Selasa, 13 November 2018

Kehilangan 2 Anak Serentak (Didie & Jejai)


السلام عليكم ورحمة الله

Dah nak setahun baru nak update blog huhu.. 

Ya Allah, berat rasa hati bila jari jemari nak menaip kisah Didie and budak seketul Jejai. Mereka berdua telah pergi meninggalkan zaza huhuhu. Remuk hati bila anak (kucing) kesayangan pergi terlalu cepat, bukan 1st time kucing zaza mati tapi kali ni rasa terkesan sangat huhu. Redha dgn ketentuan Ilahi.


21hb Oktober 2018 (Ahad),

Zaza terpaksa bawak jejai jumpa doc Veterinar Tawakkal, Seksyen 27, Shah Alam sb flu dia teruk sangat. Sakit mata alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya.. zaza letak ubat sendiri kat rumah. Hidung jejai tersumbat susah nak bernafas.. kesian pulak tengok huhu. Kucing mana la tau nak bgitau kan, kita sendiri yg kena pun rasa terseksa sangat. Doc bagi ubat antibiotik, ubat hilang kahak dan ubat multivitamin. Alhamdulillah seminggu lepas tu ada nampak perbezaan flu dah makin kurang dan selera makan nampak okey sikit tapi kena suap dulu baru dia makan sendiri. 



29hb Oktober 2018 (Isnin), 

Didie pulak terpaksa zaza bawak jumpa doc Veterinar yg sama, sb perut didie yg membesar pelik (memula ingatkan cacing tapi dah bagi ubat cacing). Makan minum alhamdulillah berselera je zaza tengok.. tapi badan didie makin kurus nampak rangka tulang. So zaza terfikir yg didie ada masalah penyakit lain. Setibanya dekat vet, doc checkup didie.. dan mengesahkan bahawa didie terkena "WET FIP". Ya Allah, terus terdiam kaku. Aku rasa gelap dunia sb penyakit tu takde ubat. Doc nasihat zaza supaya didie diasingkan dari yg lain. Zaza kena kuat walaupun tau keadaan didie tak akan lama. Macam biasa zaza bagi didie makan dan ubat yg doc bagi. So far senang didie makan ubat. Zaza berdoa agar didie kuat menahan virus jahat. Apakan daya, 3 hari selepas tu pada 02hb November 2018 (Jumaat), didie kembali kepada penciptaNya. Maafkan mommy, sb tak dapat nak jaga didie dgn baik. Mommy dah sedaya upaya utk selamatkan didie.. Allah lebih sayangkan didie. Syukur alhamdulillah, zaza dapat menjaga didie dgn penuh kasih sayang walaupun pinjaman selama 10 bulan dan zaza bahagia sangat.


Seminggu selepas tu, 07hb November 2018 (Rabu), 

Jejai pulak tinggalkan kami huhuhu. Sedih sangat sb zaza tak dapat nak selamatkan jejai. Mungkin virus merebak dgn cepat dan jejai tak dapat nak melawan. Lagipun selera makan jejai on off pada ketika tu, zaza pulak kerja so takde sape nak takover. Allah sayangkan jejai. Tak sangka bulan November 2 ketul tinggalkan kami sekaligus. Kalau nak tau, jejai and didie adalah bff. Makan, main, tidur pun bersama. Allah pinjamkan jejai dalam family kami selama 6 bulan. Zaza halalkan semua makan minum dan kasih sayang untuk jejai dan didie. 


nOte : Didie jumpa dekat Seksyen 24 tempat cendol durian & Jejai pulak jumpa bawah tangga rumah. 

2 ulasan:

  1. Memang sedih kalau kucing mati. Sama prasaan mcm mna kita kehilangan org yang tersayang jugak.

    BalasPadam
  2. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

    BalasPadam