Rabu, 31 Disember 2014

Tahun depan 2015 kita jumpa lagi..


السلام عليكم ورحمة الله


Hari terakhir bagi tahun 2014 diharapkan dapat diakhiri dengan lancar. Banyak peristiwa pahit yg perlu ditelan dan juga kenangan manis yg dikongsi bersama. Tahun 2015 akan menanti dengan cita2 dan semangat baru. Semoga kita di limpahkan rezeki dan diberi hidayah olehNya. Percaturan Allah hanya Dia yg mengetahui. Di kesempatan ini, zaza ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada mengguris hati dan perasaan. In Shaa Allah, next year kita jumpa lagi.



Selasa, 30 Disember 2014

Berdiam diri itu lebih baik


السلام عليكم ورحمة الله


Sedih bila politik masih diberi kepentingan di saat musibah melanda..
Sedih bila ada yg membandingkan bentuk bantuan yg disalurkan..
Benci bila ada lagi yg cuba memprovok itu dan ini..
 
Bantulah kerana Allah swt.. 
Help with heart..
Kerana bila kena pada kita sendiri..
Mungkin bantuan sekeping roti pun menjadi sangat berharga..
So jangan persoalkan..
Jika tak mampu membantu, baik kita berdoa..
Dari cakap merapu, laga sana sini.. berdiam diri itu lebih baik.
 
 
 
nOte : suka sangat mencari kesalahan org lain berbanding diri sendiri.



Isnin, 29 Disember 2014

Minta bantuan, kami hulurkan..


السلام عليكم ورحمة الله


Kisah ni dah basi.. lupa dah bila kejadiannya dan yg penting zaza memang ada kat kg time tu. Kami berempat [zaza, mak, ateh & adik] nak keluar jalan2 sambil tu cuci mata hehe. Belum sempat nak masuk dalam kereta tetiba ada sorg budak berlari memanggil adik zaza kebetulan time tu adik zaza baru nak buka pintu pagar rumah. Zaza dari jauh tertanya2 apakah??.. rupa2nya, adik zaza bagitau budak tu datang mintak tolong kawan dia tersangkut seluar kat rantai basikal adoiii kesian pulak bila mendengarnya. Pandai pulak kawan dia mendapatkan bantuan dan siap suruh adik zaza bawak pisau nak koyakkan seluar kawan dia tu. Bijak berfikir 'Sel2 otak sedang berhubung' terpengaruh iklan jap :p





Kami semua pun keluar tengok.. yg kelakarnya kami semua dah ler perempuan hahahaha.. ateh boleh suruh budak tu bukak seluar sb nak tarik kaki seluar dia memang payah hahaha. Budak tu tak mau la.. giler apa! malu wehhh bukanya baby kehkeh. So aku cadangkan mak ambik gunting or pisau senang potong terus je seluar budak tu. Pilihan mak pisau nak cepat.. cari gunting pun tak jumpa hehe. Nak selamatkan seluar memang dah tak dapat.




Tengok! alhamdulillah.. budak ni dah pun selesai dari masalah. Seluar tu dik tak payah nak sayang ok! nanti suruh mak beli yg baru.. janji kaki adik tak sakit dari dibelit seluar. Terus ateh lipat seluar budak tu.. kan, nanti tak pasal2 sebelah kaki pulak yg tersangkut akibat seluar terlalu labuh.



nOte : Bila tengok gambar ni.. kesian, kelakar semua ada hihi. Mekasih ye dik mintak bantuan dari kami. 



Selamat Pengantin Baru [Akma & Hafizuddin] 27 Disember 2014


السلام عليكم ورحمة الله


Walaupun musim banjir besar melanda di beberapa negeri termasuk di negeri sendiri Terengganu, syukur alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar dan sempurna. Tempat kediaman pengantin memang tak kena banjir. Apapun, TAHNIAH! kepada kedua pasangan pengantin baru. Pengantin perempuan tu merupakan kazen zaza sebelah ayah hehe. Sorry ye mimie, tak dapat nak raikan sama2 hari berbahagia korang. Apapun, kza mendoakan semoga mimie dengan suami berbahagia hingga ke kahir hayat. Dannnn cepat2 dapat baby comey :)


baju biru ni majlis 'akad nikah' mereka berdua

dan baju hijau ni pulak untuk bersanding.. tadaaaa sekali dgn dayang2 lagi


Sedih jugak la tak dapat balik hukhukhuk.. sebenarnya, zaza baru je balik seminggu sebelum majlis perkahwinan. Kalau lah diaorg info awal2 mesti zaza balik time kenduri. Konon nak 'surprise' sangat kan!. ambikk ko ngeeee. Takpe la, family zaza semua datang kecuali i kehkeh.. eh2 macam jauh 'datang' tu kan! padahal belakang rumah je pun :p 

So lepas ni cikde dengan ayahde zaza dah boleh lega panjang ler.. sb ni majlis anak bongsu mereka. Kalau ada pun nanti majlis untuk cucu2 pulak kehkeh.


nOte : Simpati terhadap mangsa banjir dan juga peswat AA yg hilang. 
#prayformangsabanjir #prayforpesawatAirAsia 



Jumaat, 26 Disember 2014

Kumpul banyak-banyak jual..


السلام عليكم ورحمة الله


Kemain susun elok je cartridge tu hihihi. Hari rabu baru ni, kak arifah ada mintak tolong zaza handle bab jual cartridge sb dia ada keje time tu. Zaza okey je.. kebetulan memang tak sibuk mana pun. Keje yg disuruh tu bukannya susah.. susun jenis cartridge lepas tu kira ada berapa. Sebelum ni pun zaza dah pernah jual walaupun amountnya tak seberapa banyak dibandingkan yg terbaru. Tekejut makkk!!! dapat RM382, alhamdulillah rezeki kami budak2 opis boleh la buat belanja makan pizza ke, mcd ke, kfc ke kehkeh.



 "Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu"



note :  #prayformangsabanjir




Sama-sama panjatkan doa kehadrat Ilahi


السلام عليكم ورحمة الله


Sempena hari Jumaat yg mulia penuh barokah ini, marilah kita sama-sama mohon panjatkan doa semoga musibah banjir yg melanda beberapa negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan perlis berakhir dengan cepat dan pulih seperti sedia kala.


Ya Allah Ya Qahhar Ya Jabbar, kami panjatkan penghargaan kami, kami menadah tangan penuh kehinaan.. mendamba kasih dan sayangMu Ya Rabb.. dicelah-celah dosa dan noda kami.. kami harapkan pertolongan dan inayahMu yg tidak bertepi.. Engkau maha mengetahui akan musibah yg menimpa saudara-saudara kami.. Engkau maha mendengar teriak tangis anak-anak kecil yg kelaparan.. Engkau maha melihat org-org tua yg uzur di pengusungan.. Engkau maha memahami rintihan si ibu dan isteri yg punya jutaan kelemahan.. Ya Rabb, kami tidak segagah nabiMu Nuh as ketika melihat anknya dibawa air, masih lagi hebat keimanan dan tawakkalnya baginda, namun.. kami sentiasa mengharap dan berharap agar Engkau tidak sia-siakan doa dan harapan kami Ya Rabb.


Ya Allah.. dikala kami kenyang, cukup segala bekalan.. sesungguhnya saudara kami berdepan ancaman dan halangan.. deretan musibah yg kunjung tiba.. tanpa makan dan minum. Peliharalah mereka Ya Allah walaupun dengan zikir sekalipun sebagai penggalas perut.


Ya Allah ketika kami menyiapkan anak-anak untuk tidur.. saudara kami dihimpit kesengsaraan yg memilukan, dibukit penuh kedinginan.. dirumah tumpangan yg sarat. Di kala kami dibaui mimpi indah.. saudara kami tidak dapat melelapkan mata.. air matanya sudah kekeringan mengenangkan nostalgia perit yg sedang dan akan dilalui.


Ya Allah.. hanya kepada Engkaulah kami berpaut doa dan harapan. Di kejauhan ini kami bermunajat kepadaMu Ya Rabb.. peliharalah saudara kami.. tetapkanlah iman mereka menerima qadha dan qadarmu.


Ya Allah tika rakan kami sedang melaksanakan misi kemanusiaan.. tika kawan-kawan kami menghabiskan segala-galanya untuk misi bantuan.. Engkau permudahkanlah urusan mereka.. Engkau terimalah usaha mereka Ya Rabb.


Ya Allah kami hambaMu yg lemah dan tidak berdaya, kepada siapa lagi kami mahu mengadu dan menyerahkan segala penderitaan dan musibah ini Ya Rabb, Engkaulah tuhan kami dan tuhan org-org yg lemah.. aamiin Ya Rabbal Aalamiin.



Rabu, 24 Disember 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


السلام عليكم ورحمة الله




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
 
 
 
 
nOte : sape2 nak join sempat lagi. jom kite ramai2 support blogger Mia



Megi vs Lilin


السلام عليكم ورحمة الله


Amboi semangat pagi2 dah tunjuk gambar megi kari super pedas!. Megi ni malam tadi zaza masak.. alasan nak masak nasi lauk bagai malas hihi. Maklum ler tinggal sorg mood malas kemain laju la :p 


Dah lama takde stok megi kat rumah.. balik keje semalam singgah speedmart terus beli. Bahan2 sayur memang dah tersedia kat dalam  peti ais. Zaza kalau makan megi memang tak gemar sangat letak telor dan kalau boleh semua sayur nak campak dalam periuk tu hihi. Dah sah2 megi tu super pedas kan, gatal tangan campak jugak dua biji cili api perghhh! memamng mables sedap pedas.




Nasib ler sempat makan habis megi ni.. tak lama lepas tu balckout satu taman erkk! zaza ingatkan rumah zaza je yg bergelap. Laju je tangan bukak laci ambik lilin n lighters ngeeeee. Itupun dah sedia awal2 takut emergency macam ni ler tak payah nak susah payah baru terkapai2 nak cari benda alah tu semua dan yg penting lighters mesti ada sb rumah zaza guna dapur letrik bukannya dapur gas pun. Takde guna jugak kalau lilin je yg ada kan! muahaha. 


Alhamdulillah, tak sampai lima minit terus lampu menyala. Horeyyy la!! kalau tak mesti tido kepanasan takde kipas pastu datang pulak nyamuk n the geng kan!. Sukaaa la mereka semua. Hahahaha kemain cantik bekas letak lilin tu. Sebenarnya, bekas tu tempat letak lilin kat dalam dan kat atas permukaan letak air serta pewangi so wangi lah satu rumah hehe. Feeling macam spa gitu cewaaahh. Itupun percuma beli pewangi sb nak letak dalam 'Revitalisor clean air'' yg dibeli dari Cosway.




nOte : Family mertua angah dah berpindah ke rumah saudara dan angah pulak balik ke rumah mak. Takziah! kami kat sini turut simpati dan faham perasaan korg sb sebelum ni zaza sempat mengalami pengalaman banjir walaupun air tak masuk dalam rumah. Zaza doakan semoga mereka2 mangsa banjir dalam keadaan baik. In Shaa Allah.


Selasa, 23 Disember 2014

Balik Kampung - aktiviti kami anak beranak



السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah, lebatnya hujan turun tadi.. sekarang dah berhenti. Teringat pulak dekat mangsa2 banjir yg berlaku di pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semoga mereka2 semua redha dan tabah dengan apa yg berlaku. 


Okey, hari ke2 berada di Kg.. so inilah aktiviti kami anak beranak keluar cuci mata hehe. Kami pergi ke MM [Mesra Mall, Kerteh]. Inilah mall yg paling dekat dengan rumah kami tak payah nak pegi jauh2 dah, alhamdulilah. Nak ke town Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang dua jam gitu hukhuk dan ke town Kuantan pun sama. So far tempat ni dah memadai buat kami. Bukan nak shoping sangat pun.


Dah penat jalan2 kami singgah makan kat SR [Secret Recipe]. Macam biasalah sementara tunggu makanan sampai kita selfie dulu hahaha.  Dah kenyang makan kami sambung balik cuci mata dan shoping sikit apa yg patut. Nak tengok wayang macam malas hehe.. nak main bowling lagi la malas :p


mak lagi muda kot dari anak2 kehkeh..


Hari ke3 pulak kami luangkan masa ke pantai pulak.. tapi sebelum tu kami shoping kopok lekor dengan kopok keping dulu, takut nanti kedai tutup awal kan tak pasal2 tak sempat nak beli pesanan dari suami tersayang hehe. Semangat waja kan! ikutkan hati semua nak borong sampaikan sos cili pun zaza sambar satu. 


Tak payah bersusah dah nak pegi beli kopok kat Kuala Terengganu sb kedai Sri Sura dah dekat sangat. Kalau nak tau, inilah tempat yg zaza selalu beli untuk pesanan dari kawan2 ataupun makan sendiri kami laki bini kehkeh. Kopok dia memang sedap.. banyak isi ikan pulak tu. Satu paket kopok goreng segera tu cuma RM6 je. Korang letak je dalam peti ais.. nak makan baru goreng, tak payah nak rebus bagai dah nama pun goreng segera kan! ketuk kepala baru tau.
 


Lepas shoping kopok, terus kami ke destinasi ke dua hahahaha shoping makan minum pulak. Kalau ke sini memang wajib singgah beli makanan. Lagipun bukan org lain owner kedai ni, adik kepada makteh iaitu kakak ipar mak so mereka kenal antara satu sama lain hehe. 


Makanan pun banyak pilihan dari segi nasi putih, sup tulang, laksa penang, mee kari, bihun, ikan/sotong/udang/ celup tepung, pisang goreng perghhh nak bagitau satu2 mati gua hehe.. terlalu banyak makanan kat situ. Eehhh kuih muih pun ada yg penting owner tu buat sendiri takde ambik tempahan okey!. Macam biasalah bila dah hantu laksa penang, memang wajib kena beli hikhik. 




Kebiasaan kalau kami berkelah kat tepi pantai, memang sengaja bawak bekal makan dah nama pun berkelah rugi la kan kalau pegi tangan kosong hihi. Tpi kali ni disebabkan kami datang pun lepas solat Asar ofkos la makan tengahari dah. Hhmmm best feeling2 gitu sambil makan sambil hirup udara segar pantai perghhh!!.




nOte : cuti dua tiga hari tak puas kan.. kalau boleh nak cuti sebulan terus hihihi.



Balik Kampung - seronok walaupun sekejap


السلام عليكم ورحمة الله


11hb Disember 2014, sempena cuti umum Sultan Selangor baru ni.. zaza balik kG halaman tercinta. Kemain seronok lagi bila dapat bersam2 family tersayang. Tapi zaza balik sorg je sb suami kene keje sedih kan!. Zaza bertolak jam 9.30 malam kat Seksyen 17, Shah Alam.. itupun mintak pertolongan kawan hantarkan. 

penuh satu beg hahaha.. tak lupa juga khemah utk sikecik arissa'



Alhamdulillah, zaza selamat sampai lebih kurang jam 3.30 pagi gitu. Sebenarnya zaza balik ni mak, ayah, ateh tak tahu pun... saje 'surprise' untuk diaorg. Zaza dah berpakat dengan adik n angah muahaha. Kebiasaan bila sampai pagi bebuta ni zaza akan call ayah suruh pickup walaupun jarak rumah dekat je tapi disebabkan i kan perempuan.. ayah bising dekat mak sb zaza selalu je balik senyap2 sorg diri, tup2 dah sampai depan rumah hehe. Anak ayah sorg ni degil kan kan.. Diaorg bukan apa risau sekarang ni mcm2 boleh berlaku. Tapi zaza ni lain pulak... tak berapa nak pikir pasal 'org' boleh pulak pikir 'hantu' hahaha giler kan!. org lain takutkan 'org jahat'.


Okey, bila dah sepakat.. so zaza memberanikan diri balik jalan kaki sorg2 dalam kegelapan yg cuma bercahayakan lampu2 jalan sekitar perumahan. Mata siap menglilau jugak la hehe. Tetiba.. bunyi 'shyyy' erk! terkejut mak! bila berpaling ke kiri ada la 2,3 org duduk lepak kat luar rumah dalam gelap2. Makin laju la langkah kaki ngeeee!!. Sedar2 dah sampai depan pagar rumah.. syukur alhamdulillah selamat.


Tapi nak dijadikan cerita hukhuk.. sepoi la adik zaza sorg ni.. elok je call dia tengah malam suruh bukak pintu pagar, boleh pulak dia bukak pintu rumah macam nak pecah pintu tu ngeeee!!.. apa lagi? mak ayah terus terjaga.. siap keluar tengok kami berdua kat pintu pagar rumah hihi. Ayah dah pelik.. jenguk kepala kemain macam ada pencuri. 


Hahahaha 'surprise'!! mak tersenyum bila tengok anak kesayangan balik mengenjut. Salam diaorg terus masuk rumah. Badan penat seharian dalam bas.. bukan nak tido boleh pulak mak ayah layan bersembang dengan anak dia sorg ni hihi. Perut pulak time tu la meragam lapar adoii.. masak megi dulu tapi makan tak habis pun, saja mulut gatal.  


nOte : nanti update lagi yearr nak keluar lunch dulu.. bai bai.


Isnin, 22 Disember 2014

'Dipakai' bapa sendiri


السلام عليكم ورحمة الله


"Bukan saya sahaja yg menjadi korban ayah, malah dua org adik juga pernah cuba diperkosa namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak" luahan Umairah [bukan nama sebenar] memberitahu perkara sebenar kepada guru kelas.


Sebenarnya cikgu, bapa saya telah 'memakai' saya sejak saya berumut lapan tahun sehingga sekarang. "Emak tidak tahu dan saya tidak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yg lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.


"Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.


"Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua org anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada org sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorg," kata Umairah lagi.


Raziah [bukan nama sebenar] bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yg berperangai seperti haiwan. Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua org anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yg melakukan pengguguran tersebut.


"Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat org isteri, anak-anak juga hendak dijadikan nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah seperti kerbau dicucuk hidung," ujar Umairah.


Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum ini. Dia terlihat bapa Umairah yg datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu. Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai begitu sekali kerana agak kurang manis.


Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis walaupun mulanya Umairah tidak bersetuju. Kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan. Semasa Polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti org bodoh langsung tidak membantah cuma "Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya," kata ayah Umairah. Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.




'Dipakai' bapa sendiri - sumber dari akhbar Utusan'.
Zaza terbelek2 keratan akhbar sebelum ternampak tajuk yg agak panas dimasa kini.
Seorg bapa tidak layak bergelar ayah apabila sanggup bertindak diluar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan anak. Astaghfirullah..


Sedih dan kecewa sangat bila manusia bertopengkan haiwan ni, bertindak mengikut nafsu! sedangkan haiwan pun ada sifat penyayangnya.. ye tak? Tak cukup isteri sorg.. tambah pulak sampai empat lepas tu sambar anak sendiri huhu..


Semoga bapa2 diluar sana menjadi ayah yg beriman, dikasihi dan dihormati serta menjadi seorg ayah yg bertangungjawab sebagai ketua keluarga yg akan membentuk anak2 semua menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat. In Shaa Allah.



nOte : Dalam kesedaran ini, siapakah yg harus dipersalahkan?




Jumaat, 19 Disember 2014

2H1M Percutian Kami Di Kota Raya


السلام عليكم ورحمة الله


Berkahwin dengan org yg kita cinta itu merupakan impian..
Berkahwin dengan org tidak dijangka itu di panggil jodoh.. [Alhamdulillah]
Setiap tahun akan tibalah detik untuk kita merenung semula lembaran hidup kita dan bersyukur kita masih dipanjangkan umur serta jodoh untuk terus menikmati kehidupan yg penuh bahagia. Alhamdulillah, Selasa 16/12/14 genap 7 tahun perkahwinan kami. Moga ikatan yg dibina ini berkekalan tanpa lunturnya kasih sayang antara kami berdua. In Shaa Allah.



Muka dua2 excited gediks!! hehe. Kami time ni dalam perjalanan ke Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre untuk 2 hari 1 malam yg ditaja khas oleh big bos suami. Walaupun dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur bagi kami memang HAVOC hahaha. Alhamdulillah, rezeki kami berdua.. tqsm yg tak terhingga bos!. Ya Allah, nak nangis rasa bila dapat suprise.. ingatkan dis time anniversary tak dapat nak calibrate sama2 walaupun sekadar sepotong kek hehe nak jugak kan!. Maklumlah jadual kerja suami terlalu sibuk kadang2 hari minggu pun terpaksa kerja apatah lagi bila outstation.


Kami sampai jam 2.30 petang terus check-in. Letak beg terus keluar balik hehe.. org nak ajak jalan2 sambil belanja shoping apa lagi kan!. Kami jalan kaki je.. exercise kaki okey! giler apa nak keluar dengan kereta dah tau KL ni jem.


tengok! muka org tu happy mcm 1st je dia dapat duduk hotel hihihi.. lain ler kite ni yg terperap kat umah je :p

Sebelum tu kami lunch nasi ayam hainan Chee Meng area Bukit Bintang. Memang tip top! rata2 semua yg makan nasi ayam mesti order kerabu mangga. Itupun suami yg suggest. Dah kenyang.. apalagi, terus la pusing mall satu Bukit Bintang tu. Sampai sakit kaki2 huhuhu.. mintak belas ehsan suami belikan selipar jepun kehkeh. Suami perli 'ehh macam bercuti kat luar negara je selipar pun nak kena beli' kahkahkah. Whatever la suami.. kata semalaman je tido takkan nak angkut semua barang rumah hihihi. 




Setengah hari pusing KL memang penat.. tapi happy sangat dah macam puteri raja kehkeh. Malam tu kami keluar lagi saje cuci2 mata sambil tu makan eskrim kelapa, satu tu RM10 boleh topup sendiri apa yg kita nak mcm kacang ke, jagung ke, coklat ke.. memang sedap!. Dah puas round sana sini.. terus balik hotel. Muktamad dah. Penat campur ngatuk hihi. Tapi sebelum tu kami tapau Domino Pizza.


Kami chek-out jam 12 tenghari.. sebelum balik macam biasa ler selfiv ! hehe. bai bai KL dan Subang tunggu kami pulang kehkeh. :p





Sayang.. 
7th anniversary ! 
Tqsm for everthing my imam Khairul Nizam. 
Awak memang yg terbaik untuk saya selamanya.
Tqsm jugak untuk hadiah anniversary!  saya suka sangat..


Tak lupa juga... kepada semua sahabat yg mengenali mahupun sahabat di alam maya. Ucapan korang kami sangat hargai dan berbanyak2 jutaan terima kasih. Kami pun berharap agar anda semua sentiasa diberikan kesejahteraan hidup dariNya. Aamiin.



Selasa, 16 Disember 2014

Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 7


السلام عليكم ورحمة الله


Terima kasih Allah SWT di atas kurniaanMu. Semoga cinta kami berdua atas keredhaanMu dan jadikan kami pasangan yg bersatu di Syurga FirdausMu. Aamiin.
 
 
nOte : mood kelaut lalalalalala..


Isnin, 15 Disember 2014

Percubaan menjadi bila 'Instant Shawl' melekat di kepala hehe..



السلام عليكم ورحمة الله


Baru je balik dari kG halaman petang semalam.  Nanti kite update kemudian erk!. Arini macam malas lagi hehe. Pernah pakai 'instant shawl' or korang memang peminat tegar? zaza baru tahu pasal tudung ni haha nampak sangat tak alert benda ni :p


Padahal zaza memang peminat tegar shawl. Okey sebelum balik kg, kawan ada whatsapp tanya nak beli tak 'instant shawl' sb dia ada beli on9 sampai sepuluh helai baru dapat harga borong. Zaza okey je so beli satu je dulu nak test, kan nanti tak sesuai or tak pandai nak pakai saje cari pasal hehe. Kawan zaza jual harga borong yg dia beli dengan harga RM25 sehelai kira untung la zaza.. kalau ambik sehelai dengan pemborong RM40 ngeerrr!

model cantik pakai apa jenis pun semua akan nampak cantik kan! hehe.. [sumber whatsapp]
  
Kawan zaza [lely] datang rumah bawak semua tudung yg dia beli tu konon zaza pelanggan 1st dia muahahaha. Excited kemain zaza nak pilih pelbagai kaler, rambang mata dibuatnya hahaha.. alih2 berkenan kaler hijau coklat ni. Tudung ni senang giler' sarung macam tudung syria terus menjadi. Bagi zaza la sb sebelum ni kena lilit bagai kan. Bagi yg baru nak pakai mungkin akak rasa kekok sikit. Tak org lain la zaza sendiri pun sama hahaha. So, bila dah test pakai jadi la macam gambar kat bawah sebelah kiri tu.. zaza cuma pinkan jarum kedua2 belah kiri kanan pipi zaza. Zaza tak pin bawah dagu cuma pin kan atas bahu untuk nampak lagi kemas. Dan gambar sebelah kanan, lely menggunakan anak tudung awning keras sb muka dia agak kurang sesuai bila pakai macam zaza. Korang nak pakai macam mana pun semua terserlah kreativiti sendiri janji korang berpuasa hati hihi.





Ehh, adik zaza dua org lagi pun berminat nak try jugak. Benda baru semua org nak try kan! mudah, senang, cepat semua org nak dan yg penting tudung ni menutup dada. Memang tak rugi zaza membelinya. 


nOte :  penat masih lagi terasa walaupun tido sepanjang perjalanan hahahaha.


Rabu, 10 Disember 2014

#17 Wordless Wednesday [BAJET TERENGGANU 2015]



السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Alhamdulillah.. pasti gembira rakyat Terengganu bila dapat berita macam ni.


Pembelajaran Arissa di hujung minggu..



السلام عليكم ورحمة الله


Gambar di atas mengalahkan budak berumur 2 tahun muahaha.. nak jalan pun berjinjit [tumit kaki seakan tak jejak tanah] gaya je lebih kan!. Dapat kerusi, meja serta buku pantang ler tu. Dah tak kira kat mana tempatnya.. janji dapat duduk buat macam rumah sendri hahahaha. :p 

Time ni arissa outing dengan family mama hujung minggu. Kemain lagak gaya macam dah pandai baca buku. Apa yg kat dalam buku tu pun tau ke tidaknya kan. Geli hati pulak mak long tengok hihihi.. yg tak tahan sekali dengan reaksi muka tu. Mybe faham kot gambar ayam tu hahaha.. sebab kat rumah nenek ada banyak ayam tapi bukan nenek bela pun ayam jiran tetangga merangkap nenek sedara arissa jugak hehe. 

Tengok! tangan pun siap tunjuk2 lagi macam tengah baca sesuatu. Oh, sweet pulak zaza dapat gambar ni dari whatsapp mama arissa. Mak Long doakan arissa cepat2 faham dan belajar walaupun usia masih kecik.. sape sangka kan, suatu hari nanti umur 3 ke 4 tahun dah pandai baca buku hehe.



 nOte : nanti la maklong balik.. geget2 pipi tu.. nak peluk ketat2 sampai arissa nangis muahaha.



Selasa, 9 Disember 2014

#5 - Ole Ole Sabah


السلام عليكم ورحمة الله


Jumaat lepas zaza dapat buah tangan dari Sabah, alhamdulillah rezeki. Ingatkan dapat satu barang je rupanya empat barang sekaligus! syukur sangat2. Sebelum tu, zaza nak ucap terima kasih kepada suri sb sudi ingat zaza masa tengah cuti2 malaysia kat sana hehe.. Bukan itu aje, siap datang jemput lagi ajak keluar minum katanya sambil hantar barang sambil lepak2 muahaha.. padahal package makan malam sekali hihi dan lagi??? suri yg belanja zaza.. bertuah badan :) 


Owh! baiknya hati suri dah tiga kali kot zaza rasa suri yg belanja. Zaza nak hulur duit tak sempat aje kehkeh, ke saje2 buat lambat puan zaza weh. Tak baik tau ambik kesempatan kat org yg berbuat baik dekat kita. Ehh, zaza tak terfikir macam tu sekali nak aniaya org sedemikan yg dah tolong kita. In Shaa Allah, nanti ada kelapangan lagi, kita keluar zaza pulak yg akan belanja suri makan tapi tak boleh la nak tido sana ye suri hihi. 


Zaza memang tak pernah sampai lagi ke negeri Sabah. Ada rezeki kami nanti, In Shaa Allah akan sampai jua. Sebenarnya teringin jugak nak bercuti ke sana. Nak merasa juga pantai sana hehe.. Asyik pantai Terengganu je kan! [mcm la hari2 tengok pantai, balik pun beberapa bulan sekali hehe] Owhh lupa pulak apa barang yg zaza dapat tempoh hari. 


Tadaaaa!!!

 

Banyak kan? setiap pek pun banyak isinya. Ada Ikan Bilis, Keropok Amplang Likas, Kuih Cincin dan Brooch Mutiara yg sangat cantik. Zaza pun tak tau berapa harga setiap barang huhuhu. Apapun terima kasih banyak2 sekali lagi ye suri. Semoga Allah limpahkan rezeki buat suri. Ke semua makanan zaza suka.. paling pebret kuih cincin :)


 
nOte : suami takde bereh aje, tapi suami ada pun dia memang izinkan.. apapun zaza memang tak akan membelakangi suami, zaza terlebih dahulu report kat suami untuk kata putus tau..