Khamis, 29 Januari 2015

Makcik dengan kisahnya..


السلام عليكم ورحمة الله


Sebelum ni kan, zaza pernah terdengar pasal kes kecurian dirumah pengantin. Nak dijadikan citer, akhir tahun lepas memang betul2 berlaku di hari bahagia kazen zaza huhuhu. Bukan kecik2 anak yg melakukan keje yg terkutuk tu.. boleh kata pangkat mak2 kita nauzubillah. Makcik ni terambil ehhh memang sengaja ambik gelang emas anak kazen zaza ketika dalam bilik pengantin. Time dia ambik budak tu tengah tido dan pengantin pulak langsung tak tahu apa2 sebab dia tengah kusyuk diandan oleh jurumekap. Manakala, adik zaza yg ternampak akan kelakuan makcik tu tadi.. mengucap panjang sebab betul2 berlaku depan mata sendiri. Perasaan takut pun ada ialah mana tahu org tuduh adik zaza pulak kan!. 


Adik zaza tak nak banyak cakap.. keluar terus pegi mendapatkan kazen dan citer perkara yg sebenar. Hmmm, apa lagi.. mengamuk ler kazen tapi takde la sampai belasah makcik tu cukup2 hihihihi. Kazen zaza tanya makcik tu elok2 kenapa ambik gelang anak dia. Makcik tu agak malu dan bagitau yg gelang budak tu tersangkut kat kain itu pasal dia ambik.. hahahaha lawak pulak zaza dengar. Kazen tak nak panjang citer so biarkan makcik tu terus berlalu pergi. Lagipun, gelang emas anak dia dah pun dapat balik. Syukur Alhamdulillah.


takde kene mengena dgn makcik bean ni tau! muahahaa.. [ehsan google]


nOte : Kepada korang, apa2 barang berharga jangan la letak di merata2 tempat dan kanak2 kalau nak dipakaikan barang berharga yg penting korang pantau jangan biarkan dia kesana kesini tanpa ada sapa2 yg menjaga. Peringatan untuk kita bersama tau!. Kalau dah kena menangis pun takde guna.



Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


السلام عليكم ورحمة الله


Wah ! ada berita gembira ni.. Mesti semua dah tahu kan, pasal Nile.com.my melancarkan Gieaway semasa Tahun Baru Cina iaitu pada 19hb Februari 2015. Oh ye, Nile.com.my merupakan online shopping Malaysia seperti Baju Muslimah, Kasut, Beg, Barang2 Gym, Buku dan banyak lagi la. So zaza pun tak nak lepaskan peluang yg berharga ni hehe.. mana la tau ada rezeki, In Shaa Allah. Nak tahu lebih detail sila DISINI.


Hadiah Bagi Giveaway:
5x Pemenang Bertuah yg akan mendapat RM150 barangan dengan PERCUMA


Syarat Giveaway:
 1. Tajuk Entry : Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my 
2. Letak banner di bawah besertakan backlink untuk banner tersebut
3. Letakkan produk2 yg korang nak daripada Nile.com.my bersama dengan link produk 

 
 
http://www.nile.com.my/page.php?cd=96


Sekiranya zaza adalah pemenang yg bertuah, zaza ingin memiliki barang2 seperti berikut:


BMG37132 Simple Long Dress With Belt- Light Green [RM45.00]



BMI52881 Mixed Color Blouse- Cream [RM31.90]


BMI52621 Plain Chiffon Blouse - Army Green [RM28.90]



CII34485 Scarf [RM7.90]


WBS38615 Stylish Design Woman Backpack [RM35.80]




Jumlah harga barangan : RM45.00 + RM31.90 + RM28.90 + RM7.90 + RM35.80 = RM149.50



Untuk check result boleh semak DISINI





Rabu, 28 Januari 2015

#03 Wordless Wednesday [ARISSA DENGAN BABY]


السلام عليكم ورحمة الله


nOte : Khusyuk layan kartun kat tv dan sambil tu jugak kena jaga baby hahaha. kelakar betul gelagat arissa sorg ni.. sampaikan baby pun dipakaikan kasut dia.



Isnin, 26 Januari 2015

Acara BBQ bersama tuan rumah..


السلام عليكم ورحمة الله


Selepas makan tengahari apa kata ambik aura tengok gambar BBQ ni pulak muahahaha. Sebenarnya, hari Sabtu malam kami laki bini buat BBQ kat rumah kawan suami yg kat Cheras tempoh hari tu. Nak tunggu hari raya atau apa2 majlis memang kempunan la kan? hihi. Pada hari Jumaat malam awal2 lagi suami ajak zaza pegi ke Maydin Subang belasah ayam, kambing, sosej dan ubi kentang. Manakala jagung telah disediakan khas dari tuan rumah hehe. Setakat lima org yg makan memang cukup sangat pun.. kan banyak membazir pulak. Tak ada jemput sapa2 pun.. kami berdua dengan tuan rumah je. Saja kami buat acara makan2 sebab sebelah pagi suami dah penat bekerja ngeee jadi, malamnya pulak santai dengan makan bakar2 hehe.  Alhamdulillah, perancangan kami berjalan dengan lancar. Makanan semua disapu dan lenyap dalam perut masing2 hihihi. Kami mula jam 8 malam sampai ler jam 12 tengah malam. Lepas tu kemas itu ini apa yg patut sebelum nak masuk tido..eh, tak tido pun lagi kami borak2 sambil layan tv pulak kehkeh. Tak kan lepas makan terus tido kan? tak elok untuk kesihatan muahaha.
 
 
 
nOte :  raya cina ni plan nak balik kg..




Ahad, 25 Januari 2015

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ


السلام عليكم ورحمة الله


[JOIN KLIK BANNER]


Pemenang Top Comentator bakal memenangi Sustained Released Vitamin C yg berharga RM92.50 + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yg memberi KOMEN PALING BANYAK di blog sepanjang Giveaway ini berlangsung dari 16 Januari 2015 sehingga 28 Februari 2015


Sabtu, 24 Januari 2015

" Mini Giveaway By azhafizah.com"


السلام عليكم ورحمة الله


[join klik banner]


Tarikh Tamat : 30 Januari 2015



Jumaat, 23 Januari 2015

Kasut Harga RM10 Jualan Gudang


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, keje semua dah settel hehe. Okey, zaza nak share satu benda yg best giler2. Seksyen 18, Shah Alam ada buat jualan gudang. Dah nama pun jualan gudang mestilah harga pun murah kan!. Kalau bab shoping laju je kaum wanita hihihi. So apa lagi, jom terjah ramai2.

Dialong perbualan kami melalui whtsap;
Fatimah : za, ko nak beli tak kasut sport untuk anak sedara ko? sandal pun ada.. RM10 je sepasang.
Zaza : erkk, biar betul? kalau macam tu aku nak la dua pasang.. kasut dengan sandal saiz 23 ye!
Fatimah : aku dah balik rumah hihihi. nanti aku pergi aku belikan.
Zaza : ko memang!! dah sampai rumah baru nak bagitau hukhukhuk.
 
Pantang ada sale laju je.. tak boleh pergi sendiri, kirim kat org pun jadi muahahaha. Maklong excited bila dapat tahu arissa dah pandai jalan sepenuhnya, itu yg beli. Nanti boleh la arissa pakai time jalan2 kat dalam pagar rumah nenek hihi. Kalau maklong nak tengok arissa jalan.. nampaknya kena tunggu raya cina ni. In Shaa Allah.

dua pasang untuk arissa walaupun maklong tahu arissa dah ada banyak kasut. tapi ni ikhlas dari maklong tau! harga murah jangan nak kesah hahahaha.


ini pulak kasut areesya anak kak arifah.. memang comey giler kombinasi kaler. pandai momy dia pilih. harga sepasang untuk kasut ni pun RM10 je.. murah kan?

 
nOte : kasut yg zaza dapat ni sebenarnya kak arifah yg tolong belikan.. kebetulan dia pun nak pergi so zaza kirimkan duit. Tqsm kak sebab susah payah bawak kasut arissa tu datang opis hihihi.



Rabu, 21 Januari 2015

#02 Wordless Wednesday [LIMITED]


السلام عليكم ورحمة الله



nOte : Epal Pisang.. zaza memang pengemar pisang muahaha!! rasa dia lemak2 gitu :)

Selasa, 20 Januari 2015

Movie [Blackhat] Outing Bersama Juz


السلام عليكم ورحمة الله



Pada hari Ahad lepas.. kami ke Leisure Mall Cheras. Amboi kemain jauh berjalan sampai nun disana hehe. Sebenarnya, Sabtu malam tu kami tido rumah Juz, kawan suami.. so itu yg terlajak ke sana hihihi. First time tau! zaza jejak kaki kat situ hahaha maklumlah, sebelum ni asyik ke Subang Parade je. Dekat subang ni pun dah berapa banyak pilihan mall cuma duit je nak kena banyak ngeee.


Okey, sampai sana time makan tengahari kira langkah kaki kanan la hehe. Apalagi, kami terus meluru ke Nando's iaitu salah satu makanan pebret kami laki bini.. tapi takde la nak balun hari2 ayam tu kehkeh. Kami pergi berempat [zaza, suami dan juz bersama anaknya]. Paling best Nando's kat sini tak semak sangat mybe kedai dia besar kot. Nak menjamu selera pun tenang je cuma kedengaran lagu2 yg dipasang..sambil makan sambil feeling muahaha.
 


Hahahaha.. paling gediks bila aksi zaza yg entah apa2 kan!. Org lain tak makan dek saman okey.. zaza je yg giler seflie buwekkk!. Apapun, zaza nak ucap terima kasih pada Juz sebab belanja kami berdua makan serta bagi kami tumpang tido hehe. Pada suami, terima kasih jugak sebab luangkan masa berharga dekat isteri awak sorg ni. Hari Sabtu pun awak dah bawak pegi jalan2 siap package layan movie Blackhat hehe.


nOte : bila dapat luangkan masa dengan org tersayang memang happy'.

 

Isnin, 19 Januari 2015

Kebersihan dan kekemasan meja


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, dah kenyang makan tenghari tadi. 
Selamat menyambung keje bagi yg bekerja, jangan nak malas2 ye!. 


Tersenyum puas melihat bunga yg cantik dengan pelbagai warna walaupun ianya 'plastik' hehe.
Kebersihan dan kekemasan meja bukan saja mampu memikat pancaindera.
Namun, akan memberi ketenangan jiwa apabila kita nak memulakan tugas tak gitu?.


Sebenarnya, bunga ni baru je beli semalam kat Daiso, Leisure Mall Cheras.. hihihi.
Itu yg terlajak rajin pengubahsuaian meja.. sb zaza ni jenis 'tak boleh tengok'.
Ada je benda2 yg nak diubah erti kata beralih tempat kehkeh.
Janji... tuan empunya happy! :)



nOte : kebersihan haruslah di jaga tak kira tempat.. :)
 


Jumaat, 16 Januari 2015

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday


السلام عليكم ورحمة الله

lya doakan moga allah swt melimpahi rahmat y melimpah ruah buat cma serta dipermudahkan sgala urusan dunia n akhirat.amin

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

http://fuzamusa.blogspot.com/2015/01/2nd-giveaway-sulaman-lace-heaven-happy.html

[join klik banner]
 
 
"ZAZA DOAKAN, MOGA ALLAH SWT MELIMPAHI RAHMAT YG MELIMPAH RUAH BUAT FUZA SERTA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT. AAMIIN."
 
 
 
1. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam, 31hb Januari 2015.
2. Pemenang akan di umumkan pada hari Isnin, 2hb Februari 2015.

"Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku"


السلام عليكم ورحمة الله

http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-sakura-blog-qaseh-ku.html

[join klik banner]
 
Syaratnya:
1) Follow blog Qaseh Ku
 
 
TAMAT apabila cukup 100 blog.


Khamis, 15 Januari 2015

Kembar seiras tapi lain kaler


السلام عليكم ورحمة الله


Lagi gambar budak kecik comey ni hehe. Kali ni arissa bersama kembar beliau liyana. Ehh, kembar baju ye! saje nak nunjuk baju yg maklong dia beli sama aritu dengan ibu liyana hehe. Alhamdulillah, muat2 dengan badan arissa. Kemain comey pakai.. time ni arissa nak attend majlis kawin kat belakang rumah nenek je.

Nur Zara Arissa vs Puteri Hana Liyana


Perbezaan umur mereka ni dua bulan je.. walaupun tahun lain2 hahaha. Liyana November 2013 dan arissa Januari 2014 hehe. Kira liyana ni kakak arissa la.. tapi bab berat, arissa 3kilo lebih dari liyana hahaha anak sedara maklong bam bam orgnya. Tapi kebiasaan memang adik lagi berat kan dari kakak hihihi.




nOte : best bila gegel ni..dapat pakai baju cantik2.. mesti mak dia rambang mata hahaha.

 

Rabu, 14 Januari 2015

#01 Wordless Wednesday [MATA PELAJARAN]


السلام عليكم ورحمة الله


[sumber fb]



Dah nama perempuan.. mekap, pakaian semua dia sapu


السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah, malu pulak nak tunjuk pipi yg menonjol kemain ni muahahaha. Kisahnya, hari sabtu baru ni.. zaza dengan suami singgah rumah adik ipar nak ambik tudung yg zaza order dengan dia. Alang2 dah sampai sana, kami berdua memang lama la kat sana kehkeh. Bukan rumah org lain pun kan. Wife adik ipar zaza a.k.a biras bersemangat nak conteng muka i yg tak berapa nak gebus macam org lain hihihi. Apa lagi, laju je diri ni tadahkan muka. Dah nama perempuan.. sabar je la ye wahai suami, awak layan je la 'running man' tu hehe. Bila dah selesai haahhh... ni la hasilnya. Permulaan yg baik, minat nak belajar tu dah ada.. yg penting semangat kena kental. In Shaa Allah, mana tahu nanti lepas ni EG sebaris dengan mekap retis hehehe.




Okey, gambar kat bawah ni tudung yg zaza beli tu.. zaza beli 1 helai tudung 'bawal lace rose', memang selesa dipakai apatah lagi boleh digayakan macam kita pakai shawl ewahhhh. Dan 4 helai tudung 'bawal lace joena' yg sebelum ni zaza dah ada. Tapi yg 4 helai tu zaza nak bagi gift buat adik2 zaza.


 

Bukan sekadar beli tudung je you! package sekali seluar palazzo tau, muahahaha. Alhamdulillah, seluar tu suami tolong bayarkan sebab tudung awal2 lagi zaza dah bank in duit sendiri huhuhu. Seluar palazzo ni pun memang sesuai sangat la org gemok macam zaza haha. Seluarnya agak longgar dan besar nampak macam kita pakai skirt labuh. Istimewanya, satu plain dan satu lagi bercorak. Harga memang berpatutan. Baju? ops.. baju lain negara okey, hahaha.. baju ni suami beli time dia oustation Kemboja tempoh hari. Tak pernah2 nak beli sepasang sama laki bini.. tetiba baik hati nak pakai sama kaler hahaha. Ehh, apapun.. zaza bersyukur dan berterima kasih kepada suami.





nOte :pagi ni panas terik..alhamdulillah.

 

Selasa, 13 Januari 2015

Air mata kadang-kadang lebih berharga dari senyuman..


السلام عليكم ورحمة الله


"Air mata kadang-kadang lebih berharga dari senyuman.. kerana senyuman boleh diberi kepada sesiapa sahaja, tetapi tangisan dan air mata banyak dititis hanya untuk orang tersayang". 



Mood harini terasa sangat sedih huhu. 
Zaza tetap tabahkan hati sebab, zaza terlalu sayangkan persahabatan yg selama ni terbina. 
Maafkan zaza jikalau selama ni zaza banyak sakitkan hati awak. 
Zaza nak awak tahu.. awak pun sahabat saya dunia dan akhirat. In Shaa Allah.



nOte : kadang2 kita terlepas pandang atas percakapan.. 


Jumaat, 9 Januari 2015

Makan Besar Memang Meriah..


السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, rezeki kami tengahari tadi dapat makan KFC free.. ehhh, bukan saje2 KFC nak bagi free ye!!. Sebenarnya duit dari hasil jual Cartridge baru2 ni. So disini, kami separate untuk dua kumpulan.. satu kami budak2 opis dan satu lagi untuk budak2 site. Kira adil sama2 dapat merasa walau pun sikit sorg. Kami pilih time rehat sebab masa agak panjang dari jam 12.30 tenghari sehingga 2.30 petang perghhh!!! lama tu. Untuk budak site nanti.. diaorg akan order time diaorg balik opis nanti. Kalau terus order mau tak sedap ayam KFC tu huhu kesian pulak kat diorg dah la balik penat2 bagi pulak makanan yg sejuk lemau hehehe. 


Jom layan gambar kami yg gediksss!!!







Mesti muka tiga org ni yg terlebih muahahaha..selfie je memanjang. Apapun, zaza nak ucap ribuan terima kasih sudi invite makan sekali ramai2 tadi. Nanti ada rezeki lebih jangan lupa jemput lagi tau!. Zaza sayang korang semua acecehhhh ayat bodek. Dan yg penting, zaza dapat tapau lagi erk!. Alhamdulillah.



nOte : kepada yg cuti esok.. selamat bercuti ye! dan kepada yg kena keja jangan malas2 hehe.



Segmen Mama Mencari Bloglist


السلام عليكم ورحمة الله




Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.


Syaratnya :


Follow blog Mama Niza.


Letakkan URL blog mama di bloglist anda.


Tamat : 10 Januari 2015


Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015


Nota : Jom beri sokongan pada mama!





Khamis, 8 Januari 2015

Part 2 : Rumah TokMa..Celebrate Birthday


السلام عليكم ورحمة الله


Nur Zara Arissa tetap dihati maklong hehe.. sorry ye, minggu ni kisah si kecik ni je. Rasa memang tak puas menatap gambar2 si kecik sorg ni. Okey, selepas celebrate birthday kat rumah nenek [sebelah mama] arissa baru2 ni.. sekali lagi arissa potong kek dan kali ni kat rumah tokma [sebelah papa] arissa pulak. Wah!! kemain seronok budak kecik ni dua kali you, dia dapat kek hihi. Opss, kek ni tajaan sepenuh dari Neksuma [nenek saudara arissa].



ehhh tenung2 kek tu macam dah geram.. tak sabar ke dik?

amboii.. dah pandai selfie ye!!comey je tersipu malu kat atas kerusi khas kehkeh..

alhamdulillah.. semangat potong kek tu.. fokus2!! hehe..

Bila dah ada cucu sorg ni, mana2 belah semua teruja. Nak2 family yg kecik lagilah excited bila ahli family bertambah. Family sebelah papa arissa dua beradik je [maklong dan papa] dan sebelah mama arissa pulak empat org adik beradik kesemuanya gegel hehe. Lagilah bertuah arissa sebab ramai makcik2 melayan kerenah dia. Dan yg paling happy ofkos la kedua2 belah nenak dan atok kan? alhamdulillah. Nak tunggu kazen arissa [anak maklong sendiri] kena sabar ye.. In Shaa Allah, berkat doa kami suami isteri serta org sekeliling agar diberi zuriat secepat yg mungkin. Aamiin.


nOte : Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal..In Shaa Allah.