Jumaat, 5 Disember 2014

Pantang ada sale je terus terjah..


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat petang! Alhamdulillah.. kenyang perut makan nasi putih dengan ayam goreng kunyit dan sirap ais lunch tadi. Tapi sebelum tapau makan, fatimah ajak zaza pergi baby center fify area Taipan, Usj. Katanya ada jualan murah. Jam 12.30 tenghari kami gerak sampai sana parking pulak susah.. semua penuh adoii fatimah dah putus asa.. 'za kita balik je la lambat lagi habis jualan tu sampai akhir bulan ni'. Dalam nak keluar balik ke pejabat ternampak satu park kosong, alhamdulillah rezeki kami.. yg bestnya walaupun park belakang satu bangunan rupanya lalu lorong terus jupe kedai fify muahahaha lagi senang tak payah nak jalan jauh [bila la nak kurus camni jalan sikit pun malas :p]


Okey, masuk tengok potongan harga cuma banyak baju2 baby yg baru lahir dari RM10-RM17 gitu. Baju2 untuk budak umur setahun ke atas dalam 20%-50%. Dalam nak tengok2 je, zaza berkenan dengan satu baju ni simple je.. macam baju skool budak pun ada hihi.. RM15 je sambar terus! zaza ambik kaler biru gelap dan fatimah ambik pink. Fatimah pun sama dalam takde apa yg nak dibeli.. ambik kau!! RM50 lebih jugak melayang duit hehe yg dibelinya lagi puting botol susu, botol susu, berus botol, baju dan seluar.


ni dia baju yg zaza beli.. tpi seksi sikit kat bahu muahaha.. luar kain skirt tu ada lace.


Dah siap bayar terus tapau makan. Dalam perjalanan nak ke kedai makan, fatimah bagitau la anak dia yg sulung hayfa, cakap nak 'ibu baru' hahahahaha tergelak2 zaza dalam kereta. Macam ni kisahnya 'ibu, onie [sepupu dia] dah duduk dengan ibu baru.. onie ada ibu baru.. hayfa pun nak ibu baru jugak". nak tahu fatimah jawab apa? 'nah! ni dia penumbuk ibu baru nak? sambil tunjuk penumbuk tangan dekat hayfa. Hafya terus peluk ayah dia cakap lagi.. 'ayah, hayfa nak ibu baru'.. si ayah tersenyum je kikiki mesti takut nak bersuara. Kelakar la budak2 ni.. dia main sebut je. Apa maksud 'ibu baru' pun dia tak tahu. Janji org lain ada dia pun ada.
 
 
Sampai opis boleh pulak zaza terlupa kad masuk opis ngeeee.. nak tunggu org balik solat jumaat mau tumbuh janggut hihihi. Perut dah lapar giler camne ni? 'jom, kita mam kedai mamak je la. aku order air hehe sahut zaza'. So kami makanlah kat kedai mamak.. dah ler mam situ boleh pulak sesuka hati ambik pinggan buat selamba je kehkeh. Janji dah order sirap ais. Kira duit masuk diaorg pun ada hahaha. boleh pulak kan!.


nOte :  Selamat berhujung minggu ye! zaza kemas rumah je apa yg patut dan sambil2 tu tunggu suami pulang hehe.



12 ulasan:

  1. comelnya baju tu... suka pulak... nasib tak ada gegirl dalam rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baju2 gegirl mmg giler aje dibuatnye farah muahaha.. xpe tggu second nti in shaa allah ;)

      Padam
  2. Aduh... pengsan kalau anak ckp nak ibu baru.... hahahaha tapi ye la... budak2 mmg tak tau apa... pakai sebut je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula sensentif betul perkataan ibu baru' tu kehkeh..zaza pun nak pengsan!

      Padam
  3. Balasan
    1. itu la pantang nampak cantik je nak beli hehe

      Padam
  4. Salam hujung minggu dari bunda..

    BalasPadam
  5. AsSalam,

    Sebut saja SALE saya pun pantang jugak.. Terapi mindalah katakan.. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. hahahaha sama erk kite? kalau dh nama perempuan kan!

      Padam
  6. Saya pun takleh dengar ada sale, nak ja pergi.shopping

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nama girl kan hehehe.. biasalah tu hihihi pantang semua nak.

      Padam