Isnin, 5 Mac 2012

11 Orang Mendapat Doa Malaikat

 Assalamualaikum...

Pagi2 kuar umah nak pegi keje..ujan renyai2.. alhamdulillah..ujan rahmat dipagi2 hari... sempat juga aku smpi opis awal ...bekpes ngan en.asben roti  bakar ngan teh tarik je.. he3,  apa cer korg semua? dh bekpes lom?  pagi isnin..aku xde apa nak kongsi citer ngan korg cuma aku nak share satu benda je...jom! kita amalkan..



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al- Fatihah
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
10. Orang yang sedang makan sahur
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

nOte : ya Allah masukkanlah aku dari golongan2 seperti hamba2 mu di atas..amin .


Jumaat, 2 Mac 2012

Hargai Isteri 'TIDAK BERKERJA'


السلام عليكم ورحمة الله


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal ?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula ?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja.. hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Taip2 pagi siapa yg sediakan sarapan pagi ?
Encik Zainal : Halimah yg sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan ?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia dah bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak2 encik Zainal ke sekolah bagaimana ?
Encik Zainal : Halimah yg hantar sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak2, Halimah buat apa ?
Encik Zainal : Pergi ke Pasar.. kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak kerja.
Kaunselor : Petang hari selepas encik Zainal balik rumah, apa yg encik Zainal lakukan ?
Encik Zainal : Balik berehar kerana seharian saya penat bekerja..
Kaunselor : Apa Halimah buat ?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia jugak mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
 
Berdasarkan cerita diatas, anda rasa siapa yg levih banyak bekerja ? rutin harian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam itu jugak dikatakan TIDAK BEKERJA ?. Suri rumah memang tidak perlaukan segulung ijazah atau pangkat yg besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting !.
 
 
nOte : Hargailah isteri anda.. kerana tanpa dia mungkin korang tak dapat segala nikmat yg diberikan.



Rabu, 29 Februari 2012

#3 - Wordless Wednesday

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita masih bernafas dan diberi nikmat tidak terhigga setakat ini.. 
Moga terus dalam rahmat dan kasih sayangNya
Siape2  yg mau beli ini budak?? hihihi

Selasa, 28 Februari 2012

aku~~~ dalam di dilemma

Assalamualaikum..

 (gambar diatas tidak ada kene mengena k! saje nk tunjuk muka aku yg cute hahahahaha)

Seperti tajuk entri yg aku suggest, aku seriously dalam dilemma sekarang. Perlukah aku berterus terang! adoii...pening bila memikirkan masalah yg aku hadapi...apakah? masalahnya...dengar macam kecik je kan?. mungkin kah! aku ni seorang yang baik hati?? atau pun seorang  yg suka masuk campur hal2 diaorg?...  hanya Tuhan saja yg tahu hati aku tak duduk diam dan sering berkata2...Ya Allah, kau lindungilah hamba2 mu.  semoga hati kalian berdua tetap dalam keadaan baik..amin..

Sebenarnya aku berkawan dengan Alya dan Fatiha (bukan nama sebenar). aku kenal diaorg sama2 ditempat kerja. Permulaan kehidupan berkawan sangat2 mesra alam katakan...xde sedikit pun bermasam muka antara satu sama lain. Jikalau masing2 ada masalah... kami bertiga sama2 memberi pendapat mana yg bagus dan elok untuk diteruskan...

Dalam awal  pertengahan tahun baru2 ni..  Fatiha mendapat kerja baru ditempat lain dan tinggalah aku dan Alya berdua.. tapi kami masih  berhubung melalui hp dan juga fb. Fatiha Sibuk bercerita ditempat baru..alhamdulillah...dia pun dh dapat kerja kan? so masalah sekarang...Alya macam melarikan diri dari Fatiha...tapi kenapa?  itu pun aku tau dari mulut Fatiha..Fatiha ada bertanyakan aku sama ada Alya  ada cerita apa2 tentang dirinya..aku rungsing!!!..pening pun  ada..serba salah...aku menTIDAKkanya je..huhuh maafkan za ye... xde  niat langsung nak sakiti hati korg ber2.. kalau boleh..aku nak jaga hati korang ber2..tapi macam mana??..
Tapi, tu la.... haish, pening la... pening... pening...

Masalah diorg biarlah menjadi rahsia antara kami ber3.. masing2 memberi kata janji kpd aku untuk tidak mencertikan kpd pihak sebaliknya. ohh! tidak...aku rasa mungkin aku perlu berjumpa dgn Fatiha untuk  mengesahkan jalan cerita oleh Alya kpd aku.. atau? akau membiarkan ia terpendam dalam lubuk hati..huhu
Kata org2 di luar sana...kita jangan dengar cerita  dari sebelah pihak je kan? kalau tidak mana kan tahu yg mana betul dan yg mana salah?.. yg penting! aku akan ikhtiarkan jalan penyelesaian yg elok.

  

Khamis, 23 Februari 2012

Saya Dapat Doodle

Assalamualaikum..

On9 je belog pagi  ni  aku tersenyum panjang!...mana tidaknya aku  terPILIH utk mendapatkan Doodle yg comey dari En. ApiT ni ha!..sampai kul 5 pagi tdi dia duk sipakan utk semua  para blogger yg join kan? ramai betoi! zaza tersenarai no ke-43..apapun mekasih banyak2 ye awk.. dan salam perkenalan dari sye..:)

nOte : canteek!! boleh wat banner blog ni..:)


Rabu, 22 Februari 2012

Kejohanan Pencak Silat Jemputan IPTA/IPTS di UiTM Kelantan

 Assalamualaikum..

Mata berpinar2 daa..  hari2 duk ngadap komputer ni..boleh pengsan gak aku ni ..huk2  jam di pcard 15 minit lagi je nak balik..yehehee!!! tapi tu lan kan... nk menunggu time balik cam lama tahap gaban! apa pun yg penting! aku ikhlas dlm bekerja ta!..ecehhh2... puji diri pulak daa... ok..ok! aku xmo buang masa... sb msa nk balik sikit je lagi...so apa kata kalau korang tinjau2 dulu gambar  kat bawah ni~ Team Pencak Silat UiTM Puncak/Perdana  sempena game Silat di adakan di UiTM Macahang, Kelantan baru2 ni..

ni group kitaorg..ada bran?? muahahaha

sebelum sampai...kita org semua singgah dulu Rantau Panjang....(sebelah kiri tu En.Syawal selaku Pengurus)

Bila dan sampai lokasi yg dituju...kita org dijemput khas oleh En. Syawal utk makan malam dirumah beliau.. sangat2 berterima kasih kpd beliau seisi keluarga..makanan tip top!...

 sebelum balik...dan kekenyangan sudahhh..bergambar dulu ramai2..hurryy!!!..

kami ber2 selaku pelepas time ni tau!... gempak habis konon!

muka2 ganas dari atlet silat kita org...hahahaha

wah2...cam bagus je pelepas ni erk! (coach sedang memberi arahan..kpd cik Fatihah yg main kelas E ) beliau kalahkan lawan dgn 3-0..tahniah!

seragam tak pakaian kita org !.. majlis makan malam sempena majlis pembukaan... so coach di wajibkan pakai baju batik... hehehe...dh mcm YB pulak en.asben aku ni...muahahaha...

bergambar  dulu sebelum makan bersama2  team kitaorg.. sangat2 heppy!..

ngeee~~ sweet couple

oeg2 besar je yg duk kat atas ni..huhuhuhu..masing2 mewakili team diaorg..

sempat posing kat bendera selangor...uitm pucak/perdana katakan..hehehe

ni ler dia UiTM Machang, Kelantan... lawa kan?...

akhir sekali....eceehhh2.. nk tunjuk jugak muka aku ni kan? masa  ni dlm bas baru2 nk gerak..hehehe.. ok ler.. masa xmengizinkan aku citer lagi arini..sb aku dh nak balik....!!so klu ada masa esok..aku sambung citer  ye..tungguuu!!..


nOte : senyum dpt 1emas 2 gangsa...


Selasa, 21 Februari 2012

Saya Joint, Pasti Dapat Doodle

Assalamualaikum..

Baru je  tadi aku terjah umah Cik. TehaaNFM ni (blog)..
tiba2 pulak tergerak ati nak join...En.Apit  punya contents..
so..apa lagi!..jom!

 Nama Panggilan : Zaza

URL Belog : zazanizam@ blogspot.com 

Negeri Kelahiran : Terengganu

Warna Kesukaan : Biru

Tarikh Tutup : Bila-bila masa saja..cepat!

Nama yg Di Tagged : Cma ~ Adik ~ Angah

nOte : Selamat Mencuba!!..

Isnin, 20 Februari 2012

✿ KelaTE ✿

 Assalamualaikum..

hmmmm.....dah seminggu aku tak on9..huh! kenapa? sebab aku baru je balik dari negeri che wan kembang..iaitu negeri Kelantan. aku ke sana  kerana........

ni dia gambar aku ngan en.asben pengubat rindu korang  ye!..hehehehe..korang ada rindu aku ke??


nOte : nti aku sambung  citer ye...bye!

Sabtu, 11 Februari 2012

Happy Birthday Lely [110212]


السلام عليكم ورحمة الله



SELAMAT HARI LAHIR buat bff zaza yg kini berada di kg. 
Norlailie Alias, aku doakan semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan segala amal ibdat serta berbahagia bersama suami dan anak.

   
masa ni tengah pregnant 5 bulan anak ke2

gambar terkini.. adanya dua penyeri hidup.. ahmad & fahima

Aku sayangkan persahabatan kita sejak sek lagi. 
In Shaa ALLAH, semoga kekal selamanya. Aamiin.


nOte : sedih wehh.. tak dapat jumpa ko aritu time aku balik :(



Jumaat, 10 Februari 2012

~Masih Bernyawa Lagi Ko Erk...

 Assalamualaikum..

Selamat aku!!..amin
 nasib baik ler scanner opis aku dh ok..
dlm seminggu gak aku cuak..nk bgitau bos pun takoott!!...
nanti dia tnye  mcm mne leh rosak..adoii

nasib baik ler ko selamatkan aku ye scanner...mekasih
 itu pun aku cuba guna komputer 1 lgi..elok pulak..suka2...
masalah yg dtg nyer mesti dri cpu komputer aku..hukhuk

apa2 jelah..yg penting keje aku dh senang skrg..
dh boleh scan spt biasa...xpayah nk rungsing2..
igt murah ke??...
nti ckp aku xpndai jaga brg pulak kan..
itu rosak..ini rosak..hmmmm

scanner..scanner.. i luv u



nOte : lega hati....

Jumaat, 3 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M

 Assalamualaikum.. 

Salam ukhwah.. salam jumaat yg indah.. alhamdulillah kita masih lgi diberi kesempatan menghirup udara yg segar hari ini. Esok dah cuti sampai ler selasa kan.. so, zaza ambik kesempatan nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam pada hari Ahad 5hb Feb 2012.

"Rasul adalah pemimpin umat islam yg tiada tolak tandingnya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah & ajarannya."

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini  jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isini (Dari hadith riwayat, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dgn 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yg diutus oleh ALLAH s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dgn mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yg akan dikurniakan oleh AlLLAH s.w.t. kpd mereka yg dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan org yg memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad  s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar utk melakukan sesuatu yg baik merupakan doa dan dikira amal soleh. 

Jelas kpd kita bahawa pembalasan ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan  yg tiada terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah ALLAH s.w.t. akan memberi pembalasan yg tiada ternilai. Seseorang yg   beriman, kuat bersabar kpd ALLAH, ketika di dalam  kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kpd ALLAH dan mengharapkan  pertolongan dan kasih sayang ALLAH s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh org yg mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau org yg tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w ... Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi s.a.w.


Khamis, 2 Februari 2012

Happy Birthday Atie Lana [020212]


السلام عليكم ورحمة الله





Sweet je kan, orgnya..
Hari ni birthday girl itu yg kemain senyum lebar hihihi..
Girl ni merupakan adik ipar zaza yg bongsu a.k.a anak manja mak dan ayah.
Bukan anak manja je tau ! malah anak tunggal perempuan dari 5 org adik beradik.
 
 
Sorry ye Atie, kak ngah saje tak nak wish dekat FB..
Saje surprise dekat blog usang ni..
Kalau terbaca atau tak baca langsung okey je hehe.
Apapun, kak ngah doakan..
semoga Atie diberikan sihat tubuh badan, cemerlang dalam pelajaran serta
menjadi anak yg solehah buat mak dan ayah.
 
 
nOte : nakkk hadiah.. mintak dengan angah ye ! muahahaha..



Rabu, 1 Februari 2012

Bersih asas cantik

Assalamualaikum..

REMAJA perempuan sering menganggap amalan mencuci muka dgn pembersih muka sbg satu rutin wajib utk mendapatkan kulit yg bersih serta bebas dari jerawat dan cela.

Bukan itu sahaja, penjagaan kulit remaja ini disusuli dgn penggunaan losen  pelembap menyebabkan kulit lebih lembut dan gebu.

Penampilan tambahan menarik dgn seikit solekan selain berupaya menambah keyakinan diri.

Remaja yg mengabaikan kebersihan diri hanya akan mengundang pemasalahan lain seperti  jerawat, kulit  kering  dan macam2 lagi.

Malah  di peringkat usia  remaja. hormon badan lebih aktif  dan perpeluhan berlaku dgn banyak. Sekiranya kebersihan diri diabaikan pasti menimbulkan bauan yg kurang menyenangkan.

Tidak dinafikan gaya hidup remaja yg aktif seperti  bersukan, keluar bersama rakan2 menyebabkan masa yg ada begitu suntuk utk penjagaan  diri. Bagaimanapun sekiranya pandai membahagikan masa, semuanya boleh diaturkan. Paling penting bagi setiap remaja itu mendisiplinkan diri serta mengutamakan kebersihan sebagai agenda utama setiap hari.

Justeru gologan remaja disarankan supaya mengamalkan amalan mandi, gosok gigi, cuci muka, syampu rambut sebagai rutin harian. Sekurang 2nya  dua kali sehari.

Kulit  yg bersih melambangkan  imej serta  personaliti seseorang. 

Mereka tidak perlu menyusahkan diri pergi ke salon atau spa yg  menuntut perbelanjaan yg tinggi.

Dengan status yg di sandang sebagai  remaja, apa salahnya meminta ibu atau bapa  utk membeli pembersih muka, mandian, losen utk penjagaan kebersihan serta kecantikan diri.

  • Pastikan anda mempunyai sekurang2nya pemberish muka yg sesuai dgn kulit anda.
  • Gunakan losen atau  pelembap utk memelihara kulit.
  •  Berus gigi setiap pagi dan sebelum tidur mengelakkan plak dan bakteria.    
  •  Jangan ulang pakain lebih dari sekali, termasuk pakaian dalam utk kebersihan.
  •  Lap seluruh badan terutama kaki dgn kering selepas mandi utk elak masalah kaki berbau.
                     
Jom kita pakat jaga kebersihan diri ye kawan2..:)) jgn ambil mudah..

 nOte : info diambil dari Utusan Malaysia & gambar dari cik google.


Selasa, 31 Januari 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



xde apa yg menarik..just nk share lagu ni je..
selamat mendengar ye!!..

  
nOte :suka..suka..suka..lagu ni!!...^_^


Rabu, 25 Januari 2012

#2 - Wordless Wednesday

Assalamualaikum..
Senyum pagi.. xperlu kata apa2!!..





nOte :  ♥ ♥ ♥ (^_~) 


Isnin, 23 Januari 2012

~senyum sokmo ngee~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..jam 8:00 pgi tadi, en.asben dh sampai umah..
senyum sampai ke telinga la aku..he3
setelah 2minggu berjauhan..


en.asben yg selipar merah tu.@thailand_hua hin

masuk je umah..xbyak ckp terus dia ajak aku kuar bekpes..
pekena teh tarik ngan roti bakar je..
nak ajak dia gi jalan2 pun xbest..mesti ler dia penat kan??
so..rehat kat umah je..xbyak citer..he3..
apapun hati ku riang gumbira...

nOte: selamat bercuti ye!!!...

Ahad, 22 Januari 2012

Bermalam Dirumah Shima


السلام عليكم ورحمة الله


Perempuan diatas merupakan opismate zaza. Disebelahnya pulak suami tersayang hehe. Zaza nak ucap ribuan terima kasih kerana sudi tumpangkan zaza bermalam dirumahnya selama seminggu baru2 ni. Macam biasalah bila menumpang rumah org ni.. suami OST lagi. Bukan tak boleh duduk rumah sendiri tapi tau2 je lah. area rumah zaza mengambil tiga kali perkhidmatan awam huhuhu. Penat kat situ je. Sekarang pun tengah mencari rumah sewa lain.. In Shaa ALLAH, nanti senang la zaza nak pegi keje macam biasa.

Shima dengan suami orgnya tak kedekut.. siap ajak zaza pergi tengok movie BUJANG TERLAJAK di IOI MALL Puchong. Memang terhibur sangat citer dia. Esokan malamnya shima bawak pergi KOLAM AIR PANAS, Selayang KL. Perghh ! org ramai yg teramat. Alang2 dah sampai kan, takkan nak balik pulak.. so mandi je lah celah2 manusia hihihi. Tengah feeling mandi, boleh pulak sorg mamat ni siram aku dengan air panas satu baldi. Ehh, dia ingat zaaz ni wife dia ke ? or saje cari pasal. Terdiam zaza tak tahu nak cakap apa hahahaha. Rupanya dia saje nak test air tu kat kepala zaza.. sebelum ni zaza ada cakap dekat shima 'giler panas air ni' dia menelah 'kalau kita fikir panas so panas la jadinya'. Maybe itu yg dia siram ngeeee. Sabo je la.. kalau suami ada mesti dah kena sound mamat tu. Tapi zaza penyabar orgnya hikhikhik.