Isnin, 29 Ogos 2016

Kenduri Kahwin Jempol, N9


السلام عليكم ورحمة الله

Lamanya tuan tanah ni tak update blog huhuhu. Nak kata sibuk sampai ke malam tu memang tak la kan ! hehe. tapi yg sibuknya mood tak sampai hmmm. Arini pun paksa jugak taip sebab mata dah ngatuk sangat.
  
 


Gambar kat atas ni, Oppie dengan mommy tengah tunggu kawan datang ambik nak pergi majlis kahwin dekat Jempol, Negeri Sembilan. Asalnya, nak pakaikan Oppie baju melayu time raya haritu.. tapi tak jumpa pulak mana letaknya.


Nampak tak muka excited Oppie, maklumlah 1st time dapat jalan jauh hehe.. biasa area KL je. Kami bertolak dari rumah jam 1 petang dan sampai rumah pengantin jam 4 petang selepas tolak campur darab bahagi dengan jam sekali package sesat huhuhu. Mujurlah jumpa jugak rumah pengantin. Masalahnya alamat dekat fb cuma tulis Raja Alias bukan Raja Alias 2. Kami siap singgah tanya satu warung tu mana rumah pengantin.. tapi diaorg pun tak tau sb takde tulis jalan berapa hmmm. Apapun, semuanya dah selamat.. pengantin selamat nikah dan kami pulak selamat sampai hihihi.




Alhamdulillah, masih rezeki kami untuk makan.. sb kami sampai memang tuan rumah dah siap kemas huhuhu. Kira kami org yg paling last kot. Mujur jugak sempat jumpa dengan pengantin dan sesi ambik gambar walaupun tak sempat nak sembang panjang. Time tu pengantin dah nak keluar ambik gambar outdoor pulak. Paling best, Oppie la.. siap duduk atas riba pengantin lelaki. Pengantin lelaki tu pun cat lover.. kat rumahnya ada 3 ekor anak bulus jugak. Nasib mood Oppie baik tak banyak kerenah. Dapat pulak pengantin yg super sporting habis !

 

 

Sepanjang perjalanan balik ke KL, Oppie langsung tak sedarkan diri hahahaha.. tau pun penat kan !. Sampai rumah jam 7.30 malam baru Oppie bangun. Kesian pulak hehehe. Masuk rumah, zaza bagi makan habis licin disapu bersih. Lepas tu sambung tido semula.. bangun jam 10.30 malam. Alamaknya berjaga la sampai pagi si Oppie tu huhuhu.


nOte : sape lagi nak ajak Oppie pergi jalan2 ?

 

4 ulasan:

  1. wow cntiknya baju opie tu. merah lagi .
    suka lettew dpt oergi kenduri kann..

    BalasPadam
  2. haiii laaa geram plak nengok oppie... dah sama mcm demok kiter... cuma demok suka mengesel je... klu pegang n peluk..mmg kena tolak aje ler.. hehe

    BalasPadam
  3. Wah, first time ni tengok kucing pi kenduri kawin... heheheh comei pulak tu..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.