Selasa, 30 November 2010

Diri Ini


السلام عليكم ورحمة الله


Dalam kesibukan dan ketidak cukup waktu hehehe.. konon! sorry sampai bersawang belog ni tak diupdate story kehkeh. Okey, sebenarnya zaza nak jawab beberapa soalan dari Shiemacma. Tqsm sebab sudi tag kza hihihi. Macam nak isi form masuk IPT la ngeee.
 


Bila ku menulis..
segalanya bermula disini..
bermulanya satu perjalanan yg belum pasti..


Cinta Hati
Takdir Allah swt tiada siapa yg bleh nafikan, siapa sangka.. Allah munculkan pasangan hidup buat diri ini. Secara rasmi zaza menjadi suri hati kepada encik Khairul Nizam pada 16hb November 2007. Alhamdulillah, sungguh bermakna kehidupan kami bila bergelar pasangan suami isteri sungguhpun belum di kurniakan zuriat lagi buat masa ni. In Shaa Allah, semoga suatu hari nanti kami akan memperolehi anak sendiri.



Keluarga Kami
Family zaza takde la besar sangat cuma kami enam org je termasuk mak dan ayah hehe.. Zaza sebagai anak sulung merangkap kakak dan abang memang besar tanggungjawab kepada adik2 serta mak dan ayah. Opss! adik beradik zaza semuanya gegel ye!.. mak ayah nanti akan dapat menantu lelaki je la hihihi.
 


Sahabat Baik
Sedikit mengenai sahabat baik zaza.. kami memang berkawan rapat dari sekolah lagi. Terdiri dari Norlailie Alias, Rosmani Abd Razak dan Che Wan Hasih @ Nora Che Wan Hasan. Dia org lah sahabat zaza dunia dan akhirat. Zaza terlalu sayangkan persahabatan ni kerana zaza ikhlas kerana Allah swt. Semoga mereka semua sentiasa dibawah lindunganNya.



So, itu la serba sedikit mengenai diri ini yg bergelar zaza hehe. Salam ukhuwah dan salam perjuangan kepada semua dalam meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini. Zaza hanyalah seorg insan yg ingin terus mencari makna kehidupan sebagai hamba kepada sang pencipta yg maha Agung. Semoga setiap nafas, setiap denyut jantung dan setiap langkah zaza dalam peliharaan yg maha berkuasa. In Shaa Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan