Selasa, 1 September 2015

Kecuaian Diri Sendiri


السلام عليكم ورحمة الله




Kecuaian diri sendiri - Ya ALLAH, dugaan datang sekelip mata tanpa sedari. Rasa nak menangis pun ada.. tapi zaza kuatkan semangat. Berlaku pada petang Jumaat, time tu zaza nak keluar ke kedai makan. Malam tu jugak zaza balik kg.. beg pakaian semua dah ready cuma tunggu kawan datang pickup je. Tiket bas jam 9 malam so ada lagi 2 jam. 


Keluar cuma bawak purse dengan HP. kebiasaan zaza akan bawak handbag. Bila benda dah nak jadi kan. Redha dengan hati terbuka. Keluar pintu terus lock dari dalam. Sedar2 nak kunci grill alamak? kunci tertinggal kat dalam rumah. Masa tu fikiran zaza bercelaru.. masalahnya, beg pakaian yg nak dibawa masih di dalam. Zaza terus meluru ke rumah jiran nak mintak tolong. Macam2 idea dari akak jiran suruh zaza guna pelbagai cara nak bukak pintu. Last2 dia pegi dekat peti surat tengok no kedai pendua kunci. Tanpa zaza fikir panjang.. zaza terus call dan dalam 5 minit kemudian, uncle tu sampai. Alaaa kedai uncle belakang pejabat zaza je pun hehe. Memang dekat sangat lah dengan rumah. 


Tengok aksi uncle yg rancak buat kerja. Syukur Alhamdulillah atas pertolongan dari ALLAH SWT, pintu rumah zaza dapat di bukak. Terus tanya berapa cas bayaran yg dikenakan. Bila uncle tu cakap RM60.. erk, muka zaza terus berubah. Mana taknya, dalam purse cuma ada RM43 huhuhu. Zaza bukan main2.. serius itu je yg zaza ada [jawapan yg zaza bagi dekat uncle tadi]. Boleh pulak uncle tu cakap hmmm RM50 la. Nak nanges lagi sebab suami jauh nun di Jakarta.. zaza terus bukak purse tunjuk dekat uncle takut dia tak percaya. Zaza keluarkan duit RM40 tu tanpa banyak cakap dan uncle tadi terus ambik dengan rela hati atau terpkasa itu zaza tak tahu hehehe. 


Tadi zaza cakap nak keluar makan kan, macam mana nak makan kalau duit pun dah takde uwaaa. Masuk semula dalam rumah diam2. Solat Maghrib dulu sebelum kawan datang pickup. Tak lama lepas tu kawan datang. Cerita la dekat dia apa yg dah terjadi dekat zaza. Bukan nak menagih simpati cuma nak bagitau yg kita ni cuai hehe. Mybe cerita zaza tadi agak tragis kesedihan hahahahaha. Jahat betul zaza kan, sampai kat stesen bas Shah Alam, kawan belanja makan nasi goreng kg. Makan dengan tenang.. alhamdulillah, perut kenyang sebelum naik bas. Terima kasih banyak2 sudi belanja makan dan jugak hantar kita sampai stesen bas. 


So, dalam bas zaza boleh tido dengan nyeyak hehe.


 
Peristiwa tahun lepas punya.. masalah dengan kunci jugak. Tapi yg ini bukan zaza cuai tau ! tombol pintu yg dah uzur kot huhuhu. Time kejadian, suami zaza ost Melaka. Mujur dalam masa yg sama anak buah suami ada. Zaza balik keje terus masuk bilik. Terus lock pintu.. bila nak bukak tak boleh. Aduh, memang terkejut giler dibuatnya. Boleh pulak terkurung dalam bilik tidur hehehe [kalau bilik air macam mana ?]. Handphone time tu pulak ada kat ruang tamu.. mati katak zaza dibuatnya huhu. Sementara tunggu anak buah balik keje.. sampai tertido zaza hehe. Nasib zaza dengar dia balik.. tidak mesti dia ingat zaza ok je kat dalam tu. Zaza ketuk pintu punya la sekuat hati macam nak tercabut hihi. Suruh dia ambik kunci tolong bukak dari luar rupanya tak dapat jugak uwaaaa. Akhirnya terpaksa pecahkan tombol pintu tu sampai tercabut. Erkkk tak sanggup zaza nak hadapi sorg2 lagi perkara yg menakutkan.


nOte : Lepas ni, zaza kena banyak beringat..


3 ulasan:

  1. nsb uncle ddk dkt kn
    pnh juga tjadi pd diri ini
    nsb la masa kjadian dgn suami. ddk tengah tengah antara pintu dan drill. berejam pecahkan tombol tu sdn bhd

    BalasPadam
  2. Alahaii lepas ni takboleh careless dah

    BalasPadam
  3. manusia tak pernah lari dari kesilapan ..lpas ni kna la lebih berhati-hati :)

    BalasPadam