Isnin, 8 Disember 2014

"Bangun sembahyang subuh, nanti terlewat jadi subuh gajah"


السلام عليكم ورحمة الله


Selamat Pagi Isnin. Syukur Alhamdulillah.. 
Satu lagi hadiah yg diberikan oleh Allah kepada kita. Hadiah untuk meneruskan kehidupan meskipun banyak lagi ujian hidup yg perlu kita tempuh. Hidup ini memang untuk diuji bukan hanya untuk bermain2 atau bersenang lenang.


Teringat bila balik ke kg halaman, padahal set alarm kemain volume tinggi.. tapi adakala terlewat subuh. Allahuakhbar!. Pesan ayah "Bangun sembahyang subuh, nanti terlewat jadi subuh gajah". Zaza tak faham kenapa kalau sembahyang subuh lewat disamakan dengan subuh gajah. Agaknya gajah memang lewat bangun ke?.


Solat dikaitkan dengan kejayaan hidup kita. Orang yg bersolat adalah org yg berjaya. Pertama berjaya mengalahkan nafsu untuk terus tidur, keduanya org yg mendirikan solat di awal waktu dan tidak meninggalkan solat adalah org yg berdisiplin. Tanpa disiplin, kita tidak boleh berjaya dalam hidup. Semoga kita semua menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal'aalamiin.



Selingan pagi tadi;
Boleh pulak suami kite cakap 'ehh, pakai cantik arini macam nak gi kenduri je' huhuhu kenduri pun kenduri lah suami, janji cantik dimata awak ahakkksss gedikks pula. Zaza rasa pakai macam biasa je hari2 nak gi keje.. baju kurung, tudung, mekap serba sikit kehkeh. Mybe dah lama kot dia tak tengok wife dia bersiap pagi2 nak ke tempat keje. Maklumlah, pagi2 lepas subuh suami dah keluar rumah. Jumpa wife pun tengah malam time tu wife dah pakai baju tido muahahaha. 


nOte : kadang2 normal, kadang2 tak, kadang2 gemuk, kadang2 kurus, kadang2 gedik, kadang2 menyakitkan hati, tapi.. yg selalu saya happy !!!




4 ulasan:

  1. betul la tu... kena bangun awal utk subuh supaya kita akan rasa lebih cergas nak buat kerja2 seharian...
    hihihih mesti kembang kuncup dipuji en suami.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la kan..
      hahahahaha kuncup sampi ke malam :p

      Padam
  2. Hehehe...seronok kena puji dengan suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. org lain puji tak makan saman, tpi kalau suami kemain gediksss

      Padam