Sabtu, 23 November 2013

Resepi : Tempe Ikan Bilis Ranggup


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah selesai semua kerja rumah.. maklumlah hari ni kan cuti hujung minggu. hehe
Okey berbalik pada tajuk... zaza nak share resepi yg tersangat mudah. Mybe uols semua pun pernah buat tempe ikan bilis ni kan!.. makan dengan nasi panas2 memang terangkat u!!.. boleh tambah 2, 3 kali kot hihihi.


BAHAN-BAHAN :
  •  1 paket tempe - dipotong dadu
  •  ikan bilis segenggam
  •  1/2 biji bawang besar - dimayang nipis
  •  1 ulas bawang putih - dimayang nipis
  •  1 biji cili merah besar - dipotong nipis
  •  5 biji cili api - dipotong nipis
  • serbuk perasa 
  • minyak 

PENYEDIAANNYA :

1. Rendam tempe dan ikan bilis selama 5 minit. Toskan.

2. Panaskan minyak, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. angkat dan ketepikan dahulu.

3. Selepas itu, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili api sampai naik wangi. 

4. Agak2 dah layu sekdikit, barulah masukkan sedikit perasa.

5. Tutup api. Angkat dan gaulkan bersama tempe bersama ikan bilis tadi.

6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.


nOte : resepi yg sangat mudah dan cepat disediakan.


2 ulasan:

  1. salam k.za..

    hehe..tempe + bilis.. kombinasi yg sangat ngam!
    thanks share resepi..sedaknyaaaaaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam,
      mekasih..sudi2 la buat ye utk en.alan hehehehe

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.