Rabu, 27 Jun 2012

munge dah kembang bila kami bersama~

 Assalamualaikum...

Pagi Rabu!!..
Sekejap ye korang!..aku nak sapu sesawang kat blog aku ni hah.. rasa baru seminggu je tinggal dah ada habuk bagai.. hehehe, maklum ler aku kan baru je bercuti panjang...panjang ler sangat kan? aku cuti bukan pergi honeymoon ye! alaa balik kampung je... itu pun aku rasa tak cukup panjang huhuhu...

Aku sampai kampung jam 4 pagi Khamis.. Tup..tup.. jam 10mlm aku naik lagi bas hah! ke mana pulak tu? kuikuikui.. aku mengikut rombongan Cik Kiah ke Rantau Panjang, Kelantan. hahahah... sape yg tak mau kan! perbelanjaan semua di tanggung Sendirian Berhad oleh mak aku.. kehkehkeh.. memang seronok, rasa macam zaman sekolah dulu-dulu.

Kami sampai pagi Subuh, singgah masjid untuk mandi bagai serta solat dulu, lepas siap baru  kami bersiar-siar ke pasar pagi dan sarapan dulu yg patut.. Aku tak ada beli apa pun, cuma nengok-negok coz gaji lom kuar lagi! wawawawawa.. seyesss sedeyyy tau! ambik kau nak pergi sangat.

Jam 8 pagi baru bertolak ke Rantau Panjang, masing-masing bawak haluan sendiri..aku ngan mak adik-adik serta makcik aku, cam biasa ler godek sana godek sini beli apa yg patut. Alhamdulillah, setelah penat lelah kami berjuang untuk mendapatkan barang idaman memasing! kami berhenti rehat dan makan tengahari pulak.

Hmmm! kat Rantau Panjang ni, tak berubah macam dulu jugak makin bertambah ramai adalah... setelah kenyang.. apap lagi, tak reti-reti nak angkut barang simpan dalam bas! hehehe. Mak aku bukan beli banyak barang pun, alaa simpan kat celah-celah kaki je kuikui.. Yg bestnya kitaorg duduk di pelusuk dapur nun! paling belakang sekali...hahahahah

Setelah satu hari berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang, jam 9 malam baru sampai rumah..:) lepas tu bergegas pulak ke dapur masak itu ini untuk makan malam kami sekeluarga. Dan yg paling heppy.. en.asben ada sekali.ngeee!!

Ahad malam, baru aku bertolak balik ke KL. Penat lelah semua ada dan yg penting! aku heppy sangat-sangat dapat luangkan masa dengan family.. miss u so much!..

  nOte : bab bergambar ni.. serah je kat aku! hahahaha

 

2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.