Jumaat, 19 Disember 2014

2H1M Percutian Kami Di Kota Raya


السلام عليكم ورحمة الله


Berkahwin dengan org yg kita cinta itu merupakan impian..
Berkahwin dengan org tidak dijangka itu di panggil jodoh.. [Alhamdulillah]
Setiap tahun akan tibalah detik untuk kita merenung semula lembaran hidup kita dan bersyukur kita masih dipanjangkan umur serta jodoh untuk terus menikmati kehidupan yg penuh bahagia. Alhamdulillah, Selasa 16/12/14 genap 7 tahun perkahwinan kami. Moga ikatan yg dibina ini berkekalan tanpa lunturnya kasih sayang antara kami berdua. In Shaa Allah.



Muka dua2 excited gediks!! hehe. Kami time ni dalam perjalanan ke Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre untuk 2 hari 1 malam yg ditaja khas oleh big bos suami. Walaupun dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur bagi kami memang HAVOC hahaha. Alhamdulillah, rezeki kami berdua.. tqsm yg tak terhingga bos!. Ya Allah, nak nangis rasa bila dapat suprise.. ingatkan dis time anniversary tak dapat nak calibrate sama2 walaupun sekadar sepotong kek hehe nak jugak kan!. Maklumlah jadual kerja suami terlalu sibuk kadang2 hari minggu pun terpaksa kerja apatah lagi bila outstation.


Kami sampai jam 2.30 petang terus check-in. Letak beg terus keluar balik hehe.. org nak ajak jalan2 sambil belanja shoping apa lagi kan!. Kami jalan kaki je.. exercise kaki okey! giler apa nak keluar dengan kereta dah tau KL ni jem.


tengok! muka org tu happy mcm 1st je dia dapat duduk hotel hihihi.. lain ler kite ni yg terperap kat umah je :p

Sebelum tu kami lunch nasi ayam hainan Chee Meng area Bukit Bintang. Memang tip top! rata2 semua yg makan nasi ayam mesti order kerabu mangga. Itupun suami yg suggest. Dah kenyang.. apalagi, terus la pusing mall satu Bukit Bintang tu. Sampai sakit kaki2 huhuhu.. mintak belas ehsan suami belikan selipar jepun kehkeh. Suami perli 'ehh macam bercuti kat luar negara je selipar pun nak kena beli' kahkahkah. Whatever la suami.. kata semalaman je tido takkan nak angkut semua barang rumah hihihi. 




Setengah hari pusing KL memang penat.. tapi happy sangat dah macam puteri raja kehkeh. Malam tu kami keluar lagi saje cuci2 mata sambil tu makan eskrim kelapa, satu tu RM10 boleh topup sendiri apa yg kita nak mcm kacang ke, jagung ke, coklat ke.. memang sedap!. Dah puas round sana sini.. terus balik hotel. Muktamad dah. Penat campur ngatuk hihi. Tapi sebelum tu kami tapau Domino Pizza.


Kami chek-out jam 12 tenghari.. sebelum balik macam biasa ler selfiv ! hehe. bai bai KL dan Subang tunggu kami pulang kehkeh. :p





Sayang.. 
7th anniversary ! 
Tqsm for everthing my imam Khairul Nizam. 
Awak memang yg terbaik untuk saya selamanya.
Tqsm jugak untuk hadiah anniversary!  saya suka sangat..


Tak lupa juga... kepada semua sahabat yg mengenali mahupun sahabat di alam maya. Ucapan korang kami sangat hargai dan berbanyak2 jutaan terima kasih. Kami pun berharap agar anda semua sentiasa diberikan kesejahteraan hidup dariNya. Aamiin.



4 ulasan:

  1. wow.siap dpt.hadiah drpd big bos suami tu.tahniah zaza :)

    kita punya annbiversary selang sebulan sehari je.hihi.
    saya 15/11/2007

    BalasPadam
    Balasan
    1. la ye ke? sehati sejiwa kite hehehe.. thun sama..bulan selang.. hari pun sama hehe.. apapun.. zaza ucap tahniah dekat ciksu.. smoga hdup ciksu lebih bermakna dgn hadrinya permata hati :) *doa2 utk zaza sekali...

      Padam
  2. Alhamdulillah.. moga sentiasa ceria dan bahagia hingga ke syurga ya :D

    BalasPadam