Assalamualaikum.. 

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang  siapa  yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti  akan  diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada  anak-anak  semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.
Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.
Selang  keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata,  “Wahai  adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah  aku mati  nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah  seperti  banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada  harta ku  kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”
Adik-adiknya  pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana  mungkin  manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan  pula di  dalam tanah.”
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa  diri ke kamarnya. Beliau  masih bertegas dengan hajatnya yang ingin  ditemani di dalam kubur nanti  apabila beliau sudah mati nanti.  Dipanggil setiausahanya supaya  diwar-warkan di dalam akhbar dan media  akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana  jutawan tersebut kembali ke  rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan  digali seperti sebuah banglo di  dalam tanah yang mempunyai kemudahan  harian selama 40 hari.
Pada waktu yang sama seorang Tukang  Kapak yang sangat miskin telah  mendengar akan wasiat tersebut lalu  diberitahu kepada isterinya apakah  dia perlu mengambil kesempatan ini  untuk menjadi kaya.
Isterinya berkata, “Wahai suamiku,  apalah sangat menjaga mayat  tersebut selama 40 hari dibandingkan  kerja-kerjamu di dalam hutan  bertemu harimau dan hantu bajang ketika  menebang kayu. Lagi pun makanan  disediakan.
Tukang kayu  tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut  untuk  memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan  harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun  mendapat  bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak  tu pun  ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.
Si  Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa  yang  hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik  di  fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal  oleh  Mungkar dan Nakir..
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.
Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.
Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari  ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang  dengan kapak ni? Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku  potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang  dan  muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap  sama berkisarkan kapak tersebut.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.
Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat  seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini.
Belum  sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah  melarikan diri  ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di  perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk  keluar dari kubur tersebut.
Si Tukang Kapak tersebut  dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan  mereka semua dan sambil  berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak  menginginkannya lagi.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
Maka  jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan  harta aku  yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal  Mungkar dan  Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..
Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….
**  Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf.   Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana   lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.
Berapa  banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi”  kat rumah  tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari..   Berapa  lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?
nOte : info diambil dari tuan fb lupa dh nama pe..sorry ye!! just saya nk share..mekasih 

terkesan betul citer nieh..tetibe rs xnk pape...
BalasPadamhuhu..
BalasPadampengajaran buat diri sendiri:)
moga2 semua hasil rezeki kita halal..insyaallah... :)
faiez : betul tu!
BalasPadamcma : insyallah
semoga semua yg kita ada diberkati olehNya amin.