Rabu, 27 Julai 2011

✿Malu rasanya mengatakan cinta✿

 Assalamualaikum..
 Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

*************************************
mesti ramai pernah dengar lagu ni kan?
dinyanyikan oleh hijjaz,

lagu ni dah lama..
zaman2 sekolah dulu lagi dah dengar
(ye ke?)
seingat aku lah..

memang syahdu bila dengar lagu ni kan..
tpi waktu dulu,
pernah rasa pelik dengan lirik dia..

"malu menyatakan cinta kepada nabi?"

akal aku waktu budak2 dulu ligat berfikir..
kenapa nak malu?
bukan ke memang kita perlu mencintai rasulullah..

ayah cakap 
mak cakap
cikgu cakap
dan semua cakap kena sayang nabi.. jadi kenapa nak malu pulak.. macam satu kesalahan pulak cakap sayang kat nabi.. (dulu2 punya citer la).. xbaligh lagi kot masa tu...huhuhu

memanglah rasulullah insan mulia dan kita hanya manusia biasa..
okay2....itu masa lalu..

sekarang
Alhamdulillah lirik nasyid ni sangat bermakna!
bagi aku, kerinduan pada Rasulullah tu memang mampu menitiskan air mata ummatnya..

tapi, aku sering meninggalkan sunnah nya.. sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..
aku rasa masih banyak membuang masa,
aku masih lgi sayang nak tinggalkan katil pada waktu malam,
sedangkan aku tahu betapa banyakknya dosa,
tapi tiada rasa malu?

erm..apa2 pun, aku sebenarnya saja nak kongsi lirik nasyid ni,
sebab baru je terdengar tadi..:)

moga kita semua akan sentiasa berusaha
untuk memperbaiki diri! Insyallah

ya Allah,
ampuni dosaku dan dosa mereka disekelilingku..
golongkan kami sebagai ummat nabi Muhammad SAW..
junjungan yang mulia


ya Rasulullah,
sungguh..
aku merinduimu..
namun aku malu untuk menyatakan itu
kerana aku hanya manusia biasa
yang penuh dengan dosa~

2 ulasan: