Sabtu, 8 Mac 2014

Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak..


السلام عليكم ورحمة الله

Rasulullah S.A.W berkata kepada tuan puteri kesayangannya;

Wahai Fatimah, kelebihan wanita yg mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi". [Abu Hurairah R.A.]

Subhanallah.. betapa tingginya Allah memandang status kepada seorg isteri. Jadi kepada semua wanita yg bergelar isteri mahupun bakal menjadi isteri dan juga diri ini, lepas ni rajian2 la masuk ke dapur ye! jangan memberi seribu alasan walaupun suami hanya nak makan telor goreng hehe... dengar macam mudah je kan! tapi itu adalah tangungjawab kita sebagai seorg isteri. Walaupun kita seorg yg bekerjaya.. makan minum suami dan lain2 hal jangan diabaikan. Itu yang penting!. 

Zaza alhamdulillah, setakat ni incik suami lebih suka makan dirumah dari luar. Katanya airtangan isteri boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami kepada isteri dan juga lebih jimat perbelanjaan harian kita. Kadang2 tu kan, zaza pun pening jugak bila fikir menu untuk setiap hari hahaha. Otak blur so search google je cari resepi yg mudah. Sebenarnya, zaza ni bukanlah dikategorikan org yg pandai masak pelbagai hidangan alaaa macam chef kat tv tu hihihi. Tapi syukur dengan niat yg suci murni.. bila kita lakukan ikhlas buat suami.. In Shaa Allah, segala urusan dipermudahkan.. Menu yg 1st masak pun jadi sedap di mulut incik suami. :) mulalah tu nak kembang semangkuk kan! bila incik suami puji lebih2. 

Nasihat zaza kepada semua dan tak terkecuali diri ini..
Masaklah dengan ikhlas kerana ketaatan seorg isteri kepada suami dan anak2 sangat penting dalam rumah tangga bersama. Air tangan isteri lebih mulia dan berkat seperti air tangan seorg ibu. Masya Allah!. Semoga kita semua mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga. Aamiin.

Arissa dah besar la mak long!


nOte : 2minggu ni asyik tido lewat pgi je hurmmm.. [masa skrg 1:59 pagi sabtu]





6 ulasan:

  1. salam zaza,

    baru pagi tadi masak nasi goreng...ooo bagus ganjarannya ... kena masak selalu la lepas ni... masak dengan kasih sayang...mesti sedap :)...comel nya arissa

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam noe;
      alhamdulillah good job! hehe.. mmg besar ganjaran kan.. untung yg bergelar wanita ni :) arissa dh tembam hihi..

      Padam
  2. Jadi, banyak2kanlah memasak utk suami. hehe.. jgn masak maggie je.. hehe. gurau

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah...
      hahahah ejulz ni.. meggi pon kira msak jugak tu ngeee!!

      Padam
  3. salam k.za..

    huhu..cma jarang masak..tp rajin buat air je.. kena rajinkan mood memasak ni.. huhu..
    thanks sharing yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam cma,
      mekasih.. sharing is caring hehehe..
      lpas ni kena rajin2 la tu.....

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.