السلام عليكم ورحمة الله
Pernah tak terkena??
Tak kisah la pada diri sendiri or family..
Buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali kan, pepatah org2 dahulu. Tapi itu lah, zaman sekarang ni kalau kita dah buat baik pun diaorg bukan nak ambik kesah. Ambik kesempatan lagi adalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Manusia oh manusia.
Pengalaman membuatkan kami lebih berhati2.. tak kira la siapa gerangan org itu. Sebelum ni tak pernah jadi pengalam yg sangat perit buat kami. Kami redha dgn apa yg berlaku. Mungkin ada hikmah yg tersembunyi siapa tahu kan!. Allahuakhbar Dia yg Maha Mengetahui segalanya.
Kami dah anggap dia sebagai adik bukannya musuh. Kami tak pernah ungkit sedikit pun malah kami tak pernah nak tengking dia. Mintak itu ini lagi lah jauh sekali. Tapi dia langsung tak ada hati dan perasaan terhadap kami. Bahkan, ucapan TERIMA KASIH dan juga MEMINTA MAAF langsung tak ada sekelumit dibibirnya.
Dia yg kami anggap baik di mata kami selama ini hanyalah meleset sama sekali. Pada luaran memang org2 lain pun akan terpikat dengan perwatakannya. Mungkinkah? itu semua hanya lakonan semata2 utk mengamburi mata2 org diluar sana. Ataukah? dia sememangnya berperangai macam tu cuma kami sahaja yg tak nampak!. Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya agar dia menjadi seorg yg baik budi perketinya. Semoga dia menjadi insan yg berjaya. Sedih sangat bila dia perlaku kami sedemikian.
Tak pernah nampak suami marah sangat2 dengan apa yg terjadi. Sampaikan suami tekad kalau jumpa nak pukul dia. Tapi zaza nasihatkan suami, biarlah apa yg dia buat selama ini kat kita..tuhan yg balas. Akhirnya suami mengalah. Siapa tak marah kan? bila ditatang bagai minyak yg penuh, akhrinya lenyap. Kalau lenyap macam tu je tak apa lah.. ini tidak, suami difitnah macam2. Tak sangka sangat2 bila dipikir balik apa yg terjadi.
Alhamdulillah, kami diberi kesabaran dengan ujian sedemikian. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg telah dia lakukan sebelum ni. Kami tak cakap yg kami ni baik sangat.. tapi kami akan sentiasa memperbaiki diri menjadi yg lebih baik. In Shaa Allah. :)
nOte : siapa pun gerangan citer diatas.. biarlah dia dengan kisah dia. dan kami dengan kisah kami.
Salam kenal awak... sabar yer.. Semoge lps ni die berubah mnjdi baik..
BalasPadamsalam kembali.. in shaa allah.
Padamtq bgi kata semngt dekat zaza..
Assalam,
BalasPadambunda singgah pagi kesini...Salam ukhuwah dari BUNDA...
Comeynyer baby...putih mulus..
wsalam bunda.. salam kembali :)
Padamtq atas pujian utk bby arissa hehehe..
sabar ye zaza
BalasPadamsmga org tu berubah aamiin
geram nya tgk baby tu.anak sedara ye :)
brapa umur?
tq ciksu.. in shaa allah, mudah2an beliau berubah..
Padam*aahhh anak sdra zaza.. skrg dh msuk 1thun hihihi.