Selasa, 12 April 2016
Khamis, 7 April 2016
Tangan Kena Gigit Dan Cakar Dengan Kucing
السلام عليكم ورحمة الله
Pertengah bulan lepas, tangan zaza kena gigit serta cakar dengan ibu kucen huhuhu. Macam mana boleh jadi pun zaza tak tau sebab terlalu pantas berlaku hehe. Eh, bukan kucen zaza (oppie) yg lakukan tau !. tapi ada kene mengena la jugak.. kalau tak, semua ni tak akan berlaku uwaaa. Ibu kucen yg zaza maksudkan tu sebenarnya kucen biras zaza. Dia dengan suami (adik ipar) balik kg selama seminggu, so dia mintak zaza tolong jagakan. Bukan sekor tapi 9 ekor dan termasuk oppie 10 ekor semuanya. Hahahaha pening zaza dibuatnya sebab, bukan pasal kucen2 tu semua tapi sekor kucen je iaitu oppie !. Kebetulan ibu kucen tu baru je beranak 4 ekor. Zaza risau oppie pergi kacau je.. sebab oppie memang tak duduk dalam sangkar. zaza lepas je dalam rumah macam tu.. mana dia nak tido pun bebas !.
Ibu dan anak baru lahir tu biras zaza letak dalam kotak besar. So, zaza letakkan je dalam bilik stor. Manakala yg si abang dan kakak yg duduk dalam sangkar, zaza letakkan kat luar beranda je. Masalahnya, oppie ni nakal yg teramat ! bila bau kucen lain ada kat rumah tu.. mula lah dia buat perangai. Asyik2 nak dekat dengan ibu kucen yg duduk dalam kotak. Siap tunggu lagi kat situ hahahaha. Bila zaza tarik dia.. dia kacau pulak kucen yg kat luar tu adoii. Kucen tu semua macam takde perasaan dekat oppie hehe. Satu malam tu, tengah zaza dan suami syok tengok tv.. terdengar bunyi kucen gaduh. Memang terperanjat la ! terus kepala otak terpikir pasal oppie. Mana taknya, dia dah la kecik dari yg lain. Zaza melangkah nak bukak lampu bilik stor.. ibu kucen tu terkam zaza. Oppie sempat selamatkan diri. Zaza pegang kepala dia (rasa nak tampar laju2 je masa kena tu).. nak lepas dari kena gigit. Boleh pulak dengan kaki zaza sekali dia cakar huhu. Mula tu memang tak perasan pun tangan yg dia cakar.. sebab zaza menahan kesakitan tang yg dia gigit. Sampai belubang kesan dia gigit. Cepat2 zaza cuci dengan air bersih dan lepas tu baru zaza letak minyak gamat.
Oppie time tu buat muka tak bersalah, terus lompat dalam bakul kain. Geram yg amat, zaza jentik telinga hehe. Masa nak tido baru rasa berdenyut2 tangan yg kena gigit tu. Nak pergi klinik malam2 memang malas. Ingatkan okey la lepas sapu minyak. Esoknya zaza tengok bengkak tempat yg kena gigit tu.. nak genggam jari pun langsung tak boleh.. tapi 3 jari je la. Tunggu suami balik dari keje petang dalam kul 2 baru zaza pergi klinik. Sampai klinik doktor bagitau bahaya kalau kita kena gigi kucen atau anjing.. boleh bawa maut. 1st doktor inject lepas tu baru cuci tangan zaza dan doktor bagi ubat antibiotik, tahan sakit serta krim sapu. Ambik masa seminggu jugak la jari zaza baru betul2 boleh genggam. Syukur Alhamdulillah baik. Mujur la takde kesan nanah ke apa huhuhu risau jugak.
Tapi oppie memang tak serik2 lagi.. suka sangat nak dekat dengan ibu kucen tu huhu. Masalahnya ibu kucen tu kan baru beranak so memang dia marah la dekat dengan anak2 dia. Bukan kucen je.. kita manusia pun dia marah. Satu lagi, ibu kucen tu memang tak letak dalam sangkar sebab biras zaza dah ajar dia poo dalam bilik air. So bilik stor pon memang tak boleh nak tutup sebab senang dia nak keluar masuk poo sendiri hehe.
![]() |
| ibu kucen yg garang.. masa ni tengah mencuri minuman oppie hehe |
nOte : bila dah rajin macam karangan pulak hehehe..

Khamis, 31 Mac 2016
Xiammun Nur 26.02.16
السلام عليكم ورحمة الله
Sepi je pejabat bila budak xiam ni takde.. ngam sebulan beliau meninggalkan kami semua hukhuk. Kejap je masa berlalu.. tup2 dah sebulan, ingatkan baru semalam dia takde. Biasanya mesti dengar suara dia yg nyaring gitu hehe. Opss, lupa pulak nak bagitau.. sebenarnya, xiam dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, rezeki beliau. Tahniah diucapkan. Nanti jangan pulak ponteng kelas tau ! belajar rajin2. Ingat pesan akak2 di sini dan semoga urusan xiam di permudahkan. Aamiin.
Sebelum xiam last keje, kami seramai 11 org keluar makan2 sempena meraikannya. Kami pergi KFC je sebab makanan tu yg paling senang, mudah dan sedap hehe. Dan tak lupa juga sesi bergambar kami bersama.. itu memang acara wajib kami muahahahaha. Kalau takde rasa tak lengkap pulak :p
Sebelum xiam last keje, kami seramai 11 org keluar makan2 sempena meraikannya. Kami pergi KFC je sebab makanan tu yg paling senang, mudah dan sedap hehe. Dan tak lupa juga sesi bergambar kami bersama.. itu memang acara wajib kami muahahahaha. Kalau takde rasa tak lengkap pulak :p



Kalau nak tahu, dalam ramai2 ni.. xiam la yg paling muda remaja lagi, baru berumur 20 tahun tak silap zaza la. Akak lain tu semua dah bergelar 'isteri' org. Jangan nak perasan muda okey !. Opss, lupa.. ada lagi 3 org yg masih single available hehe. Apapun, kenangan bersama xiam tetap kami simpan sampai bila2. In Shaa ALLAH, ada rezeki nanti kita jumpa lagi.
nOte : bila kumpul ramai camni, nampak meriah pulak ;)

Rabu, 16 Mac 2016
Khamis, 10 Mac 2016
#8 Ole-Ole Vietnam
السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah rezeki. Bukan zaza sorg je yg dapat hadiah special ni, tapi semua budak perempuan dekat opis. Semoga bertambah lagi rezeki empunya badan yg baik hati. Baru balik dari Krabi terus fly ke Vietnam pulak kawan kita sorg ni.. untung rezeki.
Sebenarnya kaler shawl ni pepel cantik sangat.. tapi di sebabkan pengcahayaan hp, so keluar kaler ni. Semalam baru zaza rasmi tudung baru tapi hp pulak rosak.. kalau tak mesti bergaya sakan selpie hehe. Tak pernah lagi dapat ole-ole shawl dari Vietnam memandangkan suami selalu je ost sana. Biasa lah kan, laki i pergi keje bukan holiday hahahaha.. itu kira bertuah dapat jugak t-shirt made in Vietnam. Syukur !. Mati kalau laki i baca.. nanti terus tak dapat apa2 dah hahaha.
nOte : banyak sangat story tak berupdate huhu...

Rabu, 9 Mac 2016
Isnin, 7 Mac 2016
Bila Handphone Buat Hal
السلام عليكم ورحمة الله
Bila mood nak update tu datang laju2 kan, HP pulak buat hal. Sebelum ni satu HP rosak tak boleh nak ON. Tapi okey lagi la sebab second HP untuk internet masih bernyawa hehe. Hari ni pulak, second HP pun buat hal tak boleh ON dengan tiba2 huhu. Zaza baru cadang nak tukar bateri dan baiki tempat cas.. last2 dah jadi cam gini huhu sabar je la. So, terpaksa tunggu seminggu baru pikir HP lain or baiki sebab shuben OST. Ada rezeki tak kemana kan ?. HP sebelum ni pun mama kak long yg bagi hehe.
Alhamdulillah, dengan adanya FB dapat la zaza melepaskan rindu dengan family serta sahabat handai hehe. Kemain ayat, macam duduk obersea u ! muahahahaha. Syukur sangat2! kalau tak mati katak dibuatnya hahahaha. Bila mengadu dekat adik2, diaorg cakap HP kak long lagi canggih.. terkejut mak long. Bertuah kak long dapat hadiah dari cik long [kakak papa]. Sebelum ni dapat tablet sempena birthday dari Ayah [Atok] sudah JANAM..JANAM [rosak] hihihi.. sebulan je bertahan. Hebat betul kak long ni. Masalah dia suka campak barang. HP mama pun memang selalu je kena.
![]() |
| [masa mama nak snap hp kak long, kemain marah tak nak bagi hahaha..] |
![]() |
| [hahahahaha.. hp ni dia bagi mama, nampak tak dia punya akal] |
nOte : nasib kat opis ada komputer dan kat rumah ada laptop hehe..
Rabu, 17 Februari 2016
Jumaat, 12 Februari 2016
Rezeki Dari Laut
السلام عليكم ورحمة الله
Kejadian di Pantai Dungun, Terengganu.
Moga di lindungi kalian semua. Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki yg ALLAH limpahkan buat hambanya. Rezeki yg tidak disangka2 ALLAH turunkan pada kita. Pada masa yg sama, kita mesti beringat dan berhati2. Jangan terlalu taksub mengutip kerang sampaikan anak2 kecil dibiarkan. Dah macam PESTA KERANG pulak, hehehe.
![]() |
| kredit gambar : fb |
nOte : Takziah buat keluarga arwah (form5) yg mati lemas ketika org ramai sedang mengutip kerang.

Khamis, 11 Februari 2016
HAPPY BIRTHDAY Nur Zara Arissa Mohd Hadar !
السلام عليكم ورحمة الله
HAPPY BIRTHDAY NUR ZARA ARISSA MOHD HADAR !
Alhamdulillah, usia kaklong genap 2 tahun pada 03 hb januari 2016. Sebulan sudah hehehe.. baru maklong sibuk nak update kat blog. Maklong
& Ayahlong doakan, semoga kaklong menjadi anak yg solehah buat mama
dan papa. Kami sayang kaklong dunia dan akhirat. Muaaah !.
![]() |
| Sibuk nak buat peace! jadinya rock! muahahaha. Happy pulak tengok budak kecik sorg ni. Iyelah kan, masa 1st birthday kecik lagi dan tak berapa nak pandai sangat. |
![]() |
| Serius betul muka kaklong bercampur excited ! hehe. Gigih nak potong kek. Princes katakan, mestilah kena duduk atas kerusi khas lagi hihi. |
![]() |
| ini la family bahagia kaklong bersama papa and mama tersayang!. baby dalam perut pun meraikan sama. |
![]() |
| Opss ! perasan tak ? kaklong dah tukar baju.. habis sisa kek melekat kat baju. Itu yg mama tukar. Masa ni kaklong excited buka hadiah dari kawan2 serta family terdekat hihihi. |
![]() |
| Amboi, dapat hadiah ni, terus naik. Hadiah dari ayahlong tersayang. Org lain nak naik pun kaklong tak bagi huhuhu. Kedekut betul la kaklong ni.. yg kelakarnya siap bawak lari pegi dapur muahahaha. |
![]() |
| Alhamdulillah, rezeki kaklong. Nanti mama tak payah nak tambah beg dgn baju sb dah banyak koleksi hehe. |
![]() |
| Untuk kawan2 yg datang.. jangan risau! kaklong dah pek siap2 hehe. |
![]() |
| Decoration simple dari mama special untuk anak kesayangan. |
nOte : banyak lagi story yg tertangguh huhuhu..

Rabu, 3 Februari 2016
Isnin, 1 Februari 2016
"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK"
السلام عليكم ورحمة الله
"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
- Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).
- Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda - [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
- Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
- Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
- Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
- Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
- Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Khamis, 28 Januari 2016
Kenapa Darah Ni?
Balik keje semalam, singgah rumah dulu lepas tu mandi baru keluar balik hehe. Sebenarnya keluar nak cari susu dan ubat sakit mata untuk oppie (anak bulus). Dalam bas, tanpa sedar tiba2 keluar darah dari hidung. Erk! panik jugak la sekejap sebab cari tisu dalam handbag takde. Mujur la ada seketul.. itu pun tisu yg dah guna huhu. Nasib time tu org tak ramai mana dalam bas. Kalau tak, malu zaza.
Syukur Alhamdulillah, darah keluar cuma sekejap je.. sambil zaza picit lembut bahagian hidung. Zaza pun tak tahu macam mana boleh jadi, maybe sebab cuaca panas sangat kot! dan kadang tu hujan tak menentu. Sejak cuaca panas ni, zaza memang selalu amalkan minum air banyak.. tapi takde la sampai tahap 3 liter lagi hehe.
Punca dan Tips Hidung Berdarah klik sini.
nOte : rasa dah 5 minggu asyik wordless Wednesday je kan, hehe mood kita kelaut la.

Rabu, 27 Januari 2016
#39 Wordless Wednesday [BRIM 2016]
السلام عليكم ورحمة الله
Alhamdulillah, adik bujang kesayangan zaza dah pun terima duit BRIM pada hari ini 27hb Januari 2016. So, kepada kawan2 di luar sana, bolehlah uolls klik sini untuk check brim anda.
Langgan:
Catatan (Atom)































