi duit yg zaza ada buat masa ni SINGAPORE, AUSTRALIA, HONG KONG, KOREA, TAIWAN, CINA, BRUNEI, INDONESIA, THAILAND dan PILIPINAS. Sepuluh negara yg tersenarai kecuali Korea dan Australia je yg suami belum jejak.. duit itupun zaza dapat dari kawan suami. Seronok pulak bila ada hobi baru.. tak baru jugak la ada dalam dua tahun dah zaza simpan hihi. Ada sape2 baik hati tak nak kasi zaza duit luar negara?.


nOte : Minggu ni suami berada di Shanghai, China. 
          Semoga esok suami dipermudahkan urusan balik ke Malaysia dengan selamatnya. Aamiin.
 



4 ulasan:

  1. zaza beli album khas untuk duit tu, dan simpan dalam tu... nanti tak adalah koyak dan terjaga sikit... kalau nak di amcorp mall pj hari sabtu ahad ada flea market...kat sini ramai jer orang jual duit-duit lama dan duit-duit negara lain untuk dijadikan koleksi...ha lagi satu, money changer pun boleh... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha money changer tu xtahan.. itu la pernah pegi amcorp mall dgn kawan time pasar karat tu.. xtau bila nak beli album khas simpan duit..nti ada rezeki in shaa allah. tq farah bgi cadangan !

      Padam
  2. Sally byk simpan syiling je...hahahaha...duit kertas semua kena tukar rm blk sbb xde duit..kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahha klu dollar baru tukar sally.. mmg duit dolar tak kekal lama dalam beg tu kehkeh.. duit syiling pun ada banyak..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.