Jumaat, 4 Oktober 2013

Kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya..


السلام عليكم ورحمة الله

Untuk Renungan kita... 

Sempena menyambut AidilAdha, kisah seorg sahabatku, penjual haiwan ternakan. Setelah melayani pembeli, saya melihat seorg wanita sedang memperhatikan dagangn kami.

Dilihat dari penampilannya seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan 
"Silakan puan" Dia menunjuk, "kalau yg itu berapa?" 
wanita itu menunjuk pada haiwan yg paling murah.

gambar ehsan google


Kalau yg itu harganya RM300, jawab saya. 
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah". harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
"Wang saya cuma ada RM200, boleh ya.."

Alahai.. saya bingung, kerana itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. "Biarlah.."
Saya pun menghantar haiwan wanita itu, ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullah..
Allahu Akhbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yg ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua kurus. 
"Mak.. bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa",
perempuan tua itu terbangun.
"Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ye mak."

gambar ehsan google
Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

"Ni abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarkanya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan duit untuk beli kambing yg mahu saya niatkan buat Qurban ibu saya..

Ya Allah.. Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMu yg satu ini. HambaMu yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

"Abang ni duit kambing itu"! panggil wanita itu,
"Tak apalah puan, kambing ini..saya yg bayarkan.

Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yg sudah mempertemukan dengan hambaNya yg dengan KESABARAN, KETABAHAN dan PENUH KEIMANAN ingin memuliakan ORANG TUANYA..

Semoga Allah mempermudahkan kita semua.Aamiin.





Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya bagi setiap umat itu berhadapan dengan fitnah. Fitnah bagi umatku ialah HARTA" Riwayat al-Tirmidhiy (2336). Kata Abu 'Isa : Hadith Hassan Sahih.

nOte : sumber copy and paste.



2 ulasan:

  1. masya-Allah.. mulianya hati wanita itu dan ibunya.. terharu dan sedih membaca kisah ini.. pengorbanan yang sangat besar.. semoga dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang berlipat kali ganda..

    BalasPadam
  2. pengorbanan yg tiada nilainya dgn wang ringgit
    ps:zaza pergi halfest ke..mula2 sy mmg nak pergi hari sabtu tapi tak jadi.tu yg pergi hari ahad.. tak da rezeki nak jumpa kan

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.