Khamis, 7 Mei 2015

Ex- Local Engineering Kembali Bertaut


السلام عليكم ورحمة الله


Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi. Sejak ada group whatsapp ni, rindu lama bertaut kembali hehehe ! mengalahkan pasangan bercinta. Sebenarnya, zaza terharu sangat dan berterima kasih kepada admin group iaitu Kak Ida serta Nuru kerana menubuhkan 'EX-LOCAL ENGINEERING' untuk mengembalikan semula sahabat2 lama. Dimana, mereka boleh bertanyakan khabar mahupun update berita terkini tentang diri masing2.. ceewahh ! ayat skema tahap gaban muahahaahha. Tak silap zaza, hampir 7 tahun kot berkhidmat dengan company ni dan 7 tahun jugak zaza meninggalkan company tu. Apapun syukur Alhamdulillah, banyak benda yg zaza pelajari dan juga zaza takkan lupa jasa baik kalian semua. Terutama sekali, big bos En. Ir. Wan Sabri.. terima kasih banyak2. 


Memang tak sangka sangat, rupanya ahli group ni dah mencecah lebih dari 50 puluh org. Perghhh ! memang terbaik la. Opsss ! ada jugak mereka2 yg zaza tak mengenali.. jangan marah ye !. Apa pun, salam perkenalan dari zaza hehe. Zaza ingat lagi time dulu.. seronok je bila masing2 dapat berkumpul sama. Nak2 time rehat, keluar ramai2.. sampaikan terlebih waktu rehat muahahaha. Siap zaza kena panggil dengan 2nd bos alasan keluar semua sekali.. so takde org kat pejabat hihihi. Memang nakal rupanya kami waktu dulu2. Bila di ingatkan semula.. rasa kelakar pun ada. Bukan itu aje, kat depan park kereta bos ada pokok mangga.. bila musim berbuah, kemain kami ambik siap buat colek lagi hehehe. Untung dapat bos yg sporting.. tapi sporting2 jugak la kan, time keje kena fokus okey !.


Al-Fatihah buat arwah En. Azman iaitu 2nd bos zaza yg banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar. Arwah seorg yg baik. Semoga arwah tenang disana. Aamiin. 


Bila dah sembang dalam group, zaza baru tahu yg En. Zubir dah dapat title Ir. Tahniah diucapkan.. dulu2 dialah engineer yg selalu bagi keje dekat zaza hahaha. Tak lama lagi En. Lukman pun akan dapat title yg sama.. Alhamdulillah. Masing2 semua dah ada keluarga dan kehidupan sendiri. Cuma, yg masih single tu.. zaza doakan kalian pun sama akan dipertemukan jodoh dan dipercepatkan jodoh. In Shaa ALLAH. Harap2 lepas ni diaorg akan adakan reunion, maklum lah dah bertahun2 kot zaza tak jumpa mereka selepas berhihrah ke KL ni hihihi. Kalau zaza balik kg pun, biasa dapat jumpa dengan Kak Yah sorg je.. itupun kalau dia free huhu. Seriously, memang rindu giler dekat korang semua. Zaza doakan semoga persahabatan ini akan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNya.


Kalau sembang dalam ni memang 3 hari 2 malam pun tak abis hihihi. Opss ! lupa pulak mesti tertanya2 kenapa sampai ramai giler ahli EX tu kan, sebenarnya.. company kesayangan kitaorg dah 'tutup'. Sedih kan, so masing2 bawak diri sendiri. Ok bai.


sumber whatsapp

nOte : mood nak balik kg semakin membuak2..hihihi.



5 ulasan:

  1. dengan adanya kemudahn begitu, hubungan akan sentiasa eratdan akrab...

    BalasPadam
  2. Arisha pula yg teruja dengar. Sesekali dapat perasaan macam ini memang akan kita kekal ingat.

    BalasPadam
  3. Gambar sumber whatsApp tu sangat cool...hahaha

    BalasPadam
  4. Untung ada kmudahn mcm tu.. leh smbg2 balk. Hehe

    BalasPadam
  5. la dh tutup
    sayangnya..tak pa la janji hbgan persahabatan msh terjalin
    smga berkeklan aamiin

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.