Selasa, 23 Jun 2015

Permintaan Adik-Adik Kesayangan


السلام عليكم ورحمة الله


Khamis malam baru ni zaza balik kg untuk berbuka puasa bersama family. Maklum ler 1st puasa suami takde OST huhu. Alhamdulillah, berselara bila berbuka bersama diaorg semua termasuk budak kecik Arissa hehe. Esok harinya, angah [mama arissa] mintak zaza buatkan kek gula hangus, manakala ateh pulak mengidam nak puding caramel. Sibuk ! mengalahkan org mengandung ngeeee. Mentang2 la bulan puasa kan. So, zaza beli bahan2 tersebut.. permintaan adik2 mestilah alongnya kena buat. Tapi diaorg mesti kena belajar buat sekali muahahaha.. senang rasa nak makan laju2 ke dapur buat :p


Resepi : Kek Gula Hangus



Bahan pertama : 1 cawan gula, 1 cawan air panas & 3 sb mentega [gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas dan mentega.. kacau sampai cair. Ketepikan].

Bahan kedua : 4 biji telor, 3/4 cawan susu pekat, 1 cawan tepung gandum, 2 sk soda bikarbonat & 1 sk esen vanila [pukul telor sampai kembang. Masukkan  susu pekat mixer hingga rata, masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu. Tuangkan esen vanila dan last sekali masukkan bahan pertama tadi iaitu gula hangus]. Tapi kalau korg malas nak guna mixer la kan, boleh je blend.. sebab zaza memang blend je bahan2 di atas, lagi senang dan cepat. Nak basuh pun senang muahaha memang dasar pemalas.

 
*Perap adunan selama 3-4 jam bertutup untuk mendapatkan sarang yg cantik.. [zaza perap sejam je, alhamdulillah menjadi jugak sarangnya]. *Dibakar selama 1 jam suhu 160c api bawah sahaja. Baki terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah atau kukus selama 50-60 minit. Siap !



Resepi : Puding Caramel


Bahan pertama : 7 biji telor [sebab zaza suka rasa lemak2 telor hehe.. terpulang individu nak letak berapa], 1 tin susu cair, 4 sb gula & 1 sk esen vanila [pukul telor sampai kembang. Masukkan  susu cair dan gula mixer hingga rata dan last sekali masukkan esen vanila. Ketepikan]. 


Bahan kedua : 1 cawan gula [gula digoreng dengan api sederhana besar. Kacau sampai cair]. Bila dah siap, masukkan gula hangus tadi kedalam bekas or loyang dan seterusnya masukkan bahan pertama tadi keatas gula hangus tadi. Kukus sampai masak. Siap ! biarkan sejuk..


nOte : bila bulan puasa je rajin pulak buat kuih itu ini kan, time hari biasa tak nak pulak rajin hehe.



8 ulasan:

  1. cntiknya kejadian kek gula hangus tu zaza.
    serius ciksu x pnh buat sndiri..

    puding karamel suka yg xda telur. ada telur mcm x leh nk pergi.
    seronokkan buat utk yg trsayang.
    kepuasan tu ada bla tgk dirng mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah ciksu.. yg ni yg ke berapa entah zaza buat hehe.. 1st buat jadi sarang dia tpi tak byak sgt hehe.. so far alhamdulillah.. adik2 nk makan kita dah rasa bahagia.

      Padam
  2. Bunda suka kek gula hangus tu...tapi tak menjadi bunda buat...adek bunda pandai...bunda makan jer lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaza pun suka bunda.. sejak IT semakn canggih ni.. google je resepi siap! dulu masa kecik2 mak selalu suruh makcik buatkan hehe..skrg anak2 mak dah pandai yeahh!

      Padam
  3. smlm nak buat caramel tp susu xde lak..hohoh

    BalasPadam
  4. menjadi lah zaza kek gula hangus tuh... nampak sedap je.. serius akak x prnah buat pun kek gula hangus n puding caremel..hehhe. nanti leh cuba.. zaza dah bg resepi tuh... Thanks ye,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila2 buat ye sis.. tak try kita tak tau kan hehe.. selamat mencuba!

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.