Selasa, 23 Disember 2014

Balik Kampung - aktiviti kami anak beranak



السلام عليكم ورحمة الله


Ya Allah, lebatnya hujan turun tadi.. sekarang dah berhenti. Teringat pulak dekat mangsa2 banjir yg berlaku di pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang. Semoga mereka2 semua redha dan tabah dengan apa yg berlaku. 


Okey, hari ke2 berada di Kg.. so inilah aktiviti kami anak beranak keluar cuci mata hehe. Kami pergi ke MM [Mesra Mall, Kerteh]. Inilah mall yg paling dekat dengan rumah kami tak payah nak pegi jauh2 dah, alhamdulilah. Nak ke town Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang dua jam gitu hukhuk dan ke town Kuantan pun sama. So far tempat ni dah memadai buat kami. Bukan nak shoping sangat pun.


Dah penat jalan2 kami singgah makan kat SR [Secret Recipe]. Macam biasalah sementara tunggu makanan sampai kita selfie dulu hahaha.  Dah kenyang makan kami sambung balik cuci mata dan shoping sikit apa yg patut. Nak tengok wayang macam malas hehe.. nak main bowling lagi la malas :p


mak lagi muda kot dari anak2 kehkeh..


Hari ke3 pulak kami luangkan masa ke pantai pulak.. tapi sebelum tu kami shoping kopok lekor dengan kopok keping dulu, takut nanti kedai tutup awal kan tak pasal2 tak sempat nak beli pesanan dari suami tersayang hehe. Semangat waja kan! ikutkan hati semua nak borong sampaikan sos cili pun zaza sambar satu. 


Tak payah bersusah dah nak pegi beli kopok kat Kuala Terengganu sb kedai Sri Sura dah dekat sangat. Kalau nak tau, inilah tempat yg zaza selalu beli untuk pesanan dari kawan2 ataupun makan sendiri kami laki bini kehkeh. Kopok dia memang sedap.. banyak isi ikan pulak tu. Satu paket kopok goreng segera tu cuma RM6 je. Korang letak je dalam peti ais.. nak makan baru goreng, tak payah nak rebus bagai dah nama pun goreng segera kan! ketuk kepala baru tau.
 


Lepas shoping kopok, terus kami ke destinasi ke dua hahahaha shoping makan minum pulak. Kalau ke sini memang wajib singgah beli makanan. Lagipun bukan org lain owner kedai ni, adik kepada makteh iaitu kakak ipar mak so mereka kenal antara satu sama lain hehe. 


Makanan pun banyak pilihan dari segi nasi putih, sup tulang, laksa penang, mee kari, bihun, ikan/sotong/udang/ celup tepung, pisang goreng perghhh nak bagitau satu2 mati gua hehe.. terlalu banyak makanan kat situ. Eehhh kuih muih pun ada yg penting owner tu buat sendiri takde ambik tempahan okey!. Macam biasalah bila dah hantu laksa penang, memang wajib kena beli hikhik. 




Kebiasaan kalau kami berkelah kat tepi pantai, memang sengaja bawak bekal makan dah nama pun berkelah rugi la kan kalau pegi tangan kosong hihi. Tpi kali ni disebabkan kami datang pun lepas solat Asar ofkos la makan tengahari dah. Hhmmm best feeling2 gitu sambil makan sambil hirup udara segar pantai perghhh!!.




nOte : cuti dua tiga hari tak puas kan.. kalau boleh nak cuti sebulan terus hihihi.



6 ulasan:

  1. bestnye makan kopok fresh dari terengganu. Teringat dulu masa belajar, makan kopok lekor rebus je, xyah goreng..1st time makan, memang sedap...meleleh pulak air liur kite..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahhh best kan mkn yg rebus gitu je.. oloo sian pulak terliur. tak tau bila pulak nak balik.

      Padam
  2. Sronok bila ad di kg. Mcm2 nak dibuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu yui.. semua benda tak puas hehe..

      Padam
  3. Lamanya tak pi tenganu kita..selalu lalu kat mesra mall tu tapi tak pernah singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh.. singgah ler mama kalau lalu lagi hehe.. zaza pun blik kg je peluang dpt gi pntai hehe..

      Padam