Jumaat, 21 Januari 2011

Amalan Manusia Berbeza


السلام عليكم ورحمة الله



FIRMAN ALLAH SWT : "Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai2 keadaannya."


Sheikh al-Maraghi berkata : Wahai manusia, usaha mu benar2 berbeza antara satu sama lain. Sebahagiannya ada yg sesat dan jahil. Sebahagian lagi ada yg terpimpin dan memperolehi cahaya petunjuk sehingga dia menerima kenikmatan sedangkan yg lain berhak menerima seksa yg pedih.


FIRMAN ALLAH SWT : Jelasnya, adapun org yg memberikan apa yg ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan segala laraganNya).


Ibn Kathir berkata : Mengeluarkan apa yg diperintahkan untuk dikeluarkan dan bertakwa kepada ALLAH dalam segala urusan.


FIRMAN ALLAH SWT : Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yg baik.


Banyak tafsiran ulama berkenaan ayat ini antaranya Qatadah berpendapat : Diberi balasan atas semuanya.


Ibn Abbas menyatakan iaitu dengan peninggalan sedangkan Abu Abdul Rahman al-Sulami dan al-Dahhaq menyatakan iaitu kalimah tauhid dan ada yg berpendapat Husan dengan makna syurga.


FIRMAN ALLAH SWT : Maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).


Ibn Abbas menyatakan yakni menuju kepada kebaikan.


FIRMAN ALLAH SWT : Sebalikna org yg bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.


Ibn Abbas berkata mereka yg kedekut terhadap hartanya dan tidak mengharapkan ALLAH.


FIRMAN ALLAH SWT : Serta ia mendustakan perkara yg baik yakni mendustakan pahala di alam akhirat kelak.


FIRMAN ALLAH SWT : Maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.


Ibn Kathir berkata : Ayat2 al-Quran yg membahasakan pengertian ini cukup banyak. Ini menunjukkan bahawa ALLAH akan memberikan balasan kepada org yg menuju dan berbuat kebaikan dengan taufik. Sebaliknya siapa yg melakukan kejahatan dibalas dengan kehinaan.


FIRMAN ALLAH SWT : Dan apakah pertolongan yg dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab seksa hari akhirat?).


Mujahid berkata, yakni jika dia mati. Sebaliknya, Abu Soleh dan Malik berkata daripada Zaid bin Aslam jika telah dibinasakan dalam neraka.






   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan