Sabtu, 8 Jun 2013

Resepi : Suka Suki Roti Daging


  السلام عليكم ورحمة الله


Ngeee!! hari ni baru rajin nak update..
tak tau kenapa sejak2 ni malas sangat... hehe
Jom! tanpa melengahkan masa..aku nak share resepi roti daging dgn korang.


Bahan :

300 gm daging cincang (aku guna ramly)
3 batang sosej (hiris bulat)
2 biji bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar rempah kari (aku guna daging kari babas)
5 biji cendawan butang (cincang)
1 biji cili api (potong kecil) aku xletak
sedikit perasa
minyak

10 keping roti
2 keping slice cheese (potong 3) coz itu je yg tinggal hehe so kena jimat
Mozarella cheese (aku tak letak sb tak ada)

cara membuat inti:

panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan pula bawang besar yg dicincang tadi. Selapas itu masukkan rempah kari serta masukkan daging cincang. Kacau hingga sebati dan masuk sosej serta cendawan. Akhir sekali baru masukkan sedikit perasa. Goreng hingga daging agak kering dan padamkan api.

cara membuat roti daging:

Sapu roti dgn butter. 
Selepas itu sapu pula dgn mayonis dan sos chilie.
Susun slice cheese ke atasnya.
Letakkan sedikit inti tadi dan ratakan.
Serta susun sosej ke atasnya. 
Taburkan pula dgn mozarella sebanyak mana korang suka. (aku skip so aku gantikan slice cheese). 
Bakar dalam oven dgn suhu 160C lebih kurang 20-25 minit sehingga masa.

 Dan inilah hasilnya.! selamat mencuba.



8 ulasan:

  1. Wwaaaaaa....!!!! Sedappp yew Pu3 tngok nie... @_@!! Nyumm..Nyumm.. Nk try buat lah..

    #Thanx akan coz sharing how to make this food.. Hahaa..! Nanti Pu3 try buat... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ngeeeee!!! most welcome.
      buat jgn xbuat tau...yg pasti memang sedap

      Padam
  2. nampak sedap :D kalau rasa macam pizza, lagi syok :D

    BalasPadam
  3. Salam K.Zaza..
    Teniu share resep... aa... sdp tgk roti tuuuuuu

    BalasPadam
  4. nampak sedap la kak...nak try la 9n :)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.