Khamis, 27 Januari 2011

Resepi : Telur Puyuh Masak Sambal


السلام عليكم ورحمة الله


Terlebih rajin pulak kali ni masak hehe.. Menu takde la sehebat mana pun. Cuma tekak ni teringin nak makan telur puyuh masak sambal hihihi. Lebih dari org mengidam pulak kan!. Jadi semalam zaza dengan suami pergi pasar beli telur puyuh. Alhamdulillah, dapat jugak zaza makan puas2 hehe. Jom ! kita godek2 resepi.
ehsan google


BAHAN-BAHAN :
  • cili kering dipotong2 lalu direndam atau direbus
  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan 
[blend kesemua bahan]

  • 2 tray telur burung puyuh direbus dan dikopek kulitnya
  • 2 batang serai dititik
  • air asam jawa secukupnya
  • garam gula secukup rasa

PENYEDIAANNYA :

1. Setelah telur puyuh dibuang kulit lalu digoreng sedikit
2. Tumis sera bersama bahan2 yg diblend sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. Masak sehingga cili betul2 masak atau pecah minyak.
4. Kemudian masukkan telur puyuh dan digaul rata. 
5. Masukkan garam, gula secukup rasa.





2 ulasan:

  1. leh try ^_^
    tapi lagi suke kalo telur itik

    BalasPadam
  2. telur itik wat masak lemak ciliapi r baru best!!...selamat mencuba...

    BalasPadam