Jumaat, 31 Januari 2014

Resepi : Kuih Bakar Bellezza


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Jumaat semua! dan selamat bercuti ye.. korang ada apa2 rancangan menarik sempena cuti tahun baru cina tak? kepada yg balik ke kampung halaman, zaza nak ucapkan berhati2 di jalan raya ketika memandu.  Zaza tak balik coz minggu lepas baru je balik dan lagipun asben masih lagi ost huhu.. In Shaa Allah, minggu depan zaza balik lagi atas jemputan kenduri aqiqah dan cukur rambut anak sedara zaza. So kena save la cuti tak boleh ikut sedap badan je nak cuti2 ni kan! kan mengalahkan bos pulak hihihi.

Terlebih berleter sampaikan nak kongsi resepi pun terlupa ngeeee!!.. zaza ada buat kuih bakar untuk makan sendiri je pun. Time duk sorg ni terlajak rajin pula hehe. 



BAHAN-BAHAN :
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • 3 biji telur [zaza letak 2 biji je coz gred besar]
  • sedikit pewarna hijau

PENYEDIAANNYA :

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sampai sebati.
2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalam.
3. Bakar 180c selama 40 minit atau sehingga masak.
4. Siap!! hidang panas2 dengan air kopi :)



2 ulasan:

  1. simple kalau ada masa boleh try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeeee tersangat simple!! sedap pulak tu hihihi..

      Padam