Assalamualaikum..
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang  bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga  ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon  kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang  isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana  kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam  keletihan.Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan  suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu  berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta  memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah  terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah  bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan  suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan  tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada  menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka  gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.Andai  mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan  ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak  kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan  budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika  cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia  akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.Oleh itu wahai isteri,  hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang  bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
 Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basuh dengan berzikir kepada penciptamu ,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan rabbmu..
dan..dosa2 yg silam disulami dengan taubat kepada dzat yg memilikimu."


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.