Selasa, 25 September 2012

September Untuk Kami


السلام عليكم ورحمة الله



Bulan SEPTEMBER bulan yg kami tiga beradik tunggu2 setiap tahun hihi. Eh, kenapa tiga je ? sorg lagi adik mana ? hahahaha.. sorg lagi lain bulan laaa awal sangat nak keluar awal sebulan dari kami semua kehkeh.

Hari ni 25hb September 2012, merupakan birthday adik zaza yg ke3 iaitu Ateh. SELAMAT HARI LAHIR Ateh !. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga hidup diberkati di dunia dan juga di akhirat kelak. Aamiin. [Orgnya agak tegas dan garang berbanding yg lain.. tapi hati murni baik jika dah mengenali beliau hehe..]


Pada 12hb September 2012 pulak, birthday kakak sulong.. siapa lagi kalau bukan zaza hehe.. Tapi birthday zaza dah lepas. Nak citer pasal zaza pulak, nanti kata angkat bangkul sendiri muahahaha. So simple je.. ada pendirian sendiri.. baik tu of course la kan ! hihihi.. cuma kepala keras batu opsss !..kalau dia kata nak.. memang dia nak, org lain pun naik pening.


Dan 08 September 2012.. birthday adik bongsu zaza iaitu Adik panggilan manja kami satu family hehe. Baru form 5, masih belajar lagi.. takde cintan cintun ye !.. fokus pada belajar yg utama. Biasa anak bongsu ni org cakap manja kan ! tapi ada la sikit.. semua org sayang kat dia hehe.. untung banyak la adik wehh. Jenis tak suka menyibuk pasal org lain.. dan yg baik sekali kalau kita nak pinjam apa barang2 dia.. dia kasi je. Muaahh !.

...........................................................

Dalam family zaza ada empat beradik je.. ke semuanya perempuan. Alhamdulillah, kami bersyukur adanya mak dan ayah yg menyayangi kami adik beradik. Tanpa mereka, maka tiadalah kami di dunia ni. I Love You !.


Okey.. sorg lagi adik zaza lahir pada 25hb Ogos 2012. Angah merupakan adik ke2 zaza. Angah pun masih lagi belajar di UiTM Shah Alam, jurusan Electric. Tapi dah menjadi tunangan org. Angah orgnya jenis pendiam tak banyak cakap.. tapi rajin nombor satu bab mengemas rumah. Nasib la kalau barang2 korang bersepah. Laju je dia buang hahahaha. 


nOte : along sayang korang semua !. 


1 ulasan:

  1. waa...boleh le sambut serentak kan...

    adik moon ada 2 org birthday bulan 9... ni dah tambah lg sorg... anak buah.. lahir bulan 9..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.