Khamis, 17 Mac 2011

Dunia sudah di akhir zaman?

Assalamualaikum..
Korang pasti sama juga dengan aku bukan? Kadang-kadang idea nak update blog ada tapi mood la pulak tak de..huhuhuhu.. mungkin sebab tenet slow sgt kot!!..
Oklah..bukan aku nak citer pasal mood2 ni..sebenarnya pasal "Dunia akhir zaman??". Korang pun dah tahu kan pasal Gempa Bumi dan Tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hirosima.
Bencana yang lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa bencana dunia yang maha hebat.
Ketika Jepun sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni. Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang akan menambah gelora dunia.
Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.

2 ulasan: