Rabu, 5 November 2014

Jangan la terlalu menghukum seseorg..


السلام عليكم ورحمة الله


Jangan la terlalu menghukum seseorg seperti kita sudah confirm ada syurga di sana.. 
Kalau tinggi ilmu didada, akhlak dan amalan yg sangat mulia.. 
Berilah nasihat dan juga teguran dengan adap sopan budi pekerti yg baik tanpa mengeluarkan kata2 kesat.
Semoga kita sama2 berubah melihat kekurangan diri dan memperbaikinya.

Ehsan google'


nOte :  Semoga Allah ceriakan hati dgn kemanisan iman hari ini dan hari2 seterusnya. Aamiin.


Isnin, 3 November 2014

Bermula November Jadual Anjal


السلام عليكم ورحمة الله


Announcement.. announcement..eeheemmmm
Bulan November adalah mengembirakan hati mereka semua.
Jadual waktu anjal sudah berkuatkuasa hari ni 3hb..
Syabas kawan hehe.. zaza tumpang heppy okey!.

Disini ada tiga sesi  iaitu.. dari 8.30pgi hingga 5.00ptg, 9.00pgi hingga 5.30ptg dan 9.30pgi hingga 6.00ptg. So korang pandai2 la membuat pilihan yg terbaik. Wah! ada kemajuan hihihi. Ehh, zaza dikecualikan ye.. masuk dan balik macam biasa sb? bos dan company lain2 muahahaha :p
 
Alaaa.. zaza tak risau pun lagipun jam punchcard awal 15 minit dari diaorg punya kehkeh. Tapi yg jadi masalahnya zaza terpaksa kena disiplinkan diri datang awal dari jam punchcard, kalau tak.. MERAH menyala la punchcard kawe hukhukhuk. [padahal selalu je merah ngeee.. teruk kan!]

Dan yg paling best.. sabtu ahad memang company cuti. Opis diaorg sabtu minggu pertama dan ketiga je cuti. Opocot! lega semangat. Boleh la rehatkan minda setelah seminggu kerja kikiki.

Mengenai jadual waktu anjal ni kan.. diaorg semua pilih awal sbnya balik pun nak awal. Korang memang! saje tak nak teman zaza hukhuk. Nasib rumah tak jauh dengan opis. Kalau tak dah nanges kuat2.


selfiv.. selfiv selfiv je memanjang lalalala..
kami sahabat baik walaupun dua org ni dah dpt jadual anjal..
tinggallah daku keseorangan sob sob sob :p


ingatkan opis sini je dapat jadual anjal.. rupanya speedmart99 sebelah pun tukar operasi jam 9pagi yg sebelum ni jam 10pagi hehe.. senangnya dalam hati, dapatlah zaza shopin makan2 kahkah.


nOte : Alhamdulillah, mulanya bulan November smoga diberi kekuatan utk melaksanakan tugas2 yg diamanahkan.



Khamis, 30 Oktober 2014

Kita selalu ingat REZEKI itu cuma harta benda kan?


السلام عليكم ورحمة الله


Kita selalu ingat REZEKI itu cuma harta benda kan? 
Padahal jodoh, anak, family, kawan, kerja, kepandaian dan juga kesihatan merupakan rezeki yg Allah SWT bagi kat kita semua. Jika memang sudah tertulis itu rezeki kita..maka itulah rezeki kita yg Allah nak bagi. Istana pun tak mustahil untuk kita memilikinya jika Dia nak bagi.

Kadang pelik manusia diluar sana bila pertingkaikan pasal rezeki anak. Zaza sedikit kecewa bila dipersoalkan!. Cuba cakap.. manusia mana yg tak mahu anak?.. apatah lagi dari darah daging kita sendiri walaupun seorg cukuplah. Hanya tuhan saje yg tahu hati dan perasaan zaza setiap kali org mempersoalkannya. Zaza pun tak ada jawapan, sekadar senyum sambil berdoa agar mereka2 diluar sana turut mendoakan agar zaza dan suami memperolehi zuriat yg baik2 bukannya senang2 diaorg canang itu ini.  [bertanya elok budi bahasa zaza langsung xkisah.. yg zaza kisah kan disini pertanyaan yg sangat menyakitkan jiwa raga.. 'weh ko umur dh tua.. bila lagi nak ada anak?']

Semuanya kuasa yg Maha Esa. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Tapi itulah, kalau mulut tempayang memang senang sangat kita nak tutup.. mulut manusia apa boleh buat so kita bersabar dan bersabar sedaya yg mampu. In Sha Allah, Dia yg maha mengetahui segalanya kerana peracanganNya sangat la hebat.



  Walaupun zaza belum dikurniakan rezeki anak buat masa ketika ini.. zaza bersyukur sangat2 ada suami yg penyayang. Family pun memahami dan banyak bagi kata semangat. Tak terkecuali Kawan2 zaza pun sama. Terima kasih semua. 



nOte : muhasabah diri.. 
 

Selasa, 28 Oktober 2014

Lebatnye hujan... sekali dengan guruh kilat lagi


السلام عليكم ورحمة الله


Tempat korang hujan tak?
Sini USJ Subang memang lebat sangat2.. sekali dengan guruh kilat lagi.
"Allahumma sayyiban nafi'a - Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg bermanfaat [HR.Bukhari]".
Risau nak balik.. ada lagi 45 minit hehe. kalau hujan je tak pe lagi hukhuk.. ni sekali guruh kilat bahaya tau!.. korang pun nanti nak balik keje hati2 la pada yg drive.. macam zaza guna payung je. Payung pon risau jugak kan, lalu bawah pokok2 besar ngeee.. Apapun, samalah kita berdoa agar hujan berhenti sebelum time balik keje hehe. Semoga kita semua dirahmatiNya. Aamiin.


nOte :  basah time balik keje okey lagi..kalau basah time datang apa macam?? erk!


Bila Bersama, Hati Rasa Indah



السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. 
Walaupun agak BASI untuk dikongsikan.. 
Saat2 indah kami ber2 kehkeh.. [sila muntah hijau :p

Indah?
Ye... bukan INDAH HARLINA dalam drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' hihihi.. 
Indah yg zaza maksudkan... dapat meluangkan masa dengan org tersayang.. takde paksaan tau!
Bila lagi kan nak luang masa sama2.. kat rumah itu memang dah pasti hehe. 

Iyelah kan, tiap2 hari keje cuma hari minggu je nak havoc muahaha.. havoc la sangat :p

Ada jugak sesetengah suami or isteri yg keje shift takde masa nak bersama. Apatah lagi dengan anak2. Sampaikan tahap salah sorg terpaksa ambik cuti huhu. Tapi, untuk org tersayang tak salah pun.. janji happy! lagipun bukannye selalu cuti hehe.

Gambar yg alaaa gedikss kat atas tu at Subang Parade. Suami melayan kerenah isteri yg naik gilerr nak bergambar haha.. nasib dapat suami yg sporting kadang2 kahkah. Cuma bila di ajak selfiV bersama langsung taknak pandang camera hp. Bukan malu2 kucen tau.. kebanyakan gambar kami ber2 memang mcm tu.. matanye mesti ke arah lain. Whatever la encik suami... janji awak bahagia kehkeh.. :p

Dalam banyak2 tempat mall seperti Main Place, The 19 USJ, One City, Summit, Sunway Piramid, Empire and banyak lagi. Tapi Subang Parade jugak tetap menjadi pilihan hati suami. Luar kawasan Subang memang tak payah citer la kan! membazir masa katanye. Boleh pulak macam tu erk. huhu..


nOte : kira hari.. tengok kalendar.. tungu nak gaji hahahaha.. :p


Isnin, 27 Oktober 2014

Teman i dah sembuh..



السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah.. kembali bekerja setelah 2 hari cuti hehe.. bagi yg cuti panjang Deepavali sampai semalam lagi power kan!.. memang terbaik 5 hari tu. Apapun hope uols bergembira..lalalala

Okey, rajin pulak zaza update blog sejak dua tiga hari ni kan hihi.. sebenarnya, komputer zaza dah okey dari sebarang masalah penyakit yg kronik. Sebelum ni monitor zaza rosak.. zaza tukar yg lain bukan beli baru ye! zaza ambik dari meja sebelah sana.. tempat tu memang takde org pun. Nak hantar baiki sampai ke harini terperap kat situ je.. whatever! So nak dijadikan citer.. cpu pulak buat hal huhuhu..nasib badan zaza oii. Bukak email dgn fb je yg dapat.. yg lain ke laut semua. Tup2 minggu lepas langsung tak dapat bukak fb.. haaa ambik ko!. [sblm ni mengadu kt kawan ckp apa la fb ni.. patern zaman kuno..org lain ok, aku punya entah apa2.]

Lama jugak la zaza abaikan blog tanpa sebarang update..sedey. Bila kat rumah mood dah malas nak bukak lappy.. sekadar hp kat tangan je hehe.. itupun kalau wssp masuk.

Hari Jumaa lepas.. zaza dapat idea ngeh2. Zaza terpikir satu cpu menyendiri tanpa teman disisi haha. Temannye sebelum ni zaza dah ambik [monitor]. So gigihkan diri pasang sendiri cpu. Alhamdulillah, akhirnya zaza dapat melihat dunia yg sangat luas.. yg paling happy zaza dapat update blog ler hihihi.

Tapi, cpu lama zaza bukan sekadar masalah tu je.. microsoft excel pun sama. Kalau nak guna kena convert bagai. Macam payah je! keje yg senang jadi lambat. Semua dokumen sebelum ni kena convert. Dah jadi satu keje nak kena buat.  


Facebook2 jugak.. janji keje yg di amanahkan semua dah siap.. lepas tu cover2 la erk, jangan depan2 bos buat selamba pulak. Kan tak pasal2 semua kene block ngeee.

nOte : Kalau mood tak ke laut, mau setiap masa i update blog hehe..

Jumaat, 24 Oktober 2014

Movie [The Room] & Gift special


السلام عليكم ورحمة الله


Thank u EG bagi akak tudung 'BAWAL LACE JOENA' yg sangat cantik lagi exclusive ni.. 
Akak nampak PINK gitu! hehe terserlah kewanitaan disitu..erkkk! :p
Hari Rabu baru ni... cuti Deepavali, kami suami isteri spentime movie The Room [Thailand] at MBO Subang Parade. Alhamdulillah, suka kemain lagi aku dapat bersama suami tersayang cewaaahhh.. Mana tak suka kan, sb suami sekarang ni terlalu bz.. balik keje pun tak menentu masa. 

Habis movie jam 1tgri.. so lepas tu kami terus keluar tak ada nak lepak2 sampai lebam sb suami nak pegi rumah adik dia pulak katanya nak lepak2 je. So, kami tapau nasi goreng ayam sb tak makan tenghari lagi. Macam biasalah kalau diaorg dah berjumpa kan! borak2 sambil layan astro dihidang pulak donut gebu dengan air kopi panas perghh! layanan sungguh vvip hehe.. tq sekali lagi EG hidangan yg sangat sedap.

Lepak punya lepak.. jam 7malam baru lah kami balik kerumah. Opsss! sebelum tu zaza dapat tudung FREE yeahh! senyum lebar sampai ke telinga okey!.. Alhamdulillah syukur. Semoga Allah memberikan rezeki yg melimpah ruah dekat korang ber2.


Zaza dah try pakai.. kain bawal yg berkualiti, lembut dan mudah dibentuk, sejuk dan selesa dipakai, tidak terlalu jarang, mudah digosok, warna tidak luntur bila dibasuh, tidak berbulu, harga berpatutan dan korang semua mampu untuk miliki. :) 

Boleh la follow iG : joena_exclusive dan juga FB Joena Exclusive
 apa2 pertanyaan korang just msg je.. tudung2 jenis lain pun banyak.. 


nOte :Opis ni sunyi je, ramai yg ambik cuti direct sempena cuti deepavali.. best la korang kan! sambung sampai Awal Muharam..

Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT


السلام عليكم ورحمة الله


Salam Jumaat barakah ! 
Doaku semoga kita semua dilimpahkan rezeki, dimudahkan segala urusan utk akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama. Aamiin.


sumber google

 Jika kita tidak suka dengan perangai pasangan.. 
tidak berpuas hati dengan perbuatan pasangan..
atau pasangan kita ada kekurangan..
jangan mengadu pada manusia.. 

jangan komplen di laman sosial tak kira la fb, twitter, instagram, wechat dan sebagainya.. 
Sebaliknya mengadulah pada Allah SWT kerana Dia yang telah menetapkan jodoh kita.. 
yang telah mengurniakan pasangan kita sebagai teman ke syurga.. 
kunci ada di tangan Allah Yang Maha Mengetahui.. 
In Shaa Allah yg buruk akan jadi baik. :)

Zaza tersentuh dengan kata diatas yg telah di kongsi oleh seorg teman.. kata2 itu diambil dari inspirasi #semaniskurma. Zaza setuju sangat2 apa yg dikongsi. Semoga apa yg terjadi pada kita jangan sekali2 hebohkan pada manusia.. kekadang tu bukan sahaja mengaibkan diri sendiri malah akan dapat dosa kering je. Ramai sangat antara kita ni yg terlalu mengikut perasaan marah.. Anggaplah itu semua ujian dariNya.
In Shaa Allah, berkat kesabaran tinggi ganjarannya nanti :)

"siapa pun suami kita kurus ke dia, buruk ke dia, hitam metalic ke dia, selagi dia suami kita, isteri mesti hormat pada dia. Hormat dalam 2 aspek, yg pertama hormat dari segi perbuatan dan kedua hormat dari segi perkataan"
- Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz -

 nOte : Sempena hari AWAL MUHARAM esok [1 Muharam 1436], zaza ingin memohon maaf andai terkasar bahasa, tersilap bicara, menyentuh perasaan semua dari segi aspek sepanjang tempoh melayari blog ini.. jutaan maaf dipohon. Moga kita semua mendapat keRedhaan yg Maha Esa, diberi petunjuk. Aamiin.

Ahad, 19 Oktober 2014

Sunyi pulak handphone ni..


السلام عليكم ورحمة الله


sumber google

Haaa.. nampak emotion kat atas!
macam tu jugak ler apa yg terjadi kat handphone zaza huhu..
tahap maut dah ni.. tak dapat nak diselamatkan lagi [buat masa ni je la] hehe..

Boleh pulak asben 'terambik' zaza punya charger..
guna yg dia punya tak nak masuk daa.. aduh!
apa den nak buat hah! hmmm buat2 tak tau je la kan..
nampaknya terpaksa tunggu asben i balik keje :(


En. nizam sayang, kena beli charger baru ye!.. 
sebab yg abg punya dah rosak tau.. 
pandai erkk buat2 tersalah ambik yg kita punya.. 
siap abg balik nanti.. marah ni ngeeee 

Diri ini terasa sunyi pulak bila handphone tanpa bunyi sana sini muahahaha gatai :p
nasib ada lappy yg menyelamatkan hati yg sunyi kehkeh..


nOte : okeylah, nak sambung buat keje rumah.. nak pi lipat kain baju jap ye.. 
sambil2 tu layan 'LOVE U MR. ARROGANT' hihihi


Jumaat, 17 Oktober 2014

Kita tersenyum bila hati bahagia


السلام عليكم ورحمة الله



Rindu itu kurniaan Allah.
Ada kalanya kita tersenyum bila hati bahagia merindui seseorg.. namun ada juga senyum dalam gundahnya.. yang penting bila tersenyum dapat menyenangkan mata yang memandang dan mengubati rindu yg bertandang :)

Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah kerana Allah masih izinkan kita bersama mereka yg kita sayang.

#selfiev #shawl10 #bluecolour

nOte : walau apa pun cabaran hari ini.. jangan lupa senyum walaupun sekadar untuk diri sendiri :)


Rabu, 15 Oktober 2014

Hati aku tersangat MERINDUIMU..


السلام عليكم ورحمة الله

Tetiba malam ni teringat pulak dekat bff time skoll dulu..
Sejujurnya jauh dasar hati aku tersangat MERINDUIMU sahabat..
Kau sentiasa ada saat aku memerlukanmu. aku pulak? aku tak tau samada aku masih lagi berfungsi dgn baik dalam hidupmu. [cewahh ayat tak boleh blahh mcm meminta simpati je kan kan!.] :p



Kau menjadi tempat untuk aku mengadu susah senang, menjadi teman yg sering menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan.. maafkan aku teman, jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini dgn izinNya. Tetapi kita terpisah jauh hujung KL dan Kemaman hehehe..

Masih kau ingat?
Sejak zaman persekolahan lagi memang aku lebih rapat dgn dirimu berbanding yg lain. Suka duka kita lalui bersama. Aku rindukan detik2 itu.. semuanya sentiasa diingatanku.. [yg paling best time kelas malam kita sama2 naik basikal lalui satu kawasan yg gelap tanpa lampu jalan hanya diterangi lampu suluh yg malap.. tetiba time tu jugak la rantai basikal aku tercabut.. grrrrrrr!! nak tak nak aku terpaksa berhenti utk membaiki dan kau masih setia menolong aku.. oh so sweet hehe..]

Namun,
Kini kau sudah berkeluarga ada suami dan anak2.. aku tumpang gembira kerana hidup kamu sangat bahagia kawan. Kau sibuk dgn urusan tak terkecuali dgn aku yg masih lagi 'honeymoon' bersama suami tercinta hehe..
[doakan utk aku dan suami agar dikurniakan juga anak2..]



Sering kali jika aku balik ke kg halaman, hati melonjak utk berjumpa dgnmu.. itu pun jikalau ada jodoh masa yg sesuai erti kata.. hari kau betul2 free. Bila dah dapat jumpa hati ini terasa gembira yg teramat walaupun sekejap je kita bersama. Apa yg ingin aku katakan padamu mungkin kedengaran seperti sudah basi.. namun kata2 ini adalah sesuatu yg lahir dari hati.. aku amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik dirimu. Terima kasih utk segala kebaikan yg telah kau beri padaku.

Aku doakan yg terbaik untukmu teman. Semoga kita sama2 berjaya dlm perkara yg diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Sekali lagi maaf ku pohon darimu atas segala kesilapan dan keterlanjuran diriku semasa kita berkawan. Satu perkara yg aku harus tahu.. aku sangat menyayangi dirimu kerana bagiku engkaulah anugerah terindah yg diberi Allah padaku.



nOte : nak sangat lepak2 sampai ke pagi hehe


Jumaat, 3 Oktober 2014

Sebulan ketinggalan rupa dah jadi macam ni hehe..


السلام عليكم ورحمة الله

Sebelum zaza lebarkan kata2.. terlebih dahulu zaza nak mohon maaf, bukan kerana sombong atau merajuk tak update blog dan juga terjah blog uols ye!.. tapi kerana sedikit kesalahan kecil iaitu penyakit MALAS hehe.. [ayat tak boleh blaahhhhh..macam ada org kesah kan!]. 

Seingat zaza last update 26 Ogos itu pun citer pasal raya AIDILFITRI yg dah basi hihihi..ni nak raya ADILADHA baru muncul aptb :p so, bermakna sebulan lah zaza ketinggalan dengan citer2 uols yg menarik kan!. Opss sebelum tu, tahniah kepada blogger mimie a.k.a CINTA ITU INDAH dan blogger ciksu a.k.a QASEHNYARANIA kerana kelahiran baby pertama. Selamat perpantang ye!

Malam ni pun entah macam mana terRAJIN pulak on9 lappy terus login hahahaha.. Okey sebelum zaza mengundur diri buat seketika waktu.. zaza selitkan gambar kami yg tersangat lawak-gelojoh-whtevr ngeee!.

muka tak boleh blah!!!!!!!!!!!!!

In Shaa Allah, ada masa jika diizinkan zaza akan kembali aktif berblog macam biasa. 
Kami berdua nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA HAJI, SELAMAT HARI RAYA KORBAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat uols semua. Pada yg dalam perjalanan balik ke kg halaman atau pun plan esok baru nak balik, zaza doakan semoga perjalanan uols selamat sampai ke kg halaman masing2.



nOte : zaza balik JERAM umah mertua, dekat je pun hihihi..


Selasa, 26 Ogos 2014

Riang Ria Raya Aidilfitri Kami Sekeluarga..


السلام عليكم ورحمة الله

Pejam celik pejam celik dah 30 Syawal hari ni, esok dah pun masuk 1 Zulkaedah.. hmmm sekejap je rasa sebulan kita beraya kan! hehe.. Uols masih ada jemputan 'open house' ke malam ni?.

Raya dah nak habis zaza baru nak update citer raya hihi.Sorry! mood terlebih ke laut la. Okey zaza tahun ni turn beraya di kG zaza Terengganu. Zaza kali ni bukan balik beraya ber2 tau! kami ber3 hihi. Kami bertolak pada hari Sabtu 26 Julai jam 12.30 tengahari. Nak tau kami sampai jam berapa? ofkos uols tau kan! time raya je mesti jem sana sini ngeee.. perjalanan kami mengambil masa selama 13 jam :(

Apapun kami bersyukur dapat berhenti berbuka area Kuantan. Dan kami sampai kerumah jam 1.30 pagi beberapa jam je lagi nak bersahur hukhukhuk.. 

Jom! tengok beberapa gambar yg kami dapat snap. 


Tengok! suami tengah kusyuk bakar ikan n sotong. Rajin betul suami kita hihi.. Kalau nak tahu, semua ni kami beli fresh tempat org jual ikan yg betul2 dekat tepian pantai.. memang best! sampai excited suami tak menang tangan memilih hehe.Lauk2 ni kami buat last menu berbuka kami sekeluarga. Alhamdulillah kami dapat juga berbuka sama2 dengan keluarga tersayang :)


Esok raya! esok raya! 1 Syawal 1435H
Syukur pada Mu Ya Allah, kami dapat beraya bersama2 keluarga tercinta.


Kameraman import dari KL [anak angkat kami a.k.a boy]. Raya tahun ni tersangat meriah coz keluarga makin bertambah.. dari suami, adik ipar dan terbaru si kecik comey Nur Zara Arissa dah masuk 7 bulan. Tengok! mak pun heppy je.. Alhamdulillah.


Ni dia.... kami berempat yg sentiasa awet muda muahahaha.. [perasan jap]
Tema baju raya kami pun semua sama ofkos la idea zaza hihi.. sebab sebelum2 ni pon memang kami adik beradik sama cuma mak ayah je lain kaler. Kali ni bila dah ada keluarga besar [ehh besar ke?] so kami kata sepakat nak buat sama.. bior ler org kata kami penari boria hehe. :p yg penting kami bahagia haha.


Apa lagi erk nak citer..cer kabo hehe..
Raya kat sana seminggu so kami beraya sakan rumah saudara mara sampaikan nak beraya rumah kawan2 pon tak berkesempatan.. hukhuk cuma dapat ler beraya kerumah sorg dua teman zaza. Jika diizinkan Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi. In Shaa Allah.


 Sampai sini je kot citer raya yg dapat zaza kongsi bersama walaupun tak berapa nak hangat sangat kan!
Nanti kita tunggu citer Raya Haji pulak ye!! amboii belum lagi dah excited kemain.
turn Raya Haji rumah mertua at Jeram. Tunggu!!


nOte : Alhamdulillah 30 Syawal.. berakhir sudah kita menyambut Aidilfitri. Semoga ikatan ukhwah dan kemaafan sesama kita akan berkekalan dalam redha yg Maha Esa. [lega rasanya bila dah tunai hutang raya :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Semoga pakcik-pakcik ku sihat walafiat..


السلام عليكم ورحمة الله


Zaza sedih dan bimbang sangat sebab pakcik2 zaza sakit. Ayoh Teh dengan penyakit Gaout [seminggu dah tak bangun], Pok Zam disahkan menghidap sakit buah pinggang [baru je keluar wad] dan Ayoh Ngah pulak menghidap batu karang [masih berada diwad HSNZ, Terengganu]. Subhanallah.. besarnya ujian Mu Ya Allah. Semoga pakcik2 zaza di anugerahkan sifat sabar dan mendapat pahala diatas dugaan dan ujian ini. Mohon jasa baik kalian semua, doakan pakcik2 kesayangan zaza semoga sembuh sediakala.


"Dengan nama ALLAH, sesungguhnya tiada satu pun yang boleh memudaratkan kami apa yang ada dibumi dan dilangit melainkan dengan izinMu.. Sesungguhnya kamu maha mengetahui.. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau bersifat Ar-Rahman, Ar-Rahim.. Engkaulah tuhan yang bisa menyembuhkan apa jua penyakit.. Maka Engkau sembuhkanlah dia seperti sediakala. Aamiin."

nOte : Sedih pulak tengok berita tadi.. Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yg memikul terutama buat ahli keluarga serta sanak saudara mangsa MH17. Al-Fatihah.

Rabu, 13 Ogos 2014

T.A.M.A.T


السلام عليكم ورحمة الله



Hehe.. dah lama tak tengok siaran macam ni kan!. maklumlah sekarang ni dah sampai pagi siarannye.. ada je citer2 best. Okey lah, sebenarnya kita nak bagi tau kita dah nak tido sb ESOK KEJE ok!. pusing sana.. pusing sini.. mood nak update pasal raya tak datang2 lagi muahahaha. jangan marah ye!

Nanti2 bila mood kita kembali segar seperti biasa kita citer2 erk. Tapi kita tak lupa jejak uols punya belog tau!. rindu kat citer uols masih mendalam. cuma kita sejak2 akhir ni penyakit M datang pulak adoii... ingat lepas raya dah okey bila kita belasah lemang ketupat ngeehh3. :p


Ramai betul ber KUCH KUCH HOTA HAI malam ni.. citer yg tak pernah tak nangis.. terkesan! #friendsip #love #hindustan #tv2 tapi mata den tetap nak tido muahaha..


nOte : seminggu2 kejap je kan! esok dah khamis..alhamdulillah :)


#11 Wordless Wednesday [GENG SEKOLAH 82]


السلام عليكم ورحمة الله



nOte : bekas pelajar SMKP 99. Masing2 dah ada family n anak2. Alhamdulillah, dgn izin Allah swt kami semua bertemu melalui fb setelah sekian lama menghilang. :)



Sabtu, 9 Ogos 2014

Iftar Perdana GX77


السلام عليكم ورحمة الله

Orang lain sibuk bercerita pasal raya..
ambe ni baru je nak kongsi gambar pasal Iftar baru2 ni hehe.

Iftar Perdana
25.07.2014 (Jumaat)
Gloria-Jean's Coffees, Subang Parade

Alhamdulillah, Iftar terakhir zaza dan asben berbuka kat luar dgn kawan2 GX77 [pengakap] sebelum bertolak balik ke kG halaman Terengganu pada Sabtu 26.07.2014 jam 12.30 tghri. Apapun kami berterima kasih kepada tuan penganjur abg Ijan aka Tuan John Kaizzer kerana sudi mengadakan Iftar Perdana yg sebegitu meriah walaupun kehadiran cuma beberapa org sahaja..maklumlah ada yg dah balik kG.

Okey, menu buffet kat sini [sate, kuah kacang, nasi ayam, nasi briani, mee kari, lontong, lemang, tapai apa lagi erk! lupa dah hehehe ala2 raya dah]. Bayaran sekepala RM38 dewasan dan kanak2 12 tahun kebawah di beri harga separuh.

Tema kami baju raya muahahaha... baju jubah yg kami pakai ni kira baju raya jugak tau! raya tahun lepas punya hehe.. maklumlah, baju raya baru dah ada kt kG coz memang tempah sana tiap2 tahun. :) macam berseri2 pulak kami ber2..macam pengantin baru pun ada ngeh3. terperasan lebih pulak.









Ni lah dia tuan penganjur hihi..tq jugak coz package duit raya sekali.
Next year kita jumpe lagi..In Shaa Allah



nOte : Nanti kita update pasal raya pulak ye! sabar...sabar :)



Isnin, 4 Ogos 2014

#6&7 CPUV Xperia Z2 Launch & Dove Hairfall Rescue


السلام عليكم ورحمة الله

Setelah seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri.. blog cabuk ni pun sepi tanpa sebarang update hehe. Maklumlah bila dah balik kg halaman busy berhari raya sana sini ler!... ehh macam zaza sorg je yg excited beraya kan. Apapun zaza nak ucap SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin. Kosong Kosong ye!!!! Cakap pasal raya, uols ada dapat duit raya tak? hmmm zaza dapat CPUV dari pihak Nuffnang. Saya suka!! saya suka!! :) 

Alhamdulillah walaupun tak seberapa mana, zaza heppy tau!. Bukan senang zaza nak dapat. Okey! zaza berterima kasih jugak kpd uols coz sudi ringankan jari jemari tekan tabung bellezza.



nOte :  Syukur zaza pun ada dapat duit raya n bonus dari my bos :)