Isnin, 8 Julai 2013

Takziah kepada Hadar Atas Apa Yang Berlaku


السلام عليكم ورحمة الله


3 Julai 2013, CHUKAI - Seorang pesara kastam bereputih mata apabila tiga kenderaannya yang diletakkan dalam garaj rumah dikebas pencuri ketika mangsa sekeluarga nyenyak tidur dalam kejadian di Jalan Delima 6, Lot 144, dekat sini awal pagi semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi dan kenderaan yang hilang ialah Toyota Hilux, Toyota Altis serta Naza Kia Forte. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 57 tahun meninggalkan set kunci pendua rumah dalam kenderaan Toyota Hilux.

Menurutnya, suspek yang membuka Yoyota Hilux menggunakan kunci pendua itu untuk membuka pintu rumah dan mengambil dua lagi kunci kereta iaitu Toyota Altis dan Naza Kia Forte yang diletakkan atas meja dalam rumah terbabit.

"Selain itu, sebuah komputer riba milik anak mangsa turut dilarikan dan semasa kejadian, pagar rumah mangsa tidak berkunci.

"Kita percaya kes ini dilakukan lima lekaki dan mereka adalah suspek sama yang terlibat dengan kes curi tiga Toyota Hilux di Kuantan, Pahang, dua hari lalu, " katanya semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kini bekerjasama bersama IPD Kuantan untuk mengesan semua suspek terbabit.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379A/Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh untuk melakukan jenayah. - (Sumber Sinar Harian)


Takziah kepada Hadar (adik ipar) dan keluarga yang berlaku. Harap dapat bersabar di atas ujianNya. Semoga Allah menggantikan dengan yg lebih baik. 

nOte : Penjenayah tidak takut dengan hukuman.. walau di mana saja kita berada, penjenayah tetap ada. kita tak kenal dia.. tetapi dia kenal kita.. so sentiasa berwaspada walau dimana kita berada. Semoga kita semua dilindungiNya. Aamiin.


6 ulasan:

  1. Ksiannya.. Takziah atas apa yg berlaku. Sekarang nie takut betul mcm2 kes jenayah yg berlaku..

    BalasPadam
  2. Salam K.za..
    ni adik ipar ke yg terkena?
    takziah..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.