Assalamualaikum..
Hari ni keje aku adalah tgk emel dan berFB..
x terlarat aku nak baca sume2..
bila ada yg best ngan lawak2..
mula la gelak sorg2 kat opis neh..
dan..kat bawah ni aku nak share sesuatu ngan korg..
jom bacaaaa!!...
bila ada yg best ngan lawak2..
mula la gelak sorg2 kat opis neh..
dan..kat bawah ni aku nak share sesuatu ngan korg..
jom bacaaaa!!...
Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami  dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat  menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan  prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu  menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari  demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah  berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk,  kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap  permintaan ibu mertua.
Semua ketegangan dan pertengkaran  di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam  tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan  dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.
Li-Li  pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan  Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta  Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.
Mr.  Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata, "Li-Li, saya  akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan  apa yang saya suruh"
Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."
Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.
Dia  memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang  bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan  menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu  sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu.  Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit  herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu,  kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan  dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani  dia seumpama seorang ratu."
Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.
Minggu  demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li  memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li  ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan,  Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan  ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.
Setelah  enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah  belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah  meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun  dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah  bersahabat.
Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah.  Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang  memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu  terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat  rapat di antara satu sama lain.
Suami Li-Li turut gembira  melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr.  Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah  saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah  berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya  seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang  saya berikan."
Mr. Huang tersenyum dan mengangkat  kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu  racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan  kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran  dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh  kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."
Mendengarkan itu Li Li sangat berbahagia karana mertuanya masih boleh   hidup bersama. Seketika itu ia langsung pulang ke rumah dan meminta maaf   kepada mertuanya atas kesalahan yang diperbuatnya selama ini, sambil   memeluk mertuanya, dan berkata, “Mama, Li Li sayang mama.” Mertuanya   juga dengan terharu memeluk Li Li dan telah memaafkan Li Li. Demikianlah   akhirnya Li Li dan mertuanya hidup bahagia.
Sadarkah kita bahwa bagaimana kita memperlakukan orang lain maka demikian pula mereka akan memperlakukan kita. Sebelum menuntut merubah orang lain, rubahlah diri kita sndiri terlebih dahulu.
Pepatah kuno, "Orang yang mencintai orang lain akan dicintai juga sebagai balasannya."























