Khamis, 17 September 2015

Calibrate Birthday Girl - Komugi Cafe


السلام عليكم ورحمة الله

Sabtu baru ni zaza dengan suami ke Subang Parade. Kebetulan birthday girl jatuh hari cuti so kami calibrate sekali la hihihi. Komugi Cafe menjadi pilihan. Kebetulan pulak zaza ternampak kek bear coklat, apa lagi ! terus tunjuk nak yg itu haha. Sebab cantik sangat awak! cute je.. kecik molek pulak tu. Tapi harga macam biasa la untuk sepotong kek.. yg ini dalam RM12* seketul tak silap zaza. Boleh pulak zaza request nak tulis 'happy birthday' kat atas pinggan. Ha ha ha tak malu ! nasib akak tu baik hati.


Lepas makan, kami terus ke panggung wayang. Sebab kami dah beli tiket citer  Maze Runner : The Scorch. Citer ni zaza yg pilih. Boleh pulak dapat hall no.1, tak suka ! sebab kena panjat tangga tinggi huhuhu.


Lepas keluar wayang, kami makan lagi hahaha. Tema makan je satu hari ! kami lepak pulak Uncle Lim's. Zaza macam biasa request 'Asam Laksa' dan suami 'Bubur Ikan'. Apapun, syukur alhamdulillah kerana suami sanggup luangkan masa bersama zaza semata2 nak meraikan birthday girl. Eh, hari lain pun kalau my dear free.. dia layan jugak kepala wife dia sorg ni kuikui.

Walaupun zaza bukan penggemar coklat, tapi bear coklat ni rasa sedap sangat !. bila masuk dalam mulut rasa macam kita makan aiskrim hehe. 
Ikutkan my dear nak mintak sebiji kek, habis tu sape yg nak makan ?. Zaza dah la bukan kaki makan kek huhu. Eh, boleh pulak sama tema tudung dengan kek - adijuma.
Maze Runner : The Scorch - Tak berapa nak gempak sangat dari sambungan citer sebelumnya. Ramai pulak hantu zombi kejar diaorg. Ada sambungan sebab citer ni tergantung.


nOte : semalam ke lepeh kita hihihi..


2 ulasan:

  1. comel gile kek coklat ni... yummeyh... happy belated besday to our bday girl.. smoga happy always..

    BalasPadam
  2. comel laa kek tu zaza....
    hepy birthday zaza... :) :)

    BalasPadam