Khamis, 26 April 2012

Pengorbanan Boleh Dianggap Jihad


السلام عليكم ورحمة الله



KUALA LUMPUR - Kematiannya boleh dikategorikan sebagai jihad kerana dia sanggup mengorbankan dirinya demi kasih sayang terhadap abangnya dan ini sangat jarang berlaku pada zaman sekarang.
 
Pujian juga harus diberikan kepada keluarganya yg berjaya menerapkan sifat kekeluargaan yg cukup erat di kalangan adik-beradik sehinggakan si adik sanggup mengadaikan nyawanya demi abang tercinta. Kata pendakwah bebas yg juga Kaunselor, Dr. Rubiah Hamzah.
 
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar di Terengganu, Muhammad Muaz Yusof, 13 yg meninggal dunia akibat paru2 berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum2 tulang belakang kepada abangnya yg menghidap Leukemia.
 
Ibunya, Asma Ismail 51, dalam laporan itu berkata, sebelum memasuki bilik rawatan untuk menjadi penderma kepada abangnya Sabtu lalu, dia bertanya kepada arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu. Menurut Rubiah, masyarakat sekarang takut untuk berkorban dan tindakan arwah menunjukkan dia seorg adik yg meletakkan kasih sayang kepada abangnya melebihi nyawanya sendiri.
 
Org zaman sekarang nak korbankan cinta kepada kekasih pun susah, apalagi kalau nak korbankan diri mereka lagilah susah. Arwah adalah hero dalam keluarga itu dan masyarakat perlu menjadikannya sebagai contoh pengorbanan dalam sesebuah keluarga.
 
Ibu arwah seharusnya berasa bangga mempunyai anak seperti itu yg sanggup berkorban demi darah daging sendiri, katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
 
Buat kawanku YAYA, tabahkan hatimu..
Kak Za merasai apa yg Yaya rasa kehilangan org yg disayangi menyebabkan kita seperti kehilangan kehidupan kita didunia. Memang sangat menyedihkan. Banyak2 kan bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga tenang disana. Aamiin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.