Isnin, 28 September 2015

Satu Hari Ke Lepeh


السلام عليكم ورحمة الله

Malaysia Day - Hari yg tak dirancang menjadi pulak ke Lepeh hikhik. Zaza beli tiket pukul 10 pagi, itu yg paling awal sebab zaza sampai Stesen Bas Pekeliling jam 9 pagi uwaaaa. Sejam nak kena tunggu. Makanya, lewat lah sampai nanti hukhuk.. sebab zaza pergi balik hari je tau ! kan dah rugi masa zaza [sape suruh ko lambat zah !]. Tapi yg penting, zaza dah beli tiket balik siap2 pada jam 6.30 petang hehe.


Pertama kali naik bas sorg diri pergi Lepeh hikhik. Kebetulan pulak my dear outstation Penang. Zaza ke sana sebenarnya ke rumah bff, kawan dari sekolah lagi. Namanya ayu, berkahwin dengan org Lepeh terus menetap disana. Sebenarnya dah lama sangat zaza jejak ayu ni.. akhirnya dapat jugak berhubung dengan dia. Itu pun zaza dapat no hp dari adik dia dan zaza nak dapatkan no hp adik dia pulak melalui kakak ipar adik ayu yg merupakan satu sek jugak. Hmm, kemain panjang lebar huraian tu kan, muahaha. Ajakan ayu ke rumah beliau sebenarnya dah lama.. cuma masa je tak mengizinkan lagi hehe. Kebetulan pulak musim buah.. so zaza tak lepaskan peluang hahaha.. jahat punya kawan !. Mengambil masa 3 jam perjalanan ke sana. Zaza sampai dalam pukul 1 petang kat Hentian Lepeh. Alhamdulillah, tak lama kemudian ayu datang pickup zaza hehe. Dah la suruh org datang ambik, lepas tu bila sampai rumah dihidangkan pulak makan tenghari. Perghh ! rezeki zaza, macam tau2 je perut tengah lapar hihihi.


Kami budak kg je kehkeh. Berselpi kenangan sebelum zaza balik. Ini pun, main sarung je tudung org hahaha. Rasa tak puas lagi sembang walaupun suami ayu dah bagi green light. Sebab dia tahu, bukan senang kami nak bertemu walaupun kg kami sama hukhuk. Maklum lah bila dah berkeluarga ni.. ada je hal kan. Ayu mempunyai 4 org anak lelaki dan sorg anak perempuan. Alhamdulillah, zaza tumpang gembira. Bila sembang sambil makan buah2 tempatan memang seronok !.. nak2 pulak buah kesukaan zaza ngeee !. Tapi, masa mencemburui kami berdua.. sekejap je jam dah 6 petang. So zaza kena bersiap2 sementara ayu dan suami tengah agihkan buah untuk zaza bawak balik. Ngeee suka !.

Mak aii, satu beg balik kg tu diaorg bagi buah. Datang bawak diri balik dengan satu beg besar haha. Rasa dah macam balik kg sendiri dan lepas tu mak bagi hasil tanaman kebun kan kan ! hahaha. Apa pun, zaza ucapkan ribuan terima kasih dekat ayu dan suami sudi ambik zaza, sudi pelawa zaza makan, sudi bagi zaza buah dan sudi melayan kerenah zaza hehe. In Shaa ALLAH, panjang umur ada rezeki nanti kita jumpa lagi dan zaza bawak suami kenal2 dengan suami awak. Naik bas jam 6.30 petang sampail KL dalam jam 9.30 malam dan sampai ke rumah zaza jam 11 malam. Penat ! tapau makan malam terus mandi dan masuk tido sebab esoknya keje hehe. Perjalanan satu hari tu ke Lepeh memang awesome ! pengalaman yg tak dapat zaza lupakan.


nOte : dapat belimbing hitam yg sudah siap masak ! cuma balik masak sambal sendiri hihi.


2 ulasan:

  1. dapnya jantung pisnag tu..
    smga terus berkekalan ukhwah yg terjalin
    aamiin

    BalasPadam