Jumaat, 13 Februari 2015

Al-Fatihah Dan Salam Takziah Buat Mereka


السلام عليكم ورحمة الله


"Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yg datang daripada Allah tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yg diberikan oleh Allah itu menuntut kepada kita untuk diamalkan".

[Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]
 
 
AL-FATIHAH.. perginya seorg tokoh ulama, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yg dikasihi, disanjungi dan dihormati, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Pemergianmu meninggalkan kesedihan dihati kami. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya. Dan seorg lagi pengulas sukan Malaysia, Dato Hj. Hasbullah Awang. Sama2 kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman. 
 
 
Salam takziah jugak kepada opismate zaza iaitu saudara Romizan atas pemergian ibunda tercinta pagi tadi. Dan juga kepada saudara Shamsul Anuar exbos atas kehilangan adik tersayang. Semoga beliau tabah mengharungi ujian ini. In Shaa Allah, semoga urusan dipermudahkan. Aamiin.


Masha Allah, beliau meninggal pada malam Jumaat. Tanda kematian husnul Khatimah. "Tidaklah seorg muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]. 
 
 


2 ulasan: