Khamis, 29 Oktober 2015

Selamat Kembali Ke Tanah Air


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, pasangan suami isteri iaitu big bos zaza selamat kembali ke tanah air dan juga selamat bertugas semalam hehe. Kesihatan beliau pun alhamdulillah baik, cuma sikit je ada batuk.. mungkin perubahan cuaca. Apapun, beliau selamat menunaikan rukun Islam yg ke 5 iaitu Menunaikan Haji. 

Sempat pulak diaorg deko hehe. Apapun, memang terbaik ! yg penting from AJK kehkeh.

So, makan tenghari kami semua ditaja khas dari beliau sempena baru balik. Syukur, rezeki kami dapat makan pizza free hehe.. [bab free laju je kan ! cuba guna duit sendiri.. mau senyap je kan ! muahahaha]. Memang meriah time makan tu, mula malu2 kucen nak ambik pizza.. hah, lepas tu dah tak ingat bos ada depan mata hehe. Pizza banyak camni untuk staff yg ada dalam opis je tau ! untuk staff tech. makanan diorg sampai petang selepas diaorg semua berada di opis. Iye lah, kalau order awal2 kan sejuk dah tak sedap. Kempunan nanti diaorg nak makan dah tak lalu hihi.


Malah.. bukan itu je,  kami semua staff dapat hadiah istimewa selain buah kurma dan juga kacang. Sebelum tu zaza nak ucap ribuan terima kasih banyak2. Kami semua suka pemberian dari bos hihi. Yang korang nampak dalam beg comey tu.. mesti dah boleh agak kan !.. kalau tak boleh agak.. meh, nak bagitau.. kat dalam tu sejadah comey sangat. Corak dan warna sama macam beg tu dan ada 3 warna, purple, pink serta coklat. Dan yg berbentuk pen cute tu pulak tu.. perfume.


Haah, ni dia my big bos, pasangan yg serba putih.. 2 dari kiri. Zaza yg tengok gambar ni pun bahagia je. Gambar ni zaza dapat dari whatsapp yg dihantar dari bos sendiri. Syukur Alhamdulillah, ALLAH SWT telah mempermudahkan segala urusan beliau sepanjang berada di sana (Mekah). In Shaa ALLAH, semoga suatu hari nanti, kita pulak yg akan menjadi tetamuNya. Aamiin. 


nOte : Berbahagialah mereka yg menjadi tetamu ALLAH.

4 ulasan:

  1. wahhh! alhamdulillah...dah sampai seru nak jd tetamu Allah!

    p/s : seronok makan free yee...hihi :D

    BalasPadam
  2. Bestnya bos melayu..Alhmdulillah slmt pulang ke Malaysia

    BalasPadam
  3. alhamdulillah
    seronokkan bila tgk org terdekat selamat pulang..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum zaza...seronoknya dpt ke tanah suci kn...kita ni bila la dpt ke sana agaknya...:)

    BalasPadam