Isnin, 16 September 2013

Resepi : Kari Kepala Ikan Merah


السلام عليكم ورحمة الله

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia di mana jua berada..! dan selamat bercuti..
Aku hari ni memang tak pergi mana..duduk rumah je coz semalam seharian lepak2 di Subang Parade.

Hari ni aku nak share resepi untuk menu tengahari kami bersama.
Malas nak pergi ke kedai, so aku main tibai je apa yg ada. Jadi aku ambik keputusan masak kari kepala ikan merah. Sebab semua bahan ada kecuali terung dan bendi.


"Mak memang suka masak kari tanpa santan, sb pebret ayah! dan suami pun hantu kari kepala ikan hehe"


BAHAN-BAHAN :
  •  1 keping kepala ikan merah
  •  1 biji tomato belah 4
  •  1 camca besar cili kisar
  •  3 1/2 camca besar rempah kari ikan [aku letak kari daging sb ni je yg ada hehe]
  •  1 keping asam gelugor
  •  Air Secukupnya 
  •  Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
  •  1/2 biji bawang besar
  •  2 biji bawang merah
  •  3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • secubit belacan

BAHAN TUMIS :
  •  1 camca teh halba campur
  •  1/2 biji bawang besar - hiris
  •  2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 pelepah daun kari - dilurut

PENYEDIAANNYA :

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campur hingga harum, masukkan daun kari, bawng besar hiris dan bawang putih hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2. Sementara itu bancuh rempah kari dengan bahan kisar, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan kacau rata. Biar mendidih.

3. Masukkan kepala ikan juga asam gelugor. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan.



nOte : mekasih untuk resepi asal


4 ulasan:

  1. Sedapnye tp akak memg xmkn kpla ikan..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh akak xmkn erk.. soryy!
      kesian terliur negok hehe

      Padam
  2. Salam K.Za..

    bertuah en somi dpt wife yg rajin mcm ni.. hihih..
    cma mkn kari je... kepala ikan en hubby yg abeskan.. tu pun beli..nk buat tak retii *alasan :p*

    tenkiu share resepi..rajin nnti nk try masak! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam cma,
      hahahaha time rajin msak special la..time M kdai jgak :p

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.