Khamis, 25 Jun 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015


السلام عليكم ورحمة الله


Wah ! website NILE.COM.MY anjurkan lagi GIVEAWAY RAYA kali ni. Hadiah semua meletop habis. Zaza pun taknak lepaskan peluang hehe. Sebelum ni takde rezeki zaza.. mana tau, kali ni ada rezeki kan. In Shaa Allah. Korang yg nak join hanya klik banner kat bawah tu, dan nak detail lebih berkenaan syarat2 boleh ke blog LYSSA FAIZUREEN.

5 X PEMENANG BERTUAH AKAN DAPAT VOUCHER RM150 DARI NILE.COM.MY

  
http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Jom ! kita tengok 5 item yg zaza pilih.


Product : Bohemia Chiffon Long Dress
Price Meletop : RM19.90
Date : 29/06/2015
Time Start : 3.00pm
Quantity : 100 pieces


Product : Haniya Embroidery Dress
Price Meletop : RM29.90
Date : 02/07/2015
Time Start : 2.00pm
Quantity : 80 pieces



Product : Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop : RM19.90
Date : 06/07/2015
Time Start : 4.00pm
Quantity : 80 pieces



Product : Haniya Printed Blouse
Price Meletop : RM17.90
Date : 02/07/2015
Time Start : 4.00pm
Quantity : 200 pieces



Product : Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop : RM28.90
Date : 03/07/2015
Time Start : 4.00pm
Quantity : 200 pieces


TARIKH TAMAT : 14 JULAI 2015

nOte : untuk check result anda disini.


Rabu, 24 Jun 2015

#17 Wordless Wednesday [SEAT BELT]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Hihihihihi.. sabar je lah bila tengok muka budak kecik ni berbelit2 dengan seat belt. Arissa pun pandai jaga keselamatan.. apatah kita org dewasa ni kan ?



Selasa, 23 Jun 2015

Permintaan Adik-Adik Kesayangan


السلام عليكم ورحمة الله


Khamis malam baru ni zaza balik kg untuk berbuka puasa bersama family. Maklum ler 1st puasa suami takde OST huhu. Alhamdulillah, berselara bila berbuka bersama diaorg semua termasuk budak kecik Arissa hehe. Esok harinya, angah [mama arissa] mintak zaza buatkan kek gula hangus, manakala ateh pulak mengidam nak puding caramel. Sibuk ! mengalahkan org mengandung ngeeee. Mentang2 la bulan puasa kan. So, zaza beli bahan2 tersebut.. permintaan adik2 mestilah alongnya kena buat. Tapi diaorg mesti kena belajar buat sekali muahahaha.. senang rasa nak makan laju2 ke dapur buat :p


Resepi : Kek Gula Hangus



Bahan pertama : 1 cawan gula, 1 cawan air panas & 3 sb mentega [gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas dan mentega.. kacau sampai cair. Ketepikan].

Bahan kedua : 4 biji telor, 3/4 cawan susu pekat, 1 cawan tepung gandum, 2 sk soda bikarbonat & 1 sk esen vanila [pukul telor sampai kembang. Masukkan  susu pekat mixer hingga rata, masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu. Tuangkan esen vanila dan last sekali masukkan bahan pertama tadi iaitu gula hangus]. Tapi kalau korg malas nak guna mixer la kan, boleh je blend.. sebab zaza memang blend je bahan2 di atas, lagi senang dan cepat. Nak basuh pun senang muahaha memang dasar pemalas.

 
*Perap adunan selama 3-4 jam bertutup untuk mendapatkan sarang yg cantik.. [zaza perap sejam je, alhamdulillah menjadi jugak sarangnya]. *Dibakar selama 1 jam suhu 160c api bawah sahaja. Baki terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah atau kukus selama 50-60 minit. Siap !



Resepi : Puding Caramel


Bahan pertama : 7 biji telor [sebab zaza suka rasa lemak2 telor hehe.. terpulang individu nak letak berapa], 1 tin susu cair, 4 sb gula & 1 sk esen vanila [pukul telor sampai kembang. Masukkan  susu cair dan gula mixer hingga rata dan last sekali masukkan esen vanila. Ketepikan]. 


Bahan kedua : 1 cawan gula [gula digoreng dengan api sederhana besar. Kacau sampai cair]. Bila dah siap, masukkan gula hangus tadi kedalam bekas or loyang dan seterusnya masukkan bahan pertama tadi keatas gula hangus tadi. Kukus sampai masak. Siap ! biarkan sejuk..


nOte : bila bulan puasa je rajin pulak buat kuih itu ini kan, time hari biasa tak nak pulak rajin hehe.



Isnin, 22 Jun 2015

DEMAM-SELSEMA-BATUK complete semua ada


السلام عليكم ورحمة الله

sumber google

Dugaan bulan puasa, DEMAM-SELSEMA-BATUK complete semua ada huhu. Tapi, mak cakap.. sentiasa kena senyum walaupun dalam dugaan. Kawan2, doakan zaza cepat2 sembuh ye !. 


nOte : #sakititupenghapusdosa #5ramadan


Selasa, 16 Jun 2015

Tiap2 tahun semua staff akan dapat FREE


السلام عليكم ورحمة الله


Hari ni, pagi2 lagi zaza dah dapat kurma.. eh, bukan zaza sorg je tau !. Tiap2 tahun semua staff akan dapat FREE sempena nak menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, org kata.. tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima kan !. Apapun, semoga org yg memberi dimurahkan rezeki. Aamiin. #tqsmbos #ramadhan2015


nOte : tak sabar nak balik kg berbuka puasa sama family tercinta*





Isnin, 15 Jun 2015

Sekelip mata HP zaza boleh hilang


السلام عليكم ورحمة الله





 
Kisahnya, sabtu malam baru ni zaza otw balik ke rumah dari menghantar suami ke Hentian Pudu, KL. Sebelum tu singgah ke 223 PJ, tapau laksa. Padahal time tu jam dah lebih kurang 11 malam. Dalam perjalanan.. abg soib [kwn suami] suruh bluetooth video game silat anaknya. Dengan baik hati zaza terus mengeluarkan HP dari handbag zaza. Dah siap bluetooth. Tak lama lepas tu sampai rumah.. zaza dengan ateh, adik zaza masuk ke dalam rumah. Tangan seluk dalam handbang tengok2 HP takde. ALAMAK ? kat mana HP aku ?


Terbantut niat nak makan laksa yg dibeli tadi huhuhu.. zaza terus mintak ateh call abg soib. Tapi jawapan yg mendukacitakan huhuhu.. katanya takde pun dalam kereta dia. Pelik bin ajaib ! macam mana boleh hilang.. sebab zaza memang pegang HP time bluetooth tu tadi. Terus dalam kepala mengatakan bahawa kemungkinan semasa zaza keluar dari kereta.. HP tu terjatuh sekali. Ahhh, tidak  !. Ya ALLAH.. macam mana aku boleh lalai.


Sebenarnya, yg zaza risaukan isi yg kat dalam HP tu, kalau HP tu hilang zaza redha. Semua terfikir.. FB, wechat, whats app, IG dan lain2 semuanya zaza tak logout. Habis ! kalau org jumpa dan terambil mampus zaza. Dah ler password HP langsung takde. Adoii !. Terduduk zaza memikirkan.. dah tak boleh buat apa sebab semua dah terjadi. Ateh tak putus2 call HP zaza.. masih tiada yg menjawabnya. Dalam hati zaza, mintak2 lah ada dalam kereta abg soib. Tak lama lepas tu.. panggilan HP tu dijawab oleh abg soib. Alhamdulillah, lega segala2nya. Rupa2nya HP zaza silent.. patutlah tak dengar bunyi. Kemudian, HP tu betul2 tepi pintu je.. kalau bukan rezeki zaza mesti HP tu terjatuh huhu. HP tu pemberian adik ipar zaza. Ruginya zaza kalau tak jaga dengan betul2.
 

ALLAH nak beri ujian kat kita sekejap je.. ALLAH nak uji kelalaian kita.. ALLAH nak uji kesabaran kita.. ALLAH nak uji tutup pandangan mata kita.. Sekelip mata HP zaza boleh hilang dari pandangan mata. SUBHANALLAH.. kemudian, ALLAH ketemukan semula. Aamiin. Segalanya kuasa ALLAH. ALLAHUAKHBAR ! Syukur, Alhamdulillah. Masih ada rezeki zaza.



nOte : ujian semoga zaza lebih berhati2 di lain hari.


Jumaat, 12 Jun 2015

Bila Family Datang Ke Teratak Anaknya


السلام عليكم ورحمة الله

Hati memang happy sangat bila family datang ke teratak anaknya. Tak keruan zaza dibuatnya.. itu ini semua tak kena muahahaha. Macam lah diaorg baru first time nak datang hehehe. Apapun, mestilah kita nak yg terbaik bila family datang bermalam kan ? walaupun kita tau mereka bukan org luar.. tapi tetap nak yg terbaik. Mereka datang cuma 4 hari 3 malam je.. itupun disebabkan hari sabtu jatuh Birthday Yang Dipertuan Agong so forward ke hari ahad. Mereka sampai pagi jumaat dan sudah semestinya zaza terpaksa ambik cuti semata2 nak spend time dengan diaorg semua hahahaha poyo !. Kebetulan angah, mama arissa memang dah sehari ada rumah zaza, so zaza mintak tolong suami dia je ambilkan family dekat TBS. Ateh, mengada2 tak nak drive sendiri katanya penat huh !. 5hb Jumaat - Tempat pertama yg kami pergi ofkos lah Sogo. Kebetulan Sogo tengah ada sale kaw2 gitu !. Memula ingat nak pergi hari sabtu sebab time tu ada pasar kat jalan tar.. alih2 diaorg cakap jumaat je la sebab time org kerja takde la ramai sangat.. Hah ! ambik.. kan musim cuti sekolah.. dah tentu lah semua nak berkampung kat Sogo tu. Senang kan, cari baju raya anak2 awal sebelum Ramadhan tiba. Mak, adik dapat jugak handbag satu sorg hehe. Malamnya pulak, kami makan steamboat. Sebab diaorg teringin sangat nak makan.. harga pun dah naik RM35.50 huhuhuhu. 6hb Sabtu - Ingat nak ajak diaorg pergi tempat lain pulak selain KL.. last2 diaorg nak pergi pasar kat jalan tar tu.. aduhh.. lagi sekali kena bersesak dengan manusia. Padahal bukannya nak shopping bagai pun. Tapi petang tu kami gerak balik awal dan singgah Subang Parade pulak. Hah.. ayah shopping kasut, seluar n baju melayu.. senang awal2 kan. tak payah nak fikir dah nanti muahahaha. Eh, mak n adik zaza pun sempat grab satu hanbag lagi satu sorg ngeeee. obses ke apa ?. Makan KFC sebelum balik. 7hb Ahad - Pagi2 jam 8, suami ajak pergi ke pasar karat, shah alam.. ingatkan awal2 gerak senang la dapat parking..rupanya sangkaan meleset.. kesian suami tolong carikan parking. Sebelum kaki melulu ke setiap lorong.. kami breakfast dulu.. pilihan kami bihun sup n ayam pusing sekor muahahahaha. Semua dah kenyang.. baru cari barang basah untuk masak tenghari pulak. Berpeluh jugak nak ke pusing satu pasar tu. Sebelum ni, kami pergi berdua memang tak habis pusing pun hahahaha. Sampai rumah, kami masak2 untuk makan tenghari. Petangnya, suami nak belanja tengok wayang pulak.. alih2 suami kena panggil keje huhuhu. So, zaza la yg handle diorg semua.. bawak diaorg ke Subang Parade. Kami layan San Adreas. 1 hp dah silent..lupa pulak 1 hp lagi nak silent.. alamak ! suami call.. kesian, rupanya dia dah sampai rumah tapi kunci rumah lupa nak bawak sekali. Aduh, ada sejam lagi macam mana ?. So suami lepak kedai mamak sementara tunggu zaza balik. 8hb Isnin - Kesian.. zaza terpaksa keje hari tu.. sebab jumaat dah ambik cuti. Malas nak ambik banyak sebab baru je ambik 3 hari baru ni balik kg. Nanti nak raya kena simpan kehkehekh. Tapi zaza dah cakap kalau nk pergi maydin.. naik bas rapid. Alhamdulillah, akhirnya mereka sampai jugak maydin. Shopping lagi katanya hahaha. Diaorg sampai rumah sebelum zaza balik keje. Jam 8 malam kami gerak ke seksyen 13, shah alam sebab diaorg naik bas untuk balik ke kg jam 9.30 malam. Alhamdulillah, mereka sampai jam 4 pagi. Manakala arissa sekeluarga dah balik awal sehari sebab onyang [atok papa arissa] sakit.
  


nOte : Ya ALLAH, masih merindui suara2 kesayangan hamba.



Isnin, 1 Jun 2015

#8 Ole-Ole Korea


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah rezeki petang ni.. suka sangat ! dapat ole2 from Korea. Ada jugak hadiah untuk zaza rupanya hihihi. Tqsm bos !. Ingatkan bos bawak balik pelakon2 running man muahahaha. :p


  
nOte :  Isnin MALAM selasa [1.6.2015] malam NISFU SYAABAN iaitu malam tutupnya buku amal, jadi sebelum ditutup, MAAFkanlah semua kesalahan zaza baik yg disengaja ataupun tidak sengaja. Halal semuanya.. yg sudah lama ataupun baru. Zaza mohon Maaf Zahir Batin.