Selasa, 23 Disember 2014

Balik Kampung - seronok walaupun sekejap


السلام عليكم ورحمة الله


11hb Disember 2014, sempena cuti umum Sultan Selangor baru ni.. zaza balik kG halaman tercinta. Kemain seronok lagi bila dapat bersam2 family tersayang. Tapi zaza balik sorg je sb suami kene keje sedih kan!. Zaza bertolak jam 9.30 malam kat Seksyen 17, Shah Alam.. itupun mintak pertolongan kawan hantarkan. 

penuh satu beg hahaha.. tak lupa juga khemah utk sikecik arissa'



Alhamdulillah, zaza selamat sampai lebih kurang jam 3.30 pagi gitu. Sebenarnya zaza balik ni mak, ayah, ateh tak tahu pun... saje 'surprise' untuk diaorg. Zaza dah berpakat dengan adik n angah muahaha. Kebiasaan bila sampai pagi bebuta ni zaza akan call ayah suruh pickup walaupun jarak rumah dekat je tapi disebabkan i kan perempuan.. ayah bising dekat mak sb zaza selalu je balik senyap2 sorg diri, tup2 dah sampai depan rumah hehe. Anak ayah sorg ni degil kan kan.. Diaorg bukan apa risau sekarang ni mcm2 boleh berlaku. Tapi zaza ni lain pulak... tak berapa nak pikir pasal 'org' boleh pulak pikir 'hantu' hahaha giler kan!. org lain takutkan 'org jahat'.


Okey, bila dah sepakat.. so zaza memberanikan diri balik jalan kaki sorg2 dalam kegelapan yg cuma bercahayakan lampu2 jalan sekitar perumahan. Mata siap menglilau jugak la hehe. Tetiba.. bunyi 'shyyy' erk! terkejut mak! bila berpaling ke kiri ada la 2,3 org duduk lepak kat luar rumah dalam gelap2. Makin laju la langkah kaki ngeeee!!. Sedar2 dah sampai depan pagar rumah.. syukur alhamdulillah selamat.


Tapi nak dijadikan cerita hukhuk.. sepoi la adik zaza sorg ni.. elok je call dia tengah malam suruh bukak pintu pagar, boleh pulak dia bukak pintu rumah macam nak pecah pintu tu ngeeee!!.. apa lagi? mak ayah terus terjaga.. siap keluar tengok kami berdua kat pintu pagar rumah hihi. Ayah dah pelik.. jenguk kepala kemain macam ada pencuri. 


Hahahaha 'surprise'!! mak tersenyum bila tengok anak kesayangan balik mengenjut. Salam diaorg terus masuk rumah. Badan penat seharian dalam bas.. bukan nak tido boleh pulak mak ayah layan bersembang dengan anak dia sorg ni hihi. Perut pulak time tu la meragam lapar adoii.. masak megi dulu tapi makan tak habis pun, saja mulut gatal.  


nOte : nanti update lagi yearr nak keluar lunch dulu.. bai bai.


6 ulasan:

  1. wahhhh kemain besar beg nya tu zaza...

    erkkk zaza...moon pulak yg rasa risau tgk zaza balik sorg2 gitu..bahaya tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. beg besar tpi isi dalam buah tangan utk diaorg hehe.. pakaian 2 helai je
      zaza dh biasa.. rumah dekat je tmpt zaza berhenti.. :)

      Padam
  2. Kalau saya lagi besar begnya. Isi baju untuk 3orang anak...hehehe
    Teruja betul dapat balik kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg teruja kan mama hihihi.. ada 3org anak lgi gedebak besar beg haha

      Padam
  3. ratu meggi kak zaza ni rupenye.. hihiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. yana.. hahahaha itu je yg ada pgi2 buta smpi :p

      Padam