Jumaat, 18 September 2015

Perpisahan Sementara..


السلام عليكم ورحمة الله


Semoga mendapat Haji yang Mabrur. Itu adalah kata2 yg sering mengiringi pemergian seorg jemaah haji. Mereka yg pergi dengan penuh keikhlasan dan tahu tujuan sebenar ibadat haji bercita2 untuk mendapatkan haji yg mabrur. Anugerahnya adalah balasan Syurga. Marilah kita sama2 doakan mereka semua tetamu ALLAH yg menunaikan ibadat haji akan mendapat haji yg mabrur. Aamiin.
 
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis2 unta yg kurus yg datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yg jauh." (Al-Hajj:27).

Selepas acara makan2, kami semua bergambar kenangan dengan bos bagi majlis perpisahan sementara.


Kami disini mendoakan semoga ALLAH SWT memberi keajaiban kesihatan yg baik buat bos kami, Puan Laili dan Encik Syed [pasangan suami isteri] bagi menunaikan ibadat haji sepanjang berada di Tanah Suci Mekah. Semoga selamat kembali nanti dengan sempurna dan mendapat haji yg mabrur. Zaza doakan jugak utk pakcik dan makcik zaza, semoga selamat di sana serta mendapat haji yg mabrur. Aamiin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan